Friday, November 28, 2008

KETUANAN MELAYU

  • Manusia asalnya dari Adam. Tak pasti Nabi Adam apa bangsanya. Tok Guru selalu sebut akan konsep penyatuan manusia melalui Adam.
  • Di Malaysia Melayu dikira tuan. Tuan asal Tanah Melayu, maka UMNO perkenalkan Ketuanan Melayu.
  • Semua manusia adalah pendatang dimuka bumi Allah ini. Dicampakkan Nabi Adam kebumi maka berkembang biaklah manusia bermula dari Nabi Adam dan Hawa.
  • Orang asli penduduk asal Malaysia, walaupun tak dapat dipastikan bila orang asli datang Malaysia. Mungkin selepas tu Melayu datang.
  • Ada pandangan mengatakan bahawa Melayu ini berasal dari Bukit Siguntang yang namanya diambil dari sebuah sungai yang bernama Me Layu. Hikayat Munsyi Abdullah mungkin boleh menceritakan penghijrahan bangsa ke Malaysia.
  • Kemudian Cina dan India. Portugis, Belanda, Inggeris pun ada datang ke Malaysia. Ada yang tinggal dan banyak yang balik. Dikampung saya dulu ada seorang posmen berbangsa Inggeris yang namanya John. Fasih berbahasa Melayu.
  • Kaum Asli, Melayu, Cina, India, Portugis dan semua kaum yang ada di Malaysia dikira Rakyat Malaysia. Semua kaum pendatang, bezanya siapa dulu datang.
  • Kalau majoriti kaum dijadikan ukuran membina ketuanan Melayu apakah Pulau Pinang dilihat sebagai tempat ketuanan Cina.
  • Sebab itu Islam menolak konsep ketuanan bangsa. Ketuanan Melayu akan memakan diri sendiri.
  • Dimana roh Melayu Ahmad Ismail, Pewaris, Ibrahim Ali, PPIM dalam mempertahankan perkara 153 perlembagaan Negara. Biasiswa, Bahasa, Islam, Tanah.
  • Pewaris basah peluh mempertahankan ISA, sedangkan membiarkan pemimpin bergelumang dengan rasuah.
  • PPIM bersungguh-sungguh mencari produk Halal untuk dijamah oleh Ummat Islam sedangkan membisu bila pemimpin menjamah rasuah. Makan kicap cina dikira jijik, makan rasuah bagaimana.
  • Sebab itu Melayu perlukan pertimbangan Agama iaitu Islam. Islam telah mengangkat martabat Melayu. Melayu hina tanpa Islam. Jangan jarakkan Cina dan India daripada Islam kerana Melayu.
  • Sampaikan mesej Islam bukan mesej Melayu. Kerana bersama Islam adanya Hidayah. Kita semua adalah pendatang dibumi Allah. Kalau kita amanah kita berjaya, kalau kita khianat kita akan kecewa.
  • Melayu, Cina, India hanyalah bangsa untuk kita saling kenal mengenal sesama kita. Islam harus menjadi tali penghubung bagi kesatuan manusia. Buangkan ego perkauman tak kira kita Melayu, Cina atau India.

MELAYU DALAM BAHAYA

POLITIK WANG

  1. UMNO begitu sinonim dengan politik wang. Ada dikalangan pemimpim UMNO digelar Six Million Dollar Man dan ada yang digelar One Dollar Man.
  2. UMNO mula mempromosikan istilah politik wang setelah Tan Sri Isa Samad disabitkan kesalahan dikala merebut jawatan Naib Presiden UMNO lalu. Bila agaknya politik wang bermula dalam UMNO?
  3. Politik wang adalah istilah UMNO, kalau mengikut istilah undang-undang adalah RASUAH.
  4. UMNO tidak menggunakan istilah pemberian wang untuk dapatkan jawatan sebagai RASUAH, kerana istilah itu jijik pada pandangan masyarakat. Politik wang nampak beradap dan agak kurang menjejaskan imej UMNO.
  5. Politik wang juga dilihat lebih selamat. Bersalah dengan politik wang hanya sekadar digantung keahlian, paling bangsat dipecat, walaupun berjuta dihabiskan.
  6. Berbeza dengan nasib rakyat dan pegawai kerajaan yang ditangkap rasuah, mungkin hilang kerja atau dipenjara walaupun dengan hanya RM200.
  7. UMNO parti Melayu. Kalau UMNO sedang sakit dengan rasuah, Melayu akan turut sakit kalau mereka kekal dengan UMNO.

PERANAN BPR

  1. Mungkin UMNO harus menukar istilah Politik Wang kepada Rasuah. BPR harus diberi kebebasan untuk membuat penyiasatan, mereka yang bersalah dibawa kemuka pengadilan. Adili pemimpin UMNO dimahkamah terbuka. Bukankah pemimpin UMNO adalah pemimpin negara ?
  2. Hari ini, BPR dilihat seperti diperalatkan UMNO, melukut ditepi gantang. Yang dilapor kepada Jawatankuasa Displin UMNO 900 kes. Yang dilapor kepada BPR tak banyak mana. Kalau semua dilapor kepada BPR, mungkin muntah BPR (Badan Pun Rebah).
  3. Melibatkan BPR dalam Rasuah UMNO adalah kerja sia-sia, menghabiskan wang rakyat, hanya sekadar untuk menunjukkan kononya UMNO itu telus.

LEMBAGA DISPLIN UMNO

  1. Mengharapkan Lembaga Displin UMNO bagi membendung Rasuah adalah sesuatu yang mustahil. Dari 900 kes, baru 150 disiasat. Kalau ikut matematik, 150 kes selesai sekitar 3 bulan, kalau 900 kes boleh selesai berapa bulan ? Kiralah sendiri...Itu baru siasat...
  2. Cara Tengku Adnan cukup menarik, bila sukar disiasat beliau membuat kenyataan bahawa 2/3 dari laporan rasuah dalam UMNO adalah laporan palsu. Mereka yang memberi laporan palsu akan diambil tindakan.
  3. Mungkin 150 laporan yang telah disiasat oleh Lembaga Displin UMNO adalah laporan palsu.
  4. Mungkin UMNO perlukan satu Suruhanjaya Diraja. Siasat UMNO, kalau membahayakan negara, kerajaan perlu mengambil tindakan.
  5. Kerajaan UMNO tak mungkin dapat menyiasat Rasuah UMNO. Pilihan yang ada hanya kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat perlu membuat perubahan.
  6. Bisikkan angin perubahan...atau mati bersama pemimpin rasuah.

Sunday, November 16, 2008

BABI SANGKUT – UMNO JUGA HARUS DISIASAT

  • Warga Melaka dikejutkan dengan berita daging babi disangkut dipintu pagar AJK UMNO cawangan.
  • Hari ini Ketua Menteri menganggap perbuatan itu sebagai biadap dan kurang ajar. Beliau turut mengaitkan bahawa isu itu boleh membakar api perkauman.
  • Saya kurang setuju dengan pandangan itu. Sudah tiba masanya babi tidak dijadikan bahan perkauman.
  • Persoalan utama adalah perbuatan itu menunjukkan perasaan tidak puas hati seseorang kepada AJK UMNO terbabit.
  • Orang yang tidak berpuas hati itu mungkin Melayu, Cina atau India. Apakah kalau daging lembu disangkut semestinya perbuatan Melayu dan daging babi dikira perbuatan Cina. India pula bagaimana ?
  • Sebab itu saya menyarankan agar perkara ini harus dilihat dipelbagai sudut, jangan sekadar pada sudut perkauman.
  • Pihak berkuasa sewajarnya menyiasat semua pihak yang disyaki. Jangan hanya tertumpu kepada rakyat sahaja, pemimpin UMNO juga tidak terlepas. Kerana UMNO sama UMNO tiada yang mustahil.
  • Pihak berkuasa harus membawa mereka yang bersalah dimuka pengadilan, tak kira mereka Melayu, Cina atau India.