Saturday, August 29, 2009

SPRM – KAMI TAK TUDUH TAPI KAMI NAMPAK…

  • Kami tak tuduh SPRM bunuh Teoh, tapi kami nampak Teoh macam kena bunuh.
  • Kami tak tuduh SPRM bunuh Teoh, tapi kami nampak Teoh mati di tepi pejabat SPRM.
  • Kami tak tuduh SPRM terlibat, tapi kami nampak macam SPRM terlibat.
  • Kami tak tuduh SPRM tolak Teoh dari tingkap, tapi kami nampak tingkap terbuka.
  • Kami tak tuduh SPRM tarik tali pinggang Teoh, tapi kami nampak seluar Teoh terlondeh.
  • Kami tak tuduh SPRM dera Teoh, tapi kami nampak Teoh disiasat sampai pagi dan tak balik-balik.
  • Kami tak tuduh pegawai atasan SPRM terlibat, tapi kami nampak surat yang mengatakan pegawai atasan SPRM terlibat.
  • Kami tak tuduh SPRM bunuh Teoh, tapi kami nampak Teoh dah mati.
  • Salahkah kami kalau kami menuduh apa yang kami nampak.
  • Kematian Teoh sedang dihakimi oleh Mahkamah Rakyat.
  • Jangan salahkan Rakyat bila rakyat membuat pengadilan.


ARAK KEPALA LEMBU - BANTAH KUIL


  • Berarak sambil membawa kepala lembu selepas solat jumaat di Shah Alam adalah kerja sebahagian NGO Melayu, bagi membantah pembinaan kuil.

  • Pemimpin UMNO mula bersuara. Khairy yang paling lantang membantah tindakan NGO Melayu itu.

  • UMNO buat UMNO yang bantah. Sandiwara UMNO dah boleh dibaca oleh rakyat.

Kalau di Melaka, NGO Melayu memainkan isu kepala babi, di Selangor, kepala lembu.


  • NGO Melayu bernasib baik kerana dibelakang mereka UMNO. Kalau NGO ini tidak dibayangi UMNO, dah lama polis belasah mereka.

  • Yang paling sedih, NGO Melayu itu sendiri tak tahu apa yang mereka perjuangkan. Melayu ke Islam.

  • Tindakan mereka kerana Islam ke atau semangat Melayu atau agenda politik Melayu.

  • Bila tindakan itu tidak jelas, Islam mereka kabur, Melayu mereka luntur, politik mereka hancur.

  • Berpolitik melalui NGO adalah strategi UMNO. Dinegeri Pakatan, mereka membangkitkan semangat Melayu melalui NGO Melayu.

  • Melayu tak semestinya Islam. Tindakan Melayu bukan semuanya tindakan Islam.

  • Sudah 50 tahun merdeka, politik masjid, kuil dan tokong masih menghantui kita.

  • Membina kuil tidak ada kena mengena dengan Melayu. Kalau nak bantah pun bukan NGO Melayu.

  • Ada juga Melayu yang berlindung disebalik Islam.

  • Kejahilan Melayu yang membawa fitnah kepada Islam.

  • Itulah Melayu UMNO.

  • Melayu kemana, Islam kemana.




Thursday, August 27, 2009

DARI WAD 97 - IKUT SYARIAH KE ?

  • Persoalan utama yang bermain dalam kepala saya, hukuman yang dikenakan kepada Kartika itu ikut kehendak syarak ke ? Kata mudah ikut syariah ke ?
  • Dalam sistem UMNO, mahkamah saja syariah, sistem belum tentu.
  • Yang kena warga singapura, warga Malaysia lagi melambak.
  • Pergi Hard Rock Cafe, boleh sebat HI, pergi The Ship boleh sebat SI, pergi The Zouk boleh jumpa JH. Kat Dataran Melaka Bandaraya Bersejarah pun ada anak Melayu Minum Arak.
  • Dulu pemimpin UMNO ada yang minum arak, sekarang tak ada lagi (he...he...he)
  • Saya sudah dapat membaca riak politik media BN.
  • Simpati rakyat akan diletakkan dibelakang Kartika. Kartika akan dijadikan insan yang teraniaya, diaibkan dan tak diberi pembelaan.
  • Mahkamah Syariah akan digambarkan lemah.
  • Kenyataan Hishamudin yang menyatakan bahawa tidak jurusebat untuk kes Kartika benar-benar menjatuhkan imej Mahkamah Syariah.
  • Bila media berjaya menjatuhkan imej Mahkamah Syariah, maka ianya akan dikaitkan dengan lemahnya Islam.
  • Bila Islam dilihat lemah maka BN akan mencari jalan bagaimana untuk meletakkan kelemahan itu kepada PAS. Kerana PAS yang membawa mesej Islam.
  • Berhati-hati memberi kenyataan.
  • Anda mempertahankan Mahkamah Syariah ke atau anda mempertahan syarak.
  • Dalam isu Kartika, UMNO jelas mempersendakan Islam, mereka yang merekacipta undang-undang, dan mereka yang mendedahkan kelemahan undang-undang tersebut.
  • Teks penuh kenyataan Presiden PAS dalam isu Kartika wajar menjadi pedoman kita. Kesimpulan Tok Guru Haji Hadi cukup menarik "Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi"
  • Cukuplah terperangkap dengan mainan politik UMNO. Keluar dari pemikiran politik lama, tak perlu lagi mempertahankan UMNO dan sistem mereka. Yakin pada diri sendiri.
  • Sudah tiba masanya, kita jaga negeri kita, UMNO jaga negeri mereka.
  • Kata pada UMNO, untuk kamu agama kamu, untuk kami agama kami. Kalau sama, cantik!!!

DARI WAD 97 - PENGKALAN PAS

  • Permatang Pasir kekal menjadi pengkalan PAS.
  • BN di tolak dan Pakatan diterima.

Kempen UMNO

  • Media UMNO memainkan isu syurga. Tok Guru Nik Aziz menjadi sasaran. Harapan UMNO, angin Manek Urai akan bertiup sampai Permatang Pasir.
  • UMNO masih tak faham politik Kelantan. UMNO mungkin kena baca satu buku yang bertajuk "Universiti Politik Kelantan", baru UMNO boleh jadi cerdik.
  • Pada suatu petang di Permatang Pasir, Muhyiddin sedang ceramah dibawah sebatang pokok. Beliau menyebut bahawa pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh UMNO merupakan suatu jihad dan ianya menepati tuntutan Islam.
  • Tapi Muhyiddin lupa bahawa rakyat sedang menilai diantara Jihad dan Jahat UMNO. Jahat UMNO lebih menonjol berbanding jihad mereka. Mereka berjihad untuk berbuat jahat. Membuat projek adalah jihad, ambil rasuah dari projek adalah jahat.
  • Projek anak emas PermatangPasir juga turut menarik perhatian. Jawapan Ketua Menteri agar memilih anak soleh adalah jawapan terbaik. Anak dan calon perlu soleh.
  • UMNO juga berhempas pulas membersihkan calon mereka. Kreadibiliti calon umno menjadi faktor kedua kepada kekalahan UMNO. Faktor utama adalah UMNO itu sendiri. Orang dah tak nak kat UMNO.
  • Kempen UMNO hebat. Pada malam Haji Mohamad Sabu berceramah disuatu rumah ahli PAS, tuan rumah menutup pintu, kerana UMNO sudah menempatkan Puteri UMNO didalam rumah tersebut, duit belanja dah siap dibekalkan.

Majoriti

  • PAS mendapat majoriti 4551 dengan 73% pengundi, kurang sekitar 700 undi dari pilihanraya umum lalu. Sekiranya peratus keluar mengundi mencecah 83% seperti pilihanraya umum, dianggarkan PAS akan mendapat undi tambahan sebanyak 623 undi. Ini bermakna dalam pilihanraya ini pengurangan undi adalah sekitar 80 undi berbanding pilihanraya umum lalu.
  • Kalau momentum Pakatan ini dapat dikekalkan, pilihanraya umum akan datang, Permatang Pasir sah menjadi Pengkalan PAS.

Thursday, August 20, 2009

H1N1 vs DENGGI

  • Tiga hari saya di Permatang Pasir. Tiada kerja lain selain makan dan tidur.
  • Makan kerana nak hidup. Tidur kerana demam.
  • Selsema berdarah, batuk, demam panas , pening kepala dan cirit-birit.
  • Orang berkempen, kita tidur. Sampai yang nak pergi kempen pun kita ajak tidur.
  • Nasib baik kawan sebilik majoriti selsema. Jadi mereka tak berapa nak paksa saya pergi jalani ujian H1N1.
  • Masuk hari ketiga, tak boleh jadi dengan makan dan tidur, baik balik.
  • Sebelum sampai rumah jam 10.30 mlm, saya pergi ke Hospital.
  • Ambil darah dan darah mula diuji.
  • Tepat jam 12.00 malam doktor panggil saya.
  • Doktor kata "Kita dah cek darah encik, encik bebas dari denggi".
  • Aku pening atau Doktor yang pening atau sistem yang pening !
  • Apakah semua ini yang menyumbang kepada 64 kematian.

Tuesday, August 11, 2009

ANAK HARAM vs DUIT HARAM

  • Sudah ada orang melayu percaya bahawa anak mendiang Teoh adalah anak haram.
  • Orang melayu memang sensitif dengan anak haram. Duit haram tak apa.
  • Isu anak haram adalah isu yang dipesongkan. Biar rakyat bertelagah, UMNO selamat.
  • Bayi Teoh tidak bersalah. Islam boleh menerima beliau.
  • Jika ditakdirkan anak Teoh itu menganut Islam, apakah beliau anak haram.....
  • Duit haram tak pula kita sensitif. Sebab kita diajar, asal duit semuaya halal. Pemimpin UMNO rasuah kita kira halal.
  • Orang Melaka guna perkataan anak haram kepada dua perkara.
  • Pertama : Anak yang dilahirkan oleh orang Islam tanpa nikah.
  • Kedua : Kepada orang jahat yang busuk hati dan mentedarah rasuah, orang Melaka panggil, anak haram kau !
  • Kasar tapi berkesan.

H1N1 - APA YANG PENTING

  • Agak serius wabak H1N1 di Melaka.
  • Ada rakan yang jumpa saya, minta PAS Melaka adakan sholat hajat perdana bagi memohon keselamatan dari bala ini.
  • Sholat hajat perlu, lebih perlu kalau kita mendorong masyarakat agar utamakan solat fardhu.
  • Bila kita bersholat, kita berwuduk, sekaligus kita menjaga kebersihan diri.
  • Sains sholat sudah membuktikan bahawa sholat boleh menghindarkan kita dari jangkitan wabak ini. Nak solat kena wuduk, bila berwuduk anggota kita sentiasa bersih dari kotoran.
  • Sekolah di Melaka banyak ditutup. Pelajar hanya dikerah membasuh tangan.
  • Apa salahnya sekiranya pelajar sekolah dikerah agar berwuduk dan sentiasa bersolat lima waktu. Adalah wajar anak-anak disekolah dihidangkan dengan kempen bersholat sekaligus tangan dan anggota anak-anak sentiasa bersih, dari pagi sampai kepetang. Zohor dan Asar boleh membersihkan mereka.
  • Jangan sentiasa berharap kepada vaksin untuk menentang penyakit, agama yang menjadi ubat jangan dilupakan.
  • Ibu bapa sering terabai sholat dengan dunia dan urusan harian.
  • Anak-anak sering terabai solat dengan doremon, pokemon dan al tigre.
  • Bila sekolah mula ditutup, wabak H1N1 menggila, kita mungkin perlu sedar bahawa kita perlu mengajar anak dengan versi kartun baru....
  • Apa yang penting....sholat.

ARAK

  • Ali Rustam mabuk bukan kerana arak tapi kerana kuasa.
  • Cadangan Ali Rustam agar PAS keluar dari Pakatan dengan isu arak adalah cadangan bodoh.
  • Biar Cina dan India menentang pengharaman arak, itu lebih wajar dari bersama UMNO yang mengaku Islam dan mempertahankan arak.
  • Orang bukan Islam sudah mulai faham akan status arak pada pandangan Islam. Mereka boleh rujuk kepada rakan mereka di Kelantan.
  • UMNO yang sering menjadi pengkhianat agama dalam isu arak. UMNO bukan bersedia untuk memberi kefahaman tentang arak dan Islam, tapi macam biasa, arak dijadikan bahan bakar perkauman, supaya melayu sokong mereka dan bangsa lain benci PAS.
  • Mana lebih hina, jadi pengkianat bangsa atau pengkhianat agama, Muhyiddin boleh jawab.
  • Arak benda haram bagi umat Islam. Setelah 50 tahun merdeka, anak melayu terpaksa menjadi penjual arak di 7-eleven.
  • Sampai bila bangsa ini perlu dihinakan oleh UMNO. Tidak mustahil kalau UMNO terus memerintah melayu akan jadi penjual babi.
  • Sudah tiba masanya penjualan arak di 7-Eleven dihentikan, generasi Islam diselamatkan. Mufti dimana....
  • Orang Islam diharamkan terlibat dengan arak. Melayu hari ni..minum arak, hidang arak, jual arak. Hujah Melayu Islam dan Islam Melayu dah tak boleh pakai di Malaysia. Melayu semakin dipesongkan dari Islam. Kerja siapa, kalau bukan kerja UMNO.