Friday, January 30, 2009

BUBAR SAYAP UMNO



  • Kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen amat mengejutkan banyak pihak, terutamanya pemimpin UMNO. Ada yang marah dan ada yang berkecil hati.

  • Puteri UMNO antara yang palig berkecil hati, sesuailah dengan sifatnya sebagai puteri. Dato Noraini menganggap yang Tengku Ahmad seolah-olah melupakan jasa puteri dikala UMNO sudah mula ditolak rakyat pada zaman Dr Mahathir, Puterilah yang menyelamatkan UMNO.

  • Hujah Tengku Ahmad juga ada asasnya. Mana mungkin gadis muda seusia puteri sudah diasak dengan kemelut politik wang. Puteri melambangkan darjat bangsa, dan darahnya adalah darah diraja. Puteri adalah lambang tertinggi gadis melayu. Tapi kalau puteri UMNO sudah terpalit dengan politik wang, orang terpaksa panggil Puteri Rasuah. Ianya bukan sekadar merosakkan UMNO dan imej Melayu tapi sebenarnya menghina institusi Raja.

  • Putera pun sama.

  • Tidak cukup dengan Puteri dan Putera, Tengku Ahmad juga mencadangkan agar Pemuda dan Wanita turut dibubarkan.

  • Ketua pemuda UMNO dengan penuh karismatik dan sopan menghuraikan mengapa perlunya pemuda UMNO, termasuk jasa yang telah disumbangkan pemuda. Hishamudin anggap politik wang adalah kerja segelintir ahli UMNO. Hishamudin juga menganggap masalah kecil UMNO jangan diperbesarkan.

  • Komen Wanita saya tak baca, tapi saya agak Rafidah sudah dapat membaca mesej Tengku Ahmad.

  • Yang pasti dari komen Pak Lah sampai akar umbi, tiada siapa yang dapat membaca mesej yang disampaikan oleh Tengku Ahmad.

  • Kalau sudah tiada sayap mana mungkin UMNO boleh terbang. Berjalan pun payah, bole tu bole tapi payahlah sikit.

  • Mesej Tengku itu adalah merujuk kepada parahnya politik wang dalam UMNO. Amalan rasuah yang berakar umbi sehingga melibatkan anak-anak muda yang mentah dalam politik.

  • Bagi Tengku untuk menyelamatkan Melayu dari Rasuah dan kerosakan maka puteri dan putera UMNO wajar dibubarkan, kalau boleh pemuda dan wanita sekali, Cuma Tengku tak tergamak nak sebut Bubarkan UMNO. Pemimpin UNNO tak faham tapi Rakyat Faham.

Saturday, January 17, 2009

P36-MASA DEPAN MALAYSIA

  • Hari ini 17 Januari 2009, rakyat Kuala Trengganu menentukan kepimpinan mereka. Persaingan antara PAS dan BN.

PELUANG BN

  • BN telah bermatian untuk mempertahankan kemenangan. Kekalahan di KT boleh memberi kesan buruk kepada BN.
  • BN akan dilihat tidak relevan kepada rakyat Malaysia.
  • Kuasa wang BN mungkin tidak lagi menjadi penentu kepada kemenangan BN. Wang yang dibelanjakan jutaan ringgit, tapi untuk sampai kepada rakyat ianya perlu melalui pelbagai tapisan, itulah yang memeningkan Najib.
  • Persaingan merebut jawatan dalam UMNO juga memberi kesan negatif kepada BN. Wanita UMNO dilihat memboikot pilihanraya kecil ini.
  • PRK KT tetap menjadi medan UMNO berkempen untuk pemilihan MAC nanti.
  • Faktor calon UMNO yang terpalit dengan pelbagai isu tidak dapat dijawab oleh BN. Wan Farid tidak dipertahankan oleh UMNO sebaliknya beliau diburukkan oleh pemimpin UMNO sendiri. Ini disahkan oleh Pak Lah dikala beliau membuat pertemuan dengan wanita UMNO Trengganu.
  • Pak Lah dipersimpangan. Kemenangan Wan Farid akan melonjakkan Najib. Pak Lak tak mahu Najib melonjak. Kekalahan Wan Farid amat mengembirakan Pak Lah, itu mengambarkan Najib juga lemah dan Pak Lah bukanlah faktor kepada kekalahan BN. Tapi Pak Lah tak mahu Wan Farid Kalah, Wan Farid diperlukan untuk pemilihan Mac ini.
  • Media dan Jentera kerajaan kekal menjadi senjata bagi BN.

PELUANG PAS

  • PAS sentiasa punya peluang. Isu berpihak pada mereka. PR cukup mantap dalam PRK kali ini.
  • Calon PAS amat ceria sekali. Beliau dilihat bersih dari sebarang isu peribadi.
  • Pengundi cina memihak kepada PAS.

Persoalannya adakah pengundi KT telah dibekalkan semua maklumat yang diperlukan untuk memilih pemimpin mereka. Apakah politik kita masih berkisar kepada pengaruh wang. Apakah kehadiran dianggarkan 10,000 anggota polis ini punya muslihat. Itulah politik malaysia. Kepada Allah kita berserah dan bertawakal setelah kita berusaha. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Wednesday, January 14, 2009

PRK036-BN MULA BIADAP

BN sudah memulakan gendang provokasi. Di DUN Bandar terpanpang poster yang menimbulkan kemarahan penyokong PR. YB Timbalan Presiden dan YB Ketua Pemuda PAS turut berada ditempat kejadian. Pihak berwajib telah diarahkan merobohkan poster biadap tersebut sebelum petugas PAS bertindak. Yang pasti PRK036 semakin panas. BN makin terdesak.

PRK036-POLIS BERKUDA


Pasukan polis berkuda turut digunakan untuk PRK Kuala Trengganu. Untuk apa polis ini digunakan untuk pilihanraya. Pembaziran bukan sekadar melibatkan anggota polis tapi penggunaan kuda juga membazir. Polis nak makan. Kuda pun nak makan. Rakyat yang tak makan !

PRK036-KEMISKINAN JADI ALAT BN

Terengganu adalah antara negeri termiskin di Malaysia. Walaupun kaya dengan hasil minyak, namun rakyat kekal miskin. Penganguran masih tinggi. Projek membazir kekal menjadi tema BN. Rakyat dijanjikan hidup yang lebih selesa. Janji BN hanyalah seperti fatamorgana. Apa makna selesa kalau kita terus dihimpit kemiskinan.

PRK036-BN TIADA PETUGAS

Apa dah jadi. Akibat tiada petugas maka BN menggunakan taktik patung untuk menjaga markaz mereka. Apakah ini layanan yang mengambarkan nasib Pak Lah dan BN. Peluang PAS makin cerah.

PRK P036 - KREATIF




Antara rekabentuk bahan kempen yang dihasilkan oleh petugas PAS. Kepelbgaian kreativiti digunakan oleh Parti politik bertanding untuk menarik minat pengundi. Siapa yang bakal menunggang motosikal ini ke Parlimen. Apakah ramahnya calon PAS dengan kepelbagaian isu akan memenangkan PAS atau simpati pengundi kepada UMNO menjadi penentu.