Thursday, April 30, 2009

MELANCONG PERCUMA

  • Kalau dapat tiket percuma keluar negara,adakah anda akan pergi ?
  • Syaratnya mudah, bila anda bertemu dengan rakyat negara yang anda lawati, anda perlu kata. :-
  • Saya dari Malaysia
  • Perdana Menteri yang saya kasihi Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Beliau adalah pemimpin yang telus dan adil.

  • Tiket percuma itu adalah ke Mongolia.
  • Anda pasti Selamat, Aman, Makmur !

PERAK - STRATEGI BN

  • Tanggal 7 Mei, BN berusaha adakan sidang DUN diPerak.
  • Demokrasi entah dimana. Rakyat tak penting, yang penting kuasa.
  • Tuhan, entah ingat entah tidak.
  • BN akan cuba mengalihkan isu semasa agar DUN Perak dapat diambil melalui silap mata. Sivakumar hendak diganti dengan ....?
  • Bila membaca kes-kes mahkamah tentang Perak, ia agak mengelirukan. Memang menjadi agenda BN untuk mengelirukan rakyat.
  • BN akan cuba mengalihkan isu Perak dengan isu lain yang "dikategorikan panas".
  • Nasib tak baik isu tak panas pun akan jadi panas.
  • Mungkinkah 7 Mei dilihat sebagai tarikh berkuburnya demokrasi, atau 7 Mei sebagai tarikh keramat bermulanya era baru demokrasi di Malaysia.
  • Fokuskan penumpuan anda diPerak, kerana UMNO akan cuba mengalih perhatian rakyat.

Saturday, April 25, 2009

PENANTI - PERANGKAP SPR-M ?


  • DUN Penanti dikira kosong bila Sdr Fairuz meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.
  • Speaker Pulau Pinang telah maklumkan pada SPR tentang kekosongan kerusi Penanti.
  • SPR telah bermesyuarat Rabu lepas. Yang pelik mengapa SPR tidak terus mengumumkan tarikh penamaan dan pengundian bagi DUN Penanti.
  • SPR dilihat banyak buang masa dan duit. Sepatutnya selepas mesyuarat boleh terus umumkan keputusan seperti kelaziman biasa.
  • Penanti, seperti ada yang tidak kena dengan SPR. Rabu ditunda kepada Jumaat, Jumaat ditunda Isnin.
  • Apakah SPR mengharapkan Sdr Fairuz menghantar surat kepada SPR, bagi membatalkan surat perletakan jawatan beliau.
  • Sekiranya Sdr Fairuz menghantar surat kepada SPR pada hari Jumaat, memaklumkan bahawa beliau menarik surat perletakan jawatan itu, mungkin SPR menerimanya.
  • Mungkin ini adalah perangkap antara SPR dan SPRM.SPRM membersihkan Fairuz, SPR mengharapkan Fairuz masuk perangkap mereka.
  • Hanya ahli politik yang bodoh sahaja akan tertipu dengan mainan SPR.
  • SPR mengharapkan Fairuz menghantar surat pembatalan perletakan jawatan DUN Penanti. Motifnya hanyalah satu, untuk menghalalkan tindakan mereka tidak mengadakan pilihanraya kecil di Perak (kerusi lompat).
  • Sekiranya Sdr Fairuz kemukakan surat pembatalan, SPR pasti tidak akan mengadakan pilihanraya kecil di Penanti. SPR akan kata bahawa mereka bertindak adil samada di Perak maupun Penanti.
  • Semuanya seolah-olah seperti dirancang. SPRM memberi masa yang amat suntuk untuk Sdr Fairuz berfikir (tak sampai 24 jam), Sabtu dan Ahad hari cuti. SPR sengaja melewatkan pengumuman sehingga Isnin. Apakah ini perangkap kepada Sdr Fairuz.?
  • Ini semua dilakukan kerana BN tidak bersedia menerima kekalahan seterusnya. BN rela SPR memberikan Penanti kepada Fairuz dengan sedikit muslihat.
  • Buatlah apa saja, asalkan BN jangan dimalukan.
  • SPR makin kusut, SPRM makin berserabut. Apa perubahan yang rakyat harapkan. Mengejar perubahan UMNO seperti mengejar fatamorgana. Akhirnya kita mati kehausan!

Monday, April 20, 2009

NAJIB VS MAHATHIR

  • Tun Mahathir cukup gembira dapat masuk UMNO.
  • Bukan sahaja beliau diraikan, malah anak beliau juga dihargai. Mukhriz dikira menang dalam kalah.
  • Komitmen pertama Mahathir di Bukit Gantang gagal memenangkan UMNO. Alasan Mahathir mudah, UMNO telah dirosakkan teruk oleh Pak Lah.
  • Menyiga telinga Khairy.
  • Ramai pemimpin UMNO menyangka membawa Mahathir kembali kepada UMNO adalah kerja bijak Najib.
  • Untuk jangka pendek mungkin Najib bijak, untuk bulan-bulan yang akan datang belum tentu.
  • Mahathir hari ini dilihat kembali membina pengaruh dalam UMNO, bukan untuk berkuasa tapi untuk dihormati. Mungkin strategi Najib memakan diri. Mahathir pantang disanggah maupun diperkecilkan.
  • Bila bertemu idea Najib dan Mahathir, Najib akan berada dipersimpangan. Mungkin Rosmah sebagai kata pemutus.
  • Penanti adalah pertembungan idea pertama Najib Mahathir.Najib mahu dilihat sebagai negarawan, Mahathir mahu UMNO berlawan.
  • Sekiranya BN menarik diri dari bertanding di Penanti, maka Najib benar-benar telah memulakan perubahan. Secara politik beliau memberi kredit kepada UMNO.
  • Mahathir akan mengkritik tindakan Najib, UMNO dilihat lemah dan Najib juga dianggap penakut.
  • Mahahir jenis tak kisah, UMNO lemah akan memberi kredit kepada beliau. Beliau akan dilihat sebagai tokoh yang tiada tolok bandingnya memimpin UMNO. Pak Lah maupun Najib tidak setanding dengan beliau.
  • Langkah Najib sentiasa diekori oleh Mahathir.
  • Najib sedar untuk menghormati Mahathir, kena hormat projek beliau. Projek pertama, tingkatkan imej Proton. Mahathir cukup gembira dikala berada pada pelancaran proton exora.
  • Jambatan bengkok ? mungkin keadaan ekonomi tidak mengizinkan.
  • Persoalannya sampai bila Najib harus mengikut telunjuk Mahathir. Mungkin bulan ke 3 akan bermulanya pertembungan Najib- Mahathir.
  • Isunya, bila Mahathir mula mengkritik Rosmah.

TV UMNO

  • Semua ahli UMNO mengharapkan perubahan.
  • Strategi mereka mudah. Jumpa rakyat, agihkan kekayaan negara.
  • Bila rakyat rasa kehadiran UMNO, maka UMNO sangka rakyat akan meyokong mereka.
  • Strategi mereka mungkin berjaya dan mungkin gagal.
  • Permatang Pauh, Kuala Trengganu dan Bukit Gantang menunjukkan UMNO tak berapa popular.
  • Bukan mudah menang dalam pilihanraya kecil. Nak tahu macam mana susahnya untuk menang, cuba lihat TV1, TV2 dan TV3 (TV UMNO). Kalau tengok TV, BN confirm menang, itu menunjukkan TV itu sedang berbohong.
  • Setiap kali UMNO kalah dalam pilihanraya kecil, keyakinan rakyat kepada mereka semakin pudar. TV mereka pun orang dah tak percaya.
  • Teringat satu kisah budak penjaga kambing. Bila terlalu kerap membohongi orang kampung, bahawa kambingnya akan dimakan serigala, lama kelamaan orang dah tak percaya pada budak UMNO tu.
  • TV UMNO pun begitu. Kalau ada 10 pilihanraya kecil, TV UMNO masih guna kaedah lama, lama kelamaan orang UMNO pun tak tengok TV. Mungkin orang UMNO akan kata TV pembohong.

Friday, April 17, 2009

UMNO TIADA, RASUAH MATI

  • Dua tiga hari lepas saya berborak dengan seorang JKKK kampung saya. Beliau seorang peniaga, kira berjaya.
  • Soalan pertama dia tanya saya, bila Datuk Ali nak turun.
  • Saya kata, UMNO nak dia lagi.
  • JKKK terus menjawab, "mana ada. Datuk Ali tu jenis ikut suka dia saja. Kalau ada program dia tentu datang lambat, rimas kita yang buat program ni."
  • Sebab itu dikalangan pengawai kerajaan negeri mereka buat pantun untuk Datuk Ali “Ikan Keli ikan limbat, Datuk Ali memang lambat”.
  • Sedang syok berborak dengan JKKK hal kampung kami, masuk seorang pelanggan kedai beliau. Orang Johor tinggal di Melaka.
  • Pelanggan tersebut bila dengar kami berbual tentang UMNO dan pemimpin, beliau terus menyampuk.... “Saya ni bekas orang kuat UMNO Johor, orang dulu berjuang untuk bangsa, pemimpin yang berkorban, saya dulu keluar duit bukan dapat duit. Tapi UMNO sekarang dah rosak, asyik nak rebut projek, rasuah “
  • JKKK terus bagi pandangan “ Mungkin UMNO zaman tok najib ni akan berubah”.
  • Pelanggan tu terus menambah “Bagi saya UMNO tiada baru rasuah mati”.

NAJIB DENGAN 1001 MASALAH

  • DS Najib baru membentuk kabinet. Indek komposit meningkat lebih 10 mata bila Najib ambil alih jawatan dari Pak Lah.
  • Agaknya apa Pak Lah buat dikala ini. Mungkin sedang berehat dalam kapal layar di perairan Australia.
  • Kamu nak sangat kuasa, ambil lah, mungkin itu kata-kata yang bermain di benak Pak Lah.
  • Tersenyum Pak Lah bila melihat Najib-Muhyiddin-Mahathir tewas di dua bukit.
  • Najib yang dapat kuasa terus dihimpit masalah.
  • Kabinet beliau dianggap oleh UMNO sebagai cukup wibawa untuk membawa perubahan.
  • Yang pasti kabinet itu adalah kabinet pemimpin yang ditolak oleh Rakyat. Kabinet ‘recycle’.
  • Perak tak selesai, Trengganu sudah membara, Perlis bertikam lidah, Melaka lubuk rasuah, Negeri Sembilan perang saudara….. yang pasti, politik UMNO tak berkesudahan setakat perhimpunan agong UMNO.
  • Angin penolakan sisa-sisa kepimpinan pro Tun Abdullah akan bertiup disetiap negeri.
  • Mahathir tunggu dan lihat. Puas hatinya melihat putera beliau yang tewas dinobatkan selaku Timbalan Menteri sedangkan Khairy yang menang terus dipencilkan.
  • Ada pandangan mengatakan bahawa UMNO menghalang Ali Rustam dan Khairy berkempen dipilihanraya kecil lalu. Ali Rustam dan Khairy tetap menjadi liabiliti dalam UMNO.
  • Kalau Khir Toyo nak guna isu Eli untuk burukkan PR Selangor, PR akan guna isu Ali Rustam untuk burukkan UMNO di Melaka.
  • Najib tiada pilihan. Pembersihan perlu dilakukan sehingga diperingkat negeri. Najib tak mungkin akan kekalkan Ali Rustam, Ahmad Said, Shahidan Kasim, Mohamad Hasan, Adnan Yaakob, Tengku Adnan dan lain-lain lagi.
  • Minggu pertama, Muhyiddin tak dapat membantu, malah menyusahkan. Najib terus umumkan bahawa TPM pun perlu ada KPI, jangan cakap ikut suka.
  • Langkah kedua Najib, melarang sebarang Menteri meletakkan gambar beliau dalam pakej kementerian. Mungkin puncanya bila gambar Najib bergandingan dengan Azalina pada pakej “ZOOM” kementerian pelancongan lalu, Rosmah menyampah tengok gambar tu.
  • Kalau masalah UMNO banyak yang tak selesai, bagaimana Najib nak selesaikan masalah Rakyat.

Friday, April 10, 2009

TAHNIAH MAJOR

  • Tahniah saya ucapakan kepada Major Jen (B) Jamil Khir Baharom kerana dilantik selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Menjaga Hal Ehwal Islam.
  • Mungkin ilmu dan pengalaman beliau dapat meletakkan Islam pada tempatnya. Islam dilihat tinggi dan dihormati.
  • Jangan jadi macam bekas pengarah Kagat yang pernah jadi Menteri. Jangan jadi Menteri pak turut.
  • Major Jen (B) Jamil Khir dilihat bersih. UMNO dilihat kotor. Cabaran kepada beliau amat berat, membersihkan UMNO.
  • Beliau juga bakal diuji dengan ungkapan yang selalu beliau sebutkan dalam forum agama dikaca TV. Teori Islam yang sebenar.
  • Dalam forum perdana, kita boleh menafsirkan surah As Saff, persoalannya boleh kah kita melaksanakannya bila berkuasa.
  • UMNO mempunyai sejarah merosakkan imej ulamak, Bekas Imam Masjid Negara pun sepak tong SPR bila masuk UMNO.
  • Beliau diharap tak akan lupa bahawa Rasullullah adalah pemimpin yang berkongsi sebiji kurma untuk mengisi perut.
  • Dalam UMNO, bukan kurma yang ada nak disedekah, kurma orang pun dia kata kurma dia.
  • Butang baju melayu yang Major Jen (B) pakai masa angkat sumpah jadi Senator agak-agak boleh beli berapa kilo kurma.?

NAJIB DIKONKONG MAHATHIR ?

  • Datuk Seri Najib telahpun melantik anggota kabinet beliau.
  • Orang Melaka paling sedih, tinggal satu jawatan Timbalan Menteri.
  • Datuk Ali kecewa. Beliau jangka akan ada Timbalan Menteri jadi Menteri dari Melaka, paling tidak jawatan Timbalan Menteri kekal 2 orang.
  • Mungkin Datuk Seri Najib melihat bahawa Datuk Idris Harun adalah orang Datuk Ali, Datuk Ali pula orang Pak Lah, orang Pak Lah Najib tak nak, walaupun menang.
  • Semalam Khairy pergi Melaka jumpa Datuk Ali Rustam, pasti menarik perbualan mereka. Mungkin berkisar rasuah dan kabinet.
  • Khairy dilihat orang yang paling kecewa dalam UMNO.
  • Bagi menutup kekecewaan beliau, maka beliau menyatakan bahawa parti lebih utama dari Kabinet. Khairy tak mungkin dapat menutup kekecewaan beliau.
  • Mana mungkin Ketua Pemuda UMNO tanpa ”budget” dapat berfungsi menggalas tanggungjawab mengembalikan anak muda kepada UMNO. Tidak mungkin Khairy sentiasa berpaut kepada Razali selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
  • Kalau sampai pemilihan akan datang, pasti Khairy bungkus, atau beliau mungkin bungkus lebih awal.
  • Yang pasti, Khairy menjadi mangsa Mahathir. Syarat Mahathir masuk UMNO amat besar, mungkin telah ditentukan Mahathir.
  • Jawapan Mahathir dalam blognya bahawa beliau masuk UMNO kerana Tun Abdullah sudah tidak menjadi Perdana Menteri adalah terlalu kepura-puraan.
  • Mungkin Mahathir masuk UMNO kerana Najib sudah menjanjikan Mukhriz kekabinet dan Khairy dikeluarkan.
  • Mahathir dari awal telah memberi amaran kepada orang tingkat 4 Najib. Mahathir mungkin berusaha pula menjadi orang tingkat 4 Najib.
  • Tindakan awal Najib lebih dilihat sebagai cara Mahathir. Membebaskan Tahanan ISA sebagai contoh. Dikala Mahathir mula menjadi PM beliau membebaskan 21 tahanan, Najib pula 13 tahanan.
  • Mahathir datang dengan slogan Bersih Cekap Amanah, Najib dengan Satu Malaysia.
  • Najib pasti dalam dilemma. Beliau akan cuba keluar dari konkongan Mahathir, risikonya beliau akan dikritik Mahathir. Tun Abdullah pasti tidak akan senyap, mungkin Tun Abdullah akan jadi seperti diam-diam ubi berisi, atau beliau memang jenis ubi yang tak ada isi.
  • Mahathir akan berusaha mempengaruhi Najib, tapi Mahathir tidak mungkin dapat mempengaruhi Rosmah. Kalau Mahathir berjaya jadi orang tingkat 4, Rosmah mungkin duduk tingkat 6. Najib tingkat 5.
  • Rosmah dilihat sering mempengaruhi Najib. Bila bertembung idea Rosmah dan Mahathir, Najib pasti akan pilih Rosmah, Mahathir bakal tersingkir juga.!