Tuesday, June 30, 2009

DEBAT - BODOH SAMPAI MATI

  • Debat adalah bertujuan mencari yang terbaik.
  • Debat bukan untuk bertelagah.
  • Debat bukan untuk bergaduh.
  • Debat berlaku bila Rakyat Amerika memilih Presiden. Mencari pemimpin terbaik.
  • Debat berlaku bila Rakyat Indonesia memilih Presiden. Bagi memilih samada SBY, Pak Yusuf atau Ibu Mega bisa jadi pemimpin unggul untuk warga Indonesia.
  • Debat berlaku disekolah. Macam-macam piala debat. Mencari hujah dan isi terbaik.
  • Debat berlaku antara agama, bukan memperkecilkan tapi mencari kebenaran.
  • Debat antara cara terbaik mencari kebenaran. Tiada kalah tiada yang menang. Yang penting rakyat dididik agar lebih terbuka, berfikir dan kritis.
  • Cuma, bila melihat pemimpin UMNO ulas pasal debat, sudah merdeka lebih 50 tahun tapi bodoh sampai kemati.
  • Hanya pemimpin kelas pertama saja mampu berdebat, asasnya mencari yang terbaik bukan membina gelanggang menang atau kalah.
  • Saya pasti UMNO bukan takut, tapi bimbang rakyat melihat kebenaran. Sebab itu UMNO suka bincang senyap-senyap kerana itu lebih berhemah.
  • Bila berdebat, hati kena ikhlas, lidah tak boleh bercabang, rakyat akan nampak cabangnya.

AYAT POLITIK EZAM

  • Ezam Mohd Nor, nama yang semakin dilupakan. Laku bila ada pilihanraya kecil.
  • Tahniah kepada Ezam kerana dilantik jadi Ketua Penerangan UMNO Cawangan. Pemimpin hebat mesti mula dari bawah !!!
  • Ezam menyebut bahawa beliau sedia bersama PAS sekiranya PAS dapat membuktikan bawa PAS dapat memimpin Pakatan.
  • Ayat tu adalah ayat politik. Awal-awal lagi Ezam sudah bersedia menerima kejatuhan UMNO. Sekiranya UMNO tewas dalam PRU ke 13, Ezam sudah boleh sebut bahawa "saya yakin PAS mampu memimpin Pakatan".
  • Ezam tak payah tunggu PRU 13.
  • Ezam hanya perlu bila ada pilihanraya kecil. Dalam erti kata lain, Ezam hanya perlu bila ada wakil rakyat mati.
  • Seolah-olah tiada beza antara Ezam dengan Penggali Kubur. Cuma penggali kubur lebih ikhlas. Gali tanpa mengambilkira kubur UMNO atau PAS.
  • Ayat politik Ezam sudah boleh dijangka. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

SIAPA PUAKA ?

  • Tindakan melibatkan pihak polis di Universiti Malaya adalah kerja yang tidak bertanggungjawab.
  • Mengheret para siswa ke Mahkamah adalah kerja gila. Gila kuasa.
  • Apakah universiti tidak punya peraturan. Biasanya masalah dalam universiti diselesaikan dalam universiti sahaja. Peraturan dalaman sudah cukup mendisplinkan pelajar.
  • Salahkah menconteng perkataan puaka, siapa yang puaka ?
  • Yang pasti kerja menahan siswa dan didakwa ke Mahkamah adalah kerja penguasa yang mengampu.
  • Berikan kebebasan kepada siswa bersuara. Jawab isu yang dibangkitkan, bukan menutup isu dengan tangkapan dan dakwaan.
  • Syabas adik-adik siswa-siswi.
  • Cuma masa zaman saya belajar dulu tiada Puaka.

Thursday, June 25, 2009

ALI RUSTAM - HANYA TINGGAL 3 BULAN ?

  • Khabar menyebut bahawa Datuk Seri Ali Rustam cuma tinggal 3 bulan lagi masa untuk menerajui Melaka.
  • Walaupun kenyataan DS Nazri Aziz seolah-olah berpihak kepada Ali Rustam, namun laluan Ali Rustam pasti sukar. Yang pasti laporan rasuah beliau sedang diperhalusi. Atau mungkin menunggu isyarat dari atas ?
  • Mungkinkah DS Ali akan jadi kambing hitam untuk menyelamatkan sedikit maruah UMNO yang tercalar dek kerajaan perpaduan.
  • Macam orang meminang, bila lamaran ditolak malulah sikit. Macam tak berapa ada value.
  • Politik dalam UMNO mudah, macam mana naik, macam tu juga turunnya.
  • Ali Rustam dijangka akan jatuh kerana rasuah, UMNO tak akan mempertahankan beliau. UMNO akan turunkan beliau untuk menaikkan imej UMNO menentang rasuah. SPRM mungkin alatnya.
  • Mungkin Pakatan Rakyat tak dapat menumbangkan beliau dalam PRU ke13, kerana UMNO akan menjatuhkan beliau lebih awal.
  • Mungkin DS Ali Rustam boleh berusaha mencari talian hayat, siapa....cuba-cubalah dengan Datin Seri Rosmah.
  • ADUN Telok Mas mungkin sudah berangan nak angkat sumpah jadi Ketua Menteri Melaka yang baru. Maklumlah beliau orang kanan Najib.
  • Bagi rakyat Melaka tiada bezanya, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

Monday, June 22, 2009

BERPADU HADAPI BN

  • Tahniah kepada pimpinan Pakatan dengan memberikan kenyataan tegas dalam menentukan masa depan rakyat Malaysia.
  • Rakyat pasti rasa lega bila UMNO terus dilihat kotor. Budaya politik mereka begitu menjijikkan.
  • Selagi UMNO berkuasa selagi itu rakyat akan terus menderita. Rakyat ditipu dengan janji manis. UMNO umpama pepat diluar tapi rencong didalam.
  • UMNO gagal mendapatkan talian hayat.
  • Selagi UMNO berkuasa, tidak ada yang mengembirakan kita, Melayu terus ditipu, perpaduan kaum dilupakan, sistem penuh dengan korupsi, Islam, tak payahlah cakap UMNO dengan Islam.
  • UMNO akan sedar bila sudah tiada kuasa. Atau mungkin UMNO tak akan sedar sampai kemati. Sedar-sedar sudah mati.
  • Rakyat harus bersatu menjatuhkan BN. Barulah Malaysia yang lebih sempurna dapat dibina. Islam pasti akan dapat memimpin perubahan ini.
  • Teruskan perjuangan.