Saturday, October 25, 2008

HARGA MINYAK – SISTEM KERAJAAN KELAM KABUT

Keresahan Pengguna

  • Dikala kerajaan menaikkan harga minyak, kerajaan dilihat bersifat objektif dimana harga minyak dunia dikala itu pada paras USD135 setong. Maka harga minyak dinaikkan pada RM2.70 seliter dengan kerajaan memberi subsidi sebanyak RM0.30 bagi setiap liter.
  • Pengguna hari ini menuntut agar kerajaan juga bersifat objektif dalam menurunkan harga minyak. Mengikut keyataan kerajaan harga asal petrol RM1.92 sen seliter adalah dikala minyak dunia berada pada harga USD72 setong. Tapi kenapa bila harga minyak dunia turun dibawah paras USD72 pengguna masih membayar RM2.30 bagi setiap liter petrol.
  • Dalam proses penurunan harga, kerajaan dilihat lebih bersifat subjektif. Inilah yang menyebabkan pengguna resah, apabila kerajaan dilihat menggunakan elemen ”kejutan” atau berkepentingan politik dalam menjaga kepentingan rakyat.
  • Sepatutnya dalam menghadapi kelembapan ekonomi, kerajaan mesti lebih bersifat telus bagi memastikan rakyat terus terbela. Persoalan yang bermain diminda rakyat, bila harga minyak akan turun dan berapa sen akan turun.
  • Kerajaan sepatutnya menghilangkan keresahan ini dengan menurunkan harga minyak melalui pendekatan objektif bukannya subjektif. Proses menurunkan harga minyak hari ini bersifat keanak-anakan dan kerajaan seperti berteka-teki.


Keresahan Pengusaha Stesen Minyak

  • Pengusaha stesen minyak adalah kelompok peniaga yang paling resah ketika berdepan dengan penurunan harga minyak.
  • Tiga kali penurunan sebelum ini telah menyebabkan mereka kerugian puluhan ribu ringgit. Dianggarkan purata setiap peniaga kerugian RM30,000.00 sepanjang tempoh penurunan ini
  • Mekanisme penurunan harga yang diamalkan kerajaan menjadi penyebab kepada kerugian ini. Kerugian dalam perniagaan adalah sesuatu yang lumrah, tetapi ianya boleh diminimakan.
  • Kerajaan sepatutnya menetapkan suatu tarikh dan tempoh yang sesuai bagi membolehkan golongan pengusaha stesen minyak mengawal stok simpanan minyak, bagi mengurangkan kerugian. Kekangan pengusaha adalah minyak tidak boleh kering kerana itu adalah asas perniagaan mereka.

Cadangan Penyelesaian

  1. Adalah dicadangkan agar kerajaan menetapkan suatu tarikh pada setiap Hari Selasa Minggu pertama dan Ketiga bagi menentukan harga pasaran semasa petrol. Ini sekaligus mombolehkan peniaga mengawal stok bagi meminimakan kerugian.
  2. Kerajaan diharap dapat lebih bersifat objektif dalam menentukan harga pasaran minyak. Harga semasa yang ada pada hari ini telah menimbulkan prasangka dikalangan rakyat. Kerajaan dilihat tidak telus dalam menentukan harga pasaran petrol.
  3. Bagi memastikan ekonomi negara dapat terus dipacu, kerajaan sepatutnya bertindak menghilangkan semua keresahan rakyat samada mayarakat pengguna atau peniaga.
  4. Dalam menghadapi kegawatan Ekonomi, kerajaan tidak harus dilihat mempunyai kepentingan politik dalam menurunkan harga minyak, proses berteka-teki harus dihentikan.
  5. Dalam menghadapi kegawatan ekonomi, semua pihak tidak sewajarnya menggunakan elemen ”kejutan” dalam meyelesaikan isu. Semua pihak wajar duduk semeja bagi membincangkan kepentingan bersama. Rakyat menuntut perubahan kepada sistem yang ada, buangkan ego politik.


    Adly Zahari
    Exco Dewan Pemuda Pas Pusat
    Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.

Friday, October 24, 2008

DATUK BUKAN BARANGAN DAGANGAN

  • Tindakan Kerajaan Negeri Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah tidak boleh diterima.
  • Kenyataan Ketua Menteri Melaka yang mengaitkan anugerah tersebut sebagai modal dalam mempromosikan Melaka sebagai suatu yang menyimpang dari tujuan asal anugerah Datuk itu diwujudkan.
  • Jasa yang disumbangkan oleh Shah Rukh Khan melalui dua filem tersebut juga tidak boleh menjadi asas bagi penganugerahan tersebut.

    BPR PERLU MENYIASAT
  • Badan Pencegah Rasuah sepatutnya menyiasat apakah penganugerahan tersebut mempunyai unsur-unsur rasuah.
  • Cadangan penganugerahan tersebut datangnya dari Tun Daim Zainudin. Apakah Tun Daim mempunyai kepentingan perniagaan ketika mencadangkan nama Shah Rukh Khan bagi gelaran tersebut.
  • BPR juga mesti melihat apakah wajar individu seperti Tun Daim boleh mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya gelaran Datuk diberikan kepada seseorang. Apakah proses sedemikian boleh diterima ?
  • BPR juga harus melihat apakah penganugerahan itu mempunyai motif perniagaan dan pelaburan. Apakah motif tersebut boleh diterima pakai bagi tujuan penganugerahan Datuk.
  • BPR sepatutnya menyiasat kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Melaka. Kenyataan beliau yang mengaitkan anugerah tersebut sebagai suatu bentuk pelaburan adalah menyimpang dari tujuan asal anugerah itu diberikan.
  • Sekiranya pandangan Ketua Menteri Melaka itu diterima, apakah tidak mungkin gelaran Datuk itu bakal menjadi barang dagangan.
  • Adalah amat tidak wajar apabila gelaran yang sepatutnya dilihat dari sudut jasa dan pengorbanan yang majmuk sifatnya telah dipesongkan pengertiannya. Tindakan kerajaan Melaka itu lebih memperlihatkan gelaran Datuk sebagai barang dagangan.

Friday, October 10, 2008

PAK LAH TEWAS PADA TEKANAN

  1. Seperti yang disebut oleh DSAI bahawa tindakan Pak Lah itu sudah dapat dijangkakan.
  2. Tuan Guru Nik Aziz mengistilahkan tindakan Pak Lah itu sudah terlambat.
  3. Dr Mahathir pula gembira kerana jangkaan beliau silap, beliau menjangkakan Pak Lah akan mempertahankan jawatan presiden UMNO.
  4. Kalau ditanya pemimpin UMNO memanglah mereka menganggap bahawa tindakan Pak Lah sebagai tindakan seorang negarawan. Pentingkan parti lebih dari diri beliau sendiri.
  5. Tapi realitinya tidak begitu. Umum sedia tahu bahawa reputasi Pak Lah merudum teruk selepas PRU 12 lalu. UMNO dan BN berada pada kedudukan bahaya.
  6. Ada seorang Dr…..bin Kardi menyebut bahawa hanya mereka yang tajam penglihatannya saja yang dapat melihat “legasi” Pak Lah. Tak payahlah mengampu!
  7. Apa jadi pada Islam Hadhari, NCER, ECER, Wilayah Iskandar, Modal Insan. Apakah kita dilihat cemerleng, gemilang, terbilang.
  8. BN mendapat mandat daripada rakyat dengan slogan Selamat, Aman, Makmur. Persoalannya bagaimana BN mengisi kemenangan tersebut.
  9. Walaupun pada peringkat awal Pak Lah telah mengemukakan pelan peralihan kuasa pada 2010, namun pelan itu terpaksa ditolak. Mungkin Tan Sri Muhyiddin dilihat sebagai individu pendesak bagi mengagalkan pelan ini.
  10. Desakan Muhyiddin datang bila beliau mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir. Sebab itu amaran Khairy agar ”orang luar” jangan campur tangan urusan rumahtangga UMNO ditujukan khas buat Dr.Mahthir. Tulisan Dr Mahathir dalam blognya ”Khairy dalam dilemma” bakal menjejaskan reputasi beliau dalam mengejar tahta Ketua Pergerakan Pemuda.
  11. Yang pasti, Pak Lah tak akan berundur kalau UMNO dan BN mahukan beliau. Beliau berundur kerana UMNO dan BN memberikan isyarat bahawa beliau perlu berundur.
  12. Pengumuman Pak Lah meberi ruang kepada Datuk Najib. Tok najib mungkin merasakan Tan Sri Muhyiddin adalah calon timbalan yang terbaik kerana ”Jasa” beliau. Dr Mahathir juga setuju Tan Sri Muhyiddin jadi Timbalan Presiden. Selain Muhyiddin mereka adalah ”Pak Lawak” kata Dr Mahathir.
  13. Pemimpin UMNO sedang bertarung, Rakyat apa khabar ?