Saturday, May 30, 2009

PROTON – PELIK TAPI BENAR

  • Proton mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak RM865.00 juta kepada RM6.49 bilion berbanding RM5.62 bilion tahun sebelumnya.
  • Pembuat kereta nasional itu menjual 156,849 buah kereta pada tahun kewangan 2008/9 berbanding 139,942 buah kereta tahun lalu.
  • Walaubagaimanapun Proton Holdings Bhd. mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM338 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009 berbanding keuntungan sebelum cukai RM144 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.
  • Alasan mudah, kesan ekonomi global.

APA BERLAKU KALAU CHIN PENG BALIK ?

  • Chin Peng tak boleh kembali ke Malaysia, kerana dia telah membunuh ribuan rakyat Malaysia ? dan dia bukan rakyat Malaysia sebab Chin Peng lahir di Perak pada 21 Oktober 1924, sebelum merdeka, Perak masa tu bawah jajahan British ? maka Chin Peng warga British ? Betul ke ?
  • Kalau kita baca sejarah versi Inggeris tentang Komunis, kita akan lihat komunis jahat dan British baik. British hanya menjajah dan tidak membunuh.
  • Dikala membaca buku tentang Chin Peng banyak persoalan yang timbul tentang buku sejarah kita.
  • Dua golongan yang kabur dari buku sejarah kita. Pertama ulama yang menentang penjajah, kedua versi komunis yang ganas.
  • Kalau British buat versi ulama yang ganas, mungkin orang Melayu tak dapat terima. Cara mudah hilangkan versi perjuangan para ulama. Perjuangan kemerdekaan bermula dengan UMNO.
  • Sejarah bermula dengan Parameswara dan disambung oleh UMNO. Singkatnya sejarah kita sedang tempohnya ratusan tahun.
  • Apa jadi kalau Chin Peng balik Malaysia. Saya tanya seseorang, apa berlaku kalau Chin Peng balik dan berceramah di Klang. Orang itu jawab, mungkin kereta ”jem” sampai karak.
  • Kalau Chin Peng balik, orang Cina tak akan percaya UMNO, sampai mati.
  • Versi sejarah Chin Peng mungkin jauh berbeza dengan buku sejarah yang telah kita baca.
  • Buku catatan tentang Chin Peng setebal 527 mukasurat mungkin boleh memberi sedikit gambaran tentang apa yang berlaku dalam sejarah kita. Banyak persoalan yang timbul.
  • Dalam buku itu tertulis : More than half a century later, Chin Peng Maintains : ’I could not make an OBE (Order of the British Empire) the core of my life’. His generation, he says, ‘dreamed of doing away with British colonialism in Malaya. I’m proud of this fact.’
  • Kalau Chin Peng balik, lagi cepat UMNO mati. Biarlah UMNO mati perlahan-lahan. Chin Peng tak perlu balik. Cukup dengan Kit Siang.

Saturday, May 23, 2009

MAHKAMAH BETUL

  • Bila Mahkamah tinggi memberikan kemenangan kepada DS Nizar, kita kata Mahkamah betul.
  • Bila Mahkamah rayuan memberikan kemenangan kepada DS Zamry selaku MB yang sah, kita kata Mahkamah tidak betul.
  • Sebenarnya yang tidak betul kita. Pemikiran kita.
  • Begitu juga dengan akhbar Utusan Malaysia.
  • Bila Utusan Pro Kita, kita kata Utusan sudah berubah, bila Utusan hentam kita, kita kata utusan talibarut UMNO.
  • Mungkinkah kita mempunyai persepsi yang salah terhadap UMNO. Menyebabkan sistem yang dibuat UMNO seolah-olah menjadikan kita seperti lalang.
  • Sebab itu persepsi kita kepada UMNO mesti tepat. UMNO tak mungkin dapat mempermainkan kita dan pemikiran kita.
  • UMNO masih berkuasa. Mereka akan gunakan kuasa untuk kekal berkuasa.
  • Cuma mereka leka dengan kuasa Rakyat dan kuasa dari yang Maha Esa.

Tuesday, May 19, 2009

PENANTI - UMNO MENANG ?

  • BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Suatu keberanian politik yang ditunjukkan oleh Najib.
  • Berani tidak semestinya betul. Ahli UMNO sudah pasti kecewa. Mereka rasa mereka boleh menang, tapi bila keluar keputusan, tetap tak boleh menang.
  • Walaupun BN memberikan 3 alasan untuk tidak bertanding, namun asasnya mudah, BN sudah menjangka keputusannya.
  • Kalah tidak dibimbangi BN, tapi kesan sampingan dari kekalahan itu yang dirisaukan.
  • Kekalahan akan menghilangkan lagi keyakinan rakyat kepada BN, Najib paling terkesan, Isu Altantunya akan bergema semula. Najib benar-benar fobia dengan Altantunya ! Hantu Altantunya masih menghantui Najib.
  • BN juga dilihat tidak sepakat untuk bertarung dalam PRK Penanti. Parti-Parti komponen BN punya pelbagai krisis. Masih wujud pertembungan antara Ong dan Chua dalam MCA, PPP berkirim peluru, MIC cuba menangguk Murugiah, Kayveas menggelar MIC monyet dalam sangkar ? Pemuda UMNO masih menyimpan dendam membara, seolah-olah dilupakan media..
  • BN sebenarnya kusut dengan 1001 malam...opps....1001 masalah.
  • Persoalan juga timbul, berapa banyak wang yang BN habiskan untuk setiap pilihanraya kecil, 1 juta, 2 juta atau berjuta-juta. Kalau banyak pilihanraya kecil BN boleh bankrup.
  • Banyak wakil-wakil UMNO negeri yang pergi bertugas dalam pilihanraya kecil mengeluh, mereka tidak semewah dulu. UMNO Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan cukup terasa letih bila berdepan pilihanraya kecil.
  • Jentera kerajaan negeri tak dapat diperalatkan lagi, cuma tinggal sisa sisa jentera kerajaan pusat. Khir Toyo tidak semewah dulu bila hilang Selangor, apatah lagi bila elaun DUN dipotong selama 12 bulan.
  • Bila dikaji permasalahan BN, memang wajar BN tidak bertanding dalam PRK Penanti.
  • Mungkin kita melihat BN sedang melakukan perubahan. Tetapi sebenarnya BN sedang hilang keyakinan pada diri sendiri. Penanti adalah tanda bahawa BN sudah tiada upaya untuk menang. Pemikiran BN diselaputi kekalahan....
  • Kalau adapun pilihanraya kecil, BN mungkin mengharapkan kekosongan kerusi NS, Melaka atau Johor. Kosong tidak semestinya mati....
  • Mungkinkah BN akan bangkit semula selepas perubahan yang mereka buat di Penanti, atau BN memang sudah berada dipenghujung.....

Sunday, May 17, 2009

PERAK - BUBAR TIGA DUN SAJA

  • BN pasti tidak mahu DUN Perak dibubarkan.
  • Pakatan mahu DUN dibubarkan.
  • Kalau berbincang, pasti kita sudah menjangka kesudahannya.
  • BN sudah menjangka keputusan yang bakal mereka terima sekiranya pilihanraya diadakan semula di Perak. Mengikut penganalisis, BN mungkin tinggal 9 kerusi. BN tidak mungkin ambil risiko tersebut.
  • Untuk membubarkan DUN, BN bukan sekadar menghadapi tekanan PR, namun Tengku Razaleigh, Gerakan dan pimpinan MCA turut memberi tekanan dalaman kepada Najib.
  • Sekiranya BN kalah teruk di Perak, BN pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat akan melihat BN sudah sampai dipenghujung...
  • Najib paling bimbang, pemimpin BN akan menilai beliau sebagai seorang yang tiada aura, One Malaysia is nothing. Najib akan jadi indah khabar dari rupa...baik lagi rupa Pak Lah dari rupa Najib ?
  • Najib cuba memperhalusi cadangan Mahathir, usul tidak percaya. Jalannya penuh berliku, satu persatu keputusan mahkamah akan menyebabkan hidup Najib tidak tenteram.
  • Jalan terakhir Najib pasti akan mencari keadaan PR menang dan BN menang (win win).
  • Formulanya, bubar tiga DUN sahaja (DUN Lompat). Bagi BN walaupun mereka tahu mereka akan kalah, tapi kekalahan paling minima.
  • Kerajaan Perak kembali asal.
  • Bagi Najib, biar kalah di Perak tapi Malaysia masih digengaman.


Thursday, May 14, 2009

MAS SELAMAT KASTARI

  • 11 Mei lalu Menteri Dalam Negeri umumkan bahawa Mas Selamat telah ditangkap di Malaysia dan disumbat ke ISA.
  • Menteri begitu ego, bila dapat tangkap Mas Selamat. Singapura pun tak mampu tangkap.
  • Ada kemungkinan Mas Selamat sengaja dilepaskan oleh pihak Singapura, bila Singapura tidak mahu dikaitkan dengan pengganas.
  • Apa kesalahan Mas Selamat di Malaysia. Kenapa Mas Selamat perlu di ISA.
  • Sekiranya ada bukti pengganas, dakwa Mas Selamat.
  • Yang pasti, timbul 1000 persoalan bila Mas Selamat berjaya bolos dari tahanan singapura. Polis singapura anak didik Yahudi.
  • Persoalannya benarkah Mas Selamat pengganas.
  • Singapura cerdik, kita yang diperbodohkan.
  • Akhirnya Malaysia jadi tempat simpanan pengganas, pengganas yang belum mengganas.
  • "Pengganas versi Amerika"

ISNIN - NIZAR KEMBALI JADI MB

  • Isnin, DS Nizar bakal diumumkan selaku MB yang sah.?
  • Isyarat yang jelas bahawa DS Nizar akan diumumkan sebagai MB yang sah, bila DS Najib mula bercakap untuk mengadakan pilihanraya kecil.
  • DS Najib pasti tidak akan membenarkan DUN Perak dibubarkan, Tun Mahathir telah memberi isyarat, DUN Perak tidak perlu dibubarkan.
  • Langkah Najib menyatakan kesediaan berbincang adalah persediaan bagi menghadapi keputusan Isnin ini.
  • Kalau tiada pilihan, DUN perlu dibubarkan, Najib akan cari jalan agar BN yang membubarkan DUN, bukan Pakatan.
  • Najib nak tunjuk pada Rakyat, BN pun jantan walaupun asalnya betina.

TEMBAK MATI PENJENAYAH

  • Senyum kambing diUtusan Malaysia mengucapkan syabas kepada pihak polis bila berjaya menembak mati 5 penjenayah asing.
  • Sekali pandang ucapan syabas itu wajar, namun jika difikir panjang, ucapan itu tidak perlu.
  • Bila penjenayah ditembak mati, itu menunjukkan negara kita ada penjenayah, ganas dan perlu ditembak.
  • Apatah lagi ianya melibatkan warga asing.
  • Ini bukan pertama kali penjenayah ditembak mati. Hari ini ditembak mati, masih banyak yang hidup. Yang tengah belajar nak jadi penjenayah pun ramai.
  • Asasnya penjenayah bermaharajalela. Malaysia jadi tempat mereka cari makan dan mungkin selamat bagi mereka.
  • Apa gunanya kita bergembira bila penjenayah ditembak mati.
  • Yang patut kita banggakan adalah tiada tembak menembak, negara aman dari penjenayah.
  • Rakyat wajar diberikan kefahaman yang betul.
  • Polis jaga keamanan. Syabas hanya wajar diucapkan bila negara bebas dari jenayah bukannya bila polis tembak mati penjenayah.
  • Salah tembak kena kepala "Senyum Kambing"

Tuesday, May 12, 2009

UMNO – MAT REMPIT – CIKARO

  • Isu UMNO dan Mat Rempit sama panas.
  • UMNO hari ini cuba melakukan rebranding. Di bungkus semula dengan wajah yang lebih menarik. Walaupun rakyat dah tahu apa dalam bungkusan baru itu, rasuah dan salahguna kuasa.
  • Bolehkah UMNO melakukan rebranding. ? Atau UMNO perlu mengambil nasihat Dr Lim Keng Yaik, bubarkan BN dan cari arah tuju baru politik Malaysia.
  • Untuk apa penjenamaan semula. Untuk nampak segar, sesuai dengan keperluan semasa yang paling penting dibeli masyarakat.
  • Rebranding UMNO pasti gagal, sama macam penjenamaan Mat Rempit.
  • Mat rempit pun tahu rebranding. Barang sama tapi lain jenama.
  • Kalau dulu pemenang rempit dihadiahkan bohsia, sekarang diberikan Cikaro. Sama saja.
  • Sepatutnya UMNO mengambil pengajaran dari Mat Rempit. Atau UMNO memang jenis tak makan diajar. ?

Monday, May 11, 2009

NIZAR MB YANG SAH - SAMPAI BILA

  • Mahkamah hari ini memutuskan DS Nizar adalah MB yang sah bagi kerajaan negeri Perak.
  • Keputusan itu memberikan pukulan hebat buat UMNO dan BN.
  • Persoalan yabg timbul, sampai bila DS Nizar boleh menduduki kerusi tersebut, atau sempatkah beliau kembali duduk dikerusi MB.
  • Bila Najib mengeluarkan kenyataan semalam bahawa beliau sedia berunding untuk selesaikan krisis politik Perak, sebagai isyarat beliau sudah menjangka keputusan hari ini.
  • Dapatkah DUN Perak dibubarkan ?
  • Akan adakah sidang DUN tergempar di Perak dalam tempoh terdekat ?
  • UMNO mungkin tidak membuat rayuan, kerana rayuan akan memberi masa untuk Nizar bertindak.
  • Biasalah UMNO, bila tersepit, tangan dihulur. Perlukah Pakatan Rakyat menyambut tangan Najib ?
  • Bolehkah politik Perak diselesaikan di Meja Rundingan antara BN dan PR.
  • Atau mungkin ia kembali keMahkamah.
  • Paling baik, biar orang Perak tentukan masa depan mereka. Adakan pilihanraya, nak terima Pakatan Rakyat atau nak tolak BN, apapun kita terima.

Sunday, May 3, 2009

AYAM

  • Harga ayam bakal dikawal oleh kerajaan. Harga ayam merupakan antara barang yang paling tidak stabil harganya. Naik 10 sen, esok turun 30 sen, lusa naik 40 sen.
  • Mungkin harga ayam mengambarkan status kerajaan Malaysia, memang tak stabil.
  • Bila harga ayam dijadikan barang kawalan, apa yang diharapkan agar rakyat dapat membeli dengan harga yang murah. Tak guna jadi barang kawalan kalau harganya mahal.
  • Tak guna juga jagi barang kawalan kalau harga murah musim pilihanraya. Lepas pilihanraya harga mahal semula.
  • Persoalan yang timbul bila ayam dijadikan barang kawalan, harga yang hendak dikawal atau projek ayam yang hendak dikawal. Menteri baru mungkin ada perancangannya.
  • KPDNHEP jaga ayam tapi Kementerian pertanian dan industri asas tani jaga AP ayam. Jadi macam mana nak kawal.