Wednesday, July 16, 2008

DEBAT

MINYAK DAN SHABERY PATUT TURUN !!

Rakyat Malaysia telah melihat perdebatan harga minyak malam tadi. Siapapun tak boleh menafikan bahawa DSAI bukan lawan Menteri Penerangan. Beberapa perkara yang menjadi persoalan saya dengan debat ini.

  1. Datuk Shabery Chik seperti pihak yang mewakili parti Melayu S46 bukan mewakili Kerajaan. Shabery sepatutnya menguasai data, kerana segala data peningkatan kos yang dibelanjakan, kemana akan disalurkan dari penjimatan, lansung tidak disentuh secara khusus oleh Shabery dalam debat tersebut.

  2. DSAI secara jelas memberikan formula penurunan harga minyak sebanyak 50 sen dengan perbelanjaan sebanyak 5 bilion, beliau turut mengemukakan bagaimana 5 bilion itu boleh didapati hasil dari penjimatan. Beliau juga menghuraikan satu persatu kaedah penjimatan itu, melalui IPP, kawalan kebocoran dan ketirisan dan hanya 1 bilion dari dividen yang diberikan Petronas.

  3. Debat ini juga mengambarkan bahawa kerajaan tidak punya wakil untuk membicarakan isu minyak sedangkan menteri yang berkaitan khusus adalah menteri kewangan atau menteri pengguna (KPDNHEP), yang pasti Paklah, Nor Mohamad Yakob dan Shahril Samad adalah mereka yang GAGAP dalam isu minyak.

  4. Yang menjadi persoalan kenapa Shabery Chik tidak lansung menyentuh insentif yang diberikan Kerajaan kepada pengguna kenderaan melalui bayaran tunai dipejabat POS. Berapa jumlah dan keseluruhan yang dibelanjakan untuk rakyat. Saya jangkakan bahawa Menteri Penerangan telah diingatkan agar jangan menyentuh isu insentif ini kerana ia akan membuka ruang untuk DSAI bagi mengaitkan POS dengan Khazanah Nasional dan ECM Libra….

  5. Kesilapan besar Shabery apabila beliau menyatakan bahawa Petronas berjaya sehingga hari ini adalah kerana UMNO dan BN sedangkan beliau lupa bahawa entiti perniagaan itu berjaya kerana ketelusan dan pengurusan yang cekap. Bayangkan kalau budaya UMNO meresap dalam Petronas…Lingkup…

  6. Yang terakhir saya lihat, Menteri Penerangan mengungkapkan kejayaan Petronas kerana usaha yang dibuat oleh Tun Razak dan Dr Mahathir, Menteri Penerangan lupa bahawa dia sedang menggali kubur sendiri, Khairy dan Kamaludin pantang dengar ayat ini.


Adly Zahari
13 Rejab 1429


Tuesday, July 15, 2008

Mangga Melaka Delite

Mangga Manis atau Magga Jeruk

Lebih Sedekad Kerajaan Negeri Melaka memperkenalkan tanaman pokok mangga yang dikenali Melaka Delite. Hari ini kita lihat banyak sawah terbiar telah ditukar statusnya menjadi ladang mangga. Persoalannya adakah projek yang diusahakan ini benar-benar menjadi sumber pendapatan atau ianya sekadar projek bagi melepaskan batuk ditangga.

  1. Kebanyakan pengusaha Mangga Melaka Delite telah diberikan benih pada kadar RM1.00 setiap pokok, kayu pagar percuma, baja percuma. Agihan yang dibuat oleh Jabatan Pertaniaan Negeri adalah melalui JKKK. Kebiasaannya, sekiranya terdapat projek ini disesebuah kampung maka mudah dikenalpasti rumah JKKK, rumah yang bertimbun baja dihalamannya.

  2. Hari ini kita dapat melihat bagaimana banyak sawah terbiar telah menjadi kawasan tanaman mangga terbiar, tiada bezanya. Kerajaan negeri sering menjadikan projek di Kampung Gelam sebagai model tapi bagaimana projek yang diusahakan ditempat-tempat lain.

  3. Bagi mereka yang punya pengalaman mengusahakan projek magga ini faktor-faktor berikut sering menghantui pekebun ;

    1. Pohon mangga yang mudah rosak

    2. Kadar bunga menjadi putik adalah rendah, sering dipengaruhi faktor cuaca.

    3. Buah yang dihasilkan bersaiz kecil

    4. Rasa yang masam

    5. Buah mudah busuk (tempoh masak yang singkat) menyebabkan ia sukar dijual/dieksport.

  4. Yang menjadi persoalan, Ketua Menteri kerap keluar negara diatas nama Bioteknologi (Seminar atau lawatan sambil belajar) tetapi masih gagal memanfaatkan pengetahuan Bioteknologi pada projek diatas. Sepatutnya untuk tempoh 10 tahun keraaan negeri telah memperkenalkan benih Melaka Delite generasi kedua atau ketiga yang sifatnya seperti berikut ;

    1. Pokok mempunyai imunisasi yang tinggi, tahan dari ancaman serangga perosak, penggunaan racun pada kadar yang minima.

    2. Kadar bunga menjadi putik lebih tinggi.

    3. Saiz buah yang lebih besar

    4. Rasa yang manis

    5. Tempoh masak yang lama bagi tujuan pemasaran/eksport.


5. Kesan kegagalan ini dapat kita lihat bila harga pasaran mangga Melaka Delite adalah serendah RM2.50 sekilogram. Bagaimana dengan harga serendah ini ianya boleh memberi pendapatan kepada masyarakat kampung yang mengusahakan secara kecil-kecilan. Jalan mudah bagi pekebun adalah menjadikan mangga ini sebagai jeruk.

Persoalannya adakah sesuai Melaka Delite dijadikan Jeruk ? Komersial kah ia untuk 10 tahun akan datang ? Berapa banyakkah insentif yang dihabiskan berbanding dengan hasil yang dipungut ?.

Adly Zahari

12 Rejab 1429


Thursday, July 10, 2008

Untuk Renungan Jumaat - Mari kita Muhasabah

JALAN KE PUTRAJAYADEKAT TAPI BOLEH TERSESAT

Hari ini ramai yang bercakap tentang Jalan Ke Putrajaya, pemimpin menggambarkan jalan itu dekat dan hanya membilang hari untuk sampai ke destinasi. Walaubagaimanapun saya turut berminat untuk berkongsi pandangan bahawa banyak jalan boleh di lalui sebelum sampai ke Putrajaya.

Pertama : Hari ini jalan yang paling popular adalah jalan melalui perubahan Ahli Parlimen BN kepada Pakatan Rakyat. Saya istilahkan jalan ini sebagai JALAN PINTAS. Jalan Pintas biasanya tidak berapa elok, banyak lopaknya. Walaupun dekat tapi bercabang. Biasanya kumpulan yang menggunakan jalan ini tiada pengetahuan tentang jalan yang dilalui, hanya Ketua yang memandu mereka. Walaupun jalan ini dekat tapi boleh tersesat. Banyak pendaki everest yang menggunakan jalan pintas tapi tersesat akhirnya. Yang paling malang bila tersesat, mereka lupa jalan pulang. Fikir-fikirkan lah....

Kedua : Jalan Kedua untuk ke Putrajaya adalah Jalan melalui kerjasama dengan UMNO. Saya istilahkan jalan ini sebagai JALAN MATI, Dato’ Asri pernah menggunakannya. Pejuang-pejuang Islam sudah lama melupakan jalan ini. Jalan ini juga dekat tapi merbahaya. Jalan mati boleh dihidupkan semula kalau kena caranya seperti ”DEMI ISLAM”, ”UNTUK ISLAM”, ”MARUAH UMMAH” dan seumpamanya. Jalan mati biasanya ada Jambatan Penghubung dan Jambatan itu biasanya Rapuh. Mereka yang melalui jalan ini biasanya akan terhumban kejurang fitnah. Renung-renungkanlah....

Ketiga : Jalan Ketiga untuk ke Putrajaya adalah melalui undi Rakyat. Saya istilahkan jalan ini sebagai JALAN LURUS. Jalan ini lambat dan memerlukan kesabaran. Almarhum Ustaz Fadhil Noor, Prof.Zulkifli Muhammad antara pejuang yang melalui jalan ini. Risiko melalui jalan ini, anda mungkin mati diperjalanan. Mereka yang sering bertukar teksi atau bertukar Parti juga tidak sesuai melalui jalan ini, maklumlah lambat. Tapi mereka yang melalui jalan ini tetap memegang prinsip jalanan, BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. Nilai-nilaikan lah...


Maka carilah jalan agar Islam dapat dimertabatkan dimuka bumi Allah ini. Yang paling dibimbangi adalah mereka yang tidak berjalan.... kerana yang kaku itu biasanya mati.



Adly Zahari

08 Rejab 1429

KUOTA JPA

UMNO BERMAIN WAYANG !

Hari ini wakil rakyat UMNO cuba menjadi hero apabila mereka mempertikaikan kuota baru biasiswa JPA iaitu 50% diberikan kepada bumiputera, 45% kepada bukan bumiputera dan 5% kepada kaum-kaum lain.

Persoalanya kenapa JPA sanggup merancang kouta yang sedemikian sedangkan mereka dibawah pengaruh kuasa yang ditunjangi UMNO. Berdasarkan apa berlaku beberapa persepsi boleh kita gariskan seperti berikut :

    1. Kerajaan sengaja menyediakan kouta sedemikan untuk memenangi hati masyarakat Cina dan India setelah sokongan dari Kaum ini merosot pada PRU 12 yang lalu.
    2. JPA adalah jabatan dibawah bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri dan Wakil Rakyat UMNO yang paling lantang membangkitkan isu ini adalah Khairy Jamaludin. Apakah memang dah direncanakan sedemikian atau Khairy memang nak cari pasal dengan Najib.
    3. Mungkin Najib sendiri dah tak dapat fokus pada tanggungjawab dia, sehingga gagal membuat saringan sehingga isu ini dihidu oleh musuh dalaman politik beliau. Apakah mungkin Altantunya menghantui beliau…..?
    4. Yang pasti JPA melaksanakan kuota ini tanpa ada desakan dari MCA, Gerakan, MIC atau mana-mana parti gabungan BN dari Sabah dan jauh sama sekali dari DAP.
Sebab itu dalam soal ini apa yang berlaku hanyalah lakonan semata-mata untuk menunjukkan sayangnya UMNO pada bangsa. UMNO sepatutnya menyabung nyawa ketika mana Tun Dr. Mahathir menghakis keistimewaan Melayu dizaman rejim pemerintahannya, dibawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai bukti, saya antara orang yang menerima kesan pengkhianatan kepada bangsa sendiri (penghapusan keistimewaan Melayu) apabila terpaksa membayar hutang kepada JPA sebanyak RM22,260.00 kerana saya Melayu dan bumiputera.

Adly Zahari
10 Rejab 1429

Wednesday, July 9, 2008

Melaka : Makam Pahlawan ........

Makam Pahlawan . RM 42,000.00 satu kubur ?

Ramai orang tertanya-tanya berapakah kos sebenar Makam Pahlawan yang menyediakan 24 liang kubur bagi Pembesar Negeri Melaka.

Kesimpulan mudah, yang saya buat adalah, anggaran makam itu sekitar satu juta ringgit. Maka dengan 24 liang kubur yang disediakan bermakna setiap kubur bernilai RM41,666.67 ? Bayangkan harga sebenar setiap kubur jika kos makam tersebut melebihi 1 juta ringgit.

Bandingkan nilai satu kubur rakyat dengan satu kubur pembesar. Wang Rakyat dipergunakan oleh penguasa untuk apa ? ..... PROJEK!!!!!!!.

Isu Pengangguran di Melaka

Kenyataan Ketua Menteri Melaka Dangkal !

Merujuk kepada kenyataan Datuk Ali dalam Sinar Harian 7 Julai berhubung dengan Melaka catat pengangguran terendah suku tahun pertama. Analisa yang dibuat oleh Ketua Menteri amat dangkal sekali;

  1. Kerajaan negeri sepatutnya bimbang kerana 66.7 peratus iaitu seramai 3200 orang mereka yang menganggur adalah mereka yang berpendidikan tinggi. Maknanya yang cerdik tak ada kerja dan yang tak berapa cerdik mudah dapat kerja.
  2. Berbangga bila golongan cerdik tidak mempunyai pekerjaan merupakan satu penilaian yang silap sekaligus mengambarkan bahawa ruang pekerjaan bagi golongan berpendidikan tinggi di Melaka adalah terhad.
  3. Kadar pengangguran yang tinggi dikalangan Siswazah mengambarkan bahawa kerajaan Negeri gagal menyediakan ruang bagi golongan ini dan usaha menjadikan Melaka Negeri Maju 2010 pasti tidak akan berjaya.
  4. Bagi memastikan kita berada pada landasan yang betul, kadar pengangguran dikalangan Siswazah sepatutnya kecil kerana :
    1. Bilangan Siswazah adalah kecil jika dibandingkan dengan mereka yang tidak pendidikan tinggi.
    2. Sekiranyan Siswazah mudah mendapat pekerjaan, maka rakyat akan berlumba-lumba untuk menjadi golongan berpendidikan tinggi bukan sebaliknya..

Kesimpulannya analisa Ketua Menteri boleh dihuraikan sebagai. Sekiranya anda nak pekerjaan, lebih baiklah anda tidak punya kelulusan.


Adly Zahari

06 Rejab 1429


Isu Liwat : Mubahalah atau Hudud?

Liwat: Apakah perlu Mubahalah atau memperkasakan kembali undang-undang Syariah

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata


"Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

ianya dicatat juga oleh Allah swt melalui Al-Qur'an:

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)


Mari kita fahami apa yang dinyatakan didalam maksud ayat Qur'an diatas jelas sudah ianya dibawah undang-undang Hudud, jadi apa yang berlaku mutakhir ini dalam politik tanah air kita sebenarnya punyai hikmahnya tersendiri.

Ini Kerana jika kita singkap kembali dasar perjuangan PAS sejak mula ditubuhkan sehingga kini adalah memperjuangkan sebuah sistem pemerintahan yang berasaskan Islam yang syumul dengan memperundangkan hukum-hakam yang terkandung dalam kitab suci Al-Quraan.

Ini beerti sudah sampai masanya untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dalam apa jua isu sekalipun maka pemerintah mesti kembali kepada perundangan syariah sepertimana yang terkandung dalam Al-Quraan bagi menggantikan kelemahan undang-undang ciptaan manusia yang digunapakai kini .

Berbalik kepada isu yang hangat diperkatakan kini iaitu kes liwat yang membabitkan Dato seri Anwar dengan Saiful Bukhari ini sebenarnya syor untuk bermuhabalah atau sumpah laknat sepatutnya tidak perlu atau jika masih nak diteruskan juga ianya adalah jalan terakhir untuk cari penyelesaian.

Saya khuatir Sumpah laknat atau muhabalah menjadi satu elemen yang boleh dipermainkan jika ianya dibudayakan dalam masyarakat dan juga melalui Media sehingga menghasilkan sumpah palsu kesan daripada kelemahan sistem perundangan Syariah Islam.

Untuk itu jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan memperkasakan kembali martabat perundangan Syariah dan dibicarakan serta dihukum melalui kaedah Syara' sekaligus dapat menyelesaikan permasalahan mengikut kaedah yang betul dan mampu mengawal gejala fitnah.

Adly Zahari
05 Rejab 1429