Friday, March 27, 2009

SEMANGAT BARU UMNO

  • Muhyiddin dah menang. Seperti yang telah perwakilan jangkakan.
  • Tanpa berbulan madu, dua bukit satu batang diletakkan dipundak beliau.
  • Trio menjadi pembantu.
  • Cabaran besar Muhyiddin adalah untuk menang ketiga-tiga pilihanraya kecil tersebut.
  • Muhyiddin bakal diberi kata dua oleh Najib. Biar apa cara sekalipun BN mesti menang.
  • Muhyiddin akan diuji dengan makna perubahan yang sering beliau laungkan.
  • Mungkinkah beliau boleh membuktikan pilihanraya ini adalah antara BN dan PR. Jentera kerajaan jangan dilibatkan.
  • Persepsi rakyat akan menghantui Muhyiddin. Sekiranya Muhyiddin terpalit dengan penyalahgunaan kuasa kerajaan dalam pilihanraya, reputasi Muhyiddin akan merudum.
  • Najib tak kisah, kalau orang tak nak Muhyiddin, beliau ada spare part.
  • Muhyiddin tak mungkin boleh jadi lebih baik dari Najib, ianya akan jadi seperti 2M.
  • Muhyiddin dipersimpangan, beri salah tak beri kalah.
  • Mungkinkah Muhyiddin membawa politik bersih dalam UMNO. Biar kalah yang penting perubahan.
  • Atau, bila rakyat tengok cara Muhyiddin mengurus pilihanraya, rakyat akan kata, samo ye...UMNO.

Thursday, March 26, 2009

KENAPA KHAIRY MENANG

  • Hari ni, pagi lagi saya dah kekedai kopi.
  • Macam biasa, jumpa orang yang kenal, borak-borak.
  • Isu hangat, politik UMNO.
  • Saya tanya macam mana Mukhriz boleh kalah dan Khir Toyo tak boleh menang.
  • Jawapan orang, kita dah boleh jangka, rasuah le.
  • Tiba-tiba ada seorang yang saya tak kenal asal-usulnya.
  • Beliau menyatakan bahawa jam tiga pagi tadi baru balik dari KL.
  • Beliau mengeluh kerana duit parking lebih mahal dari duit minyak.
  • Saya tanya kenapa Mukhriz boleh kalah dan Khir Toyo tewas.
  • Dia kata Khir Toyo garang sangat. Kalau dia jadi Ketua, habis kito kena bawak parang.
  • Karpal Singh pun dia kacau. Suruh budak dia cukuplah.
  • Beliau mengambarkan cara Khir Toyo akan memberi imej buruk kepada UMNO.Dalam politik tak boleh berani dan garang sangat. Kalau balingpun kena pandai sembunyi tangan.
  • Beliau ulas Mukhriz pula. Mukhriz tu layak pimpin orang tua. Cara dia bercakap lembut sangat tak sesuai dengan orang muda.
  • Memang pasti ada alasan untuk mereka yang kalah. Tapi Khairy perlu memberikan alasan kenapa beliau menang.
  • Mungkin Tun Mahathir ada jawapannya.
  • Mungkin kemenangan Khiry akan membuka ruang Pemuda UMNO dan PAS untuk bermuqabalah atau teruskan budaya Mujadalah.

Wednesday, March 25, 2009

KEMANA PEMUDA UMNO

  • Semalam saya dengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya kira saya kenal orang yang mencipta bunga bahasa yang beliau gunakan. Kendatipun begitu, mungkin telahan saya tidak tepat.
  • Ucapan Najib agak baik walaupun ianya hanyalah retorik.
  • Ucapan yang gagal diselami maknanya oleh golongan muda.
  • Perbahasan perwakilan dan ungkapan penutup ketua pemuda UMNO mengambarkan dendam membara mereka kepada manusia yang bernama Anwar Ibrahim.
  • Anwar yang pernah dilupakan dalam beberapa sessi perhimpunan agung UMNO kembali diingati walaupun dalam versi yang lain.
  • Bila diamati secara keseluruhannya persidangan pemuda, seolah-olah pemuda UMNO telah istihar perang kepada pembangkang.
  • Pemuda UMNO tidak berubah, atau mungkin mereka tak faham makna perubahan.
  • Mana mungkin golongan korporat muda faham isi hati rakyat yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
  • Mana mungkin korporat muda yang dilamun projek besar bisa bersama hanyirnya nelayan dengan tangkapan ikan yang tak seberapa.
  • Mana mungkin korporat muda yang dialun mimpi indah faham akan makna jihad dan ketulenan perjuangan.
  • Apa asas bagi memungkinkan pemuda UMNO kembali kepangkal perjuangan, untuk agama, bangsa dan negara.
  • Mana mungkin dengan semangat, sejarah lalu, dibawa kehutan, direndam kelaut boleh membebaskan pemuda UMNO dari rasuah.
  • Mana mungkin pemuda UMNO berubah dengan Melayu.
  • Tanpa Islam siapalah UMNO, kemana Melayu.
  • UMNO lupa diri. Hanya Islam mampu menyelamatkannya, kalau mereka terus berpaling, tunggulah saat kehancuran.
  • Yang hidup pasti akan mati....

KIRA PAKAI GANTANG

  • Asalnya Bukit Gantang adalah pilihanraya kecil.
  • Bila PAS menamakan DS Nizar jadi calon maka ia jadi pilihanraya besar. Semua orang tertunggu-tunggu keputusan pilihanraya tersebut. Raja pun nak tahu keputusan pilihanraya itu.
  • Keputusan PAS meletakkan DS Nizar makin menghangatkan lagi pilihanraya kecil tersebut. Boleh dikatakan antara pilihanraya kecil yang bakal mendapat perhatian ramai.
  • PR berada pada posisi yang baik. DS Nizar adalah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua kaum.
  • Cuma, baik bukan penentu kemenangan. Tugas menanti PR cukup besar.
  • Kekalahan boleh mengundang perpecahan kepada Pakatan Rakyat. Kes Mahkamah Perak akan dilihat hambar. PR akan dilihat sebagai kehilangan populariti. Demokrasi memerlukan sokongan majoriti.
  • Ada pandangan mengatakan bahawa biar kita kalah dalam demokrasi asalkan kita bertindak benar. Saya tidak setuju dengan pandangan itu.
  • Dalam demokrasi kita mesti menang dalam kebenaran. Kalau kalah mesti cari jalan untuk menang. Kalau sekadar benar dan tak kisah kalah atau menang, lebih baik pilih jalan selain demokrasi, Tabligh contohnya.
  • Bukit Gantang mengajak kita berkorban.
  • Ada masa berikan masa pada perjuangan.
  • Tiada masa ada wang, sedekahkan wang untuk perjuangan.
  • Tiada masa dan tiada wang, gunakan kata-kata merayu undi dalam dan luar perak.
  • Tiada masa, tiada wang dan tiada undi, berdoalah untuk kemenangan PAS.
  • Tiada masa, tiada wang, tiada undi dan tak suka PAS, berdoalah untuk diri sendiri agar dari jahat menjadi baik.
  • Kalau semuanya tiada maka tunggulah kematian.
  • Bukit Gantang, menang dalam tangan kalah belum pasti.
  • Bersamalah kita berusaha agar rakyat kira UMNO pakai gantang.

Tuesday, March 24, 2009

KUASA 3M

  • Persolan yang bermain difikiran rakyat, siapakah yang bakal dipilih oleh perwakilan UMNO untuk memimpin mereka. Saya tetap konsisten bahawa wang tetap menjadi penentu dalam pemilihan kepimpinan UMNO.
  • Presiden : Datuk Seri Najib Tun Razak (Royalti Kapal Selam, Darat & Udara)
  • Tim.Presiden : Tan Sri Muhammad Taib (Duit Berkilo-kilo)
  • Naib Presiden : Datuk Shafie Afdal (Sabah dia punya)
  • Naib Presiden : Tan Sri Isa Samad (MB paling lama)
  • Naib Presiden : Tan Sri Rahim Tamby Chik (GABEM – Raja Kontraktor)
  • Ketua Pemuda : Datuk Seri Khir Toyo (Selangor Kaya Beb)
  • Ketua Wanita : Rafidah Aziz (Ratu AP)
  • Ketua Puteri : Siapa pun sama.
  • Kalau kita lihat senarai di atas maka asasnya mereka adalah antara orang kaya dalam UMNO.
  • Kalau yang menang selain dari nama diatas, saya mungkin dikira silap dalam menentukan senarai orang terkaya dalam UMNO.
  • Mungkinkah kuasa 3M (Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz) berjaya mempengaruhi perwakilan. Mungkin 3M tinggal sejarah.
  • Kawan saya ada juga jadi perwakilan, mereka orang kuat Khir Toyo.

KEMPEN SYED HAMID

  • Syed Hamid Albar, nama yang sudah dilupakan rakyat. Umno pun dah lupa nama beliau.
  • Namun untuk melonjakkan kembali nama yang dah suram maka digunakan serpihan kuasa yang yang ada, KDN.
  • Tangkap orang ISA, kemudian batalkan tangkapan, wartawan dan Teressa jadi mangsa.
  • Batalkan permit pekerja import Bangladesh. Menteri Sumber Manusia import, Syed Hamid tukang batal. Macam tu tak guna mesyuarat kabinet.
  • Akhir sekali bila semua isu tidak memihak kepada beliau untuk bertanding naib presiden umno, batalkan permit Harakah dan Suara Keadilan untuk 3 bulan.
  • Syed Hamid sangka dengan cara itu perwakilan akan nampak beliau amat tegas untuk memimpin UMNO.
  • Syed Hamid lupa bahawa perwakilan bukan tengok tegas, tapi tengok duit.
  • Dalam UMNO, Datuk Ali yang paling faham aspirasi perwakilan.

Thursday, March 19, 2009

MUHYIDDIN JUGA PERLU DISIASAT

  • Tan Sri Muhyiddin Yasin menafikan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Ali Rustam.
  • Beliau merasakan suara-suara yang datang dari penyokong UMNO itu adalah fitnah yang paling dasyat dalam kerjaya politik beliau.
  • Tapi selaku calon Timbalan Presiden UMNO sekaligus selaku calon Timbalan Perdana Menteri, beliau juga wajar disiasat.
  • Hari ini wujud tuduhan bahawa beliau terlibat dalam memberikan AP kepada para perwakilan UMNO.
  • Walaupun pemberian AP adalah tanggungjawab beliau, namun SPRM sepatutnya membersihkan nama bakal TPM ini melalui siasatan yang telus.
  • Persolannya adakah beliau benar-benar terlibat memberikan AP kepada mana perwakilan UMNO ?
  • Kemukakan senarai mereka yang diberikan AP sepanjang kempen beliau selaku Timbalan Presiden.
  • Muhyiddin sepatutnya terbuka menerima kritikan ini. Biar SPRM tentukan beliau terlibat atau tidak.

Wednesday, March 18, 2009

SPRM SIASAT LEMBAGA DISPLIN UMNO

  • Saya sukar nak setuju dengan UMNO. Tapi untuk kes Lembaga Displin saya setuju.
  • Kenyataan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Ghafaar Atan bahawa tindakan Lembaga Displin tidak adil ada benarnya.
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan juga mempertikaikan keputusan tersebut yang disifatkan berat sebelah.''Ada pihak melakukan kesalahan yang sama tetapi sekadar diberikan amaran tetapi bagi Mohd. Ali pula beliau dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden," katanya.
  • Bendahari UMNO Bahagian Bukit Katil, Datuk Akbar Ali berkata, pada masa ini kewibawaan, integriti, ketelusan, keadilan dan kemampuan Lembaga Disiplin parti boleh dipertikaikan. ''Keputusan hari ini dipertikaikan. Ia dilihat seolah-olah kurang sihat dan perlu diperbetulkan segera, jika tidak ia akan memberi kesan pada pemilihan parti hujung bulan ini," katanya lagi.
  • Sebab itu dalam kes ini saya melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan lembaga displin UMNO. Sayugia dicadangkan agar SPRM menyiasat Lembaga Displin UMNO.

DATUK ALI BOLEH BERTANDING TIM.PRESIDEN

  • Datuk Ali tetap punya peluang bertanding Timb.Presiden. Kalau tak bulan Mac ni, tiga tahun lagi. Datuk Ali sabar orangnya.
  • Datuk Ali juga tak rugi apa-apa. Kekal Ketua Menteri, masih ahli DUN.
  • Berkempen jawatan Timbalan Presiden pun tak keluar satu sen. Orang kanan beliau yang keluar duit. Mungkin orang kanan beliau pun tak keluar duit sebab mereka pakai duit rakyat.
  • Kalau Datuk Ali jumpa Paklah, sudah tentu Paklah mahu Muhyiddin di kalahkan. Dalam demokrasi dua lawan satu, dua akan kalah. Sebab itu kita sudah dapat menjangka rayuan Datuk Ali.
  • Kalau Datuk Ali jumpa Paklah, bukan Datuk Ali yang merayu pada Paklah tapi Paklah yang akan merayu pada Datuk Ali, minta agar penyokong Datuk Ali dapat menyokong Mat Taib.
  • Sudah menjadi resam UMNO, setiap kali persidangan agung berlansung, akan ada yang hitam, supaya yang lain dianggap bersih.
  • Biasanya yang dikambing hitamkan adalah mereka yang paling kuat UMNOnya. Kerat macam manapun Datuk Ali tak akan lari dari UMNO.
  • Ramai orang Melaka kecewa bila Datuk Ali dilihat seperti Suci dalam Debu.

Thursday, March 12, 2009

SPRM BUANG MASA

  • Menyiasat rasuah menteri adalah kerja buang masa. Apatah lagi kalau ianya berkaitan dengan UMNO.
  • Kes kementerian pelancongan adalah kes baru, kes lama bertimbun lagi.
  • Kenyataan Datuk Sabarudin Chik ada benarnya, menyiasat politik wang dalam UMNO hanya membuang masa SPRM.
  • Kesian menteri UMNO, siapakah yang akan dikambing hitam...atau semuanya putih.

Wednesday, March 11, 2009

ALLAH TUHAN KAMI

  • Kita berpegang pada asas, tuhan kita satu iaitu Allah S.W.T. Tuhan yang menjadikan muka bumi dan sekalian makhluk.
  • Allah adalah tuhan bagi sekalian manusia, Islam maupun bukan Islam.
  • Kalau Allah hanya tuhan kepada umat Islam, maka siapakah tuhan bagi manusia lain ? Jawapannya Allah jualah tuhan bagi mereka.
  • Tugas kita adalah menyakinkan manusia bahawa tuhan kita Allah dan Muhammad itu RasulNya.
  • Macam kita dengan UMNO, walaupun sama tuhan tapi berbeza kefahaman. Kita kata jalan kita betul, UMNO kata jalan dia lagi betul.
  • Apatah lagi bagi Yahudi dan Nasrani.
  • Allah tuhan bagi sekalian alam.

Monday, March 2, 2009

CALON KETUA PEMUDA UMNO

  • Datuk Mukhriz
  • Aman Malaysia menjadi tunjang kempen Datuk Mukhriz bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Bagi Mukhriz, kalau pemuda umno boleh sokong Palestin maka mereka juga boleh sokong aku. Palestin jadi tapak untuk Mukhriz berkempen. Tapi politik diMalaysia lebih gawat dari berita Palestin. Ruangan untuk Palestin makin hari makin pudar. Berita tentang Mukhriz juga turut pudar. Mukhriz yang popular asalnya, makin tertinggal. Jantan Mukhriz tak berapa nampak. Hujah bapanya dalam blog Chedet juga sudah tidak menyengat. Gaza menangis, Mukhris turut menangis, peluang beliau tipis.
  • Khairy
  • Menggunakan jambatan sedia ada selaku Naib Ketua Pemuda UMNO untuk berkempen. Laluan beliau dilihat mudah. Dengan pengaruh kuasa tanpa tanggungjawab ditingkat 4, Khairy dilihat lebih cerah berbanding Mukhriz. Walaupun pencalonan Khairy dibelakang Mukhriz, tapi bisik-bisik pemuda UMNO, Khairy tetap didepan. Senjata Khairy pelbagai, kadangkala jantannya terbukti tapi tidak sejantan Khir Toyo.

  • DS Khir Toyo
  • Peringkat awal kempen DS Khir Toyo agak kebelakang. Dilihat tua dan tidak berjiwa muda. Putera umno sebaya anaknya. Agak susah nak memulakan kempen. Kuasa yang ada amat terbatas. Negeri pula dah tumbang. Hari ini DS Khir Toyo dilihat makin dekat dengan jawatan ketua pemuda umno. Banyak isu DS Khir mendapat liputan media UMNO. MB selangor dan Karpal Singh menjadi subjek kempen Khir Toyo. Pemuda UMNO melihat Khir Toyo betul-betul jantan. Khir Toyo sudah semakin dekat untuk duduk dikerusi Ketua Pemuda.

  • Cuma tinggal 21 hari saja lagi untuk Mukhriz dan Khairy memintas Khir Toyo. Undang-undang jatuh no.2, jantan UMNO no.1. Baru boleh menang.
  • Bagi UMNO jantan no.2, wang no.1. Kalau jantan tapi tiada wang tidak ada nilai juga. Lebih baik betina tapi ada wang. Khir Toyo adalah jantan dan ada wang. Khairy agak kurang jantan dan ada wang. Mukhriz adalah kurang jantan dan kurang wang. Pemuda UMNO perlukan ketua yang banyak jantan dan banyak wang.