Saturday, October 31, 2009

LAPORAN AUDIT NEGARA - MPMBB : KOMPAUN KONTRAKTOR PUNGUT UNTUNG

iii) Pembahagian Kadar Kompaun
  • Klausa 5.1.3 kepada surat perjanjian penswastaan menetapkan pembahagian kadar kompaun berbayar ialah 50% MBMB dan 50% Syarikat Konsesi.
  • Pada pertengahan bulan Ogos 2008, satu persetujuan telah dicapai antara Datuk Bandar dengan wakil Syarikat Konsesi untuk meminda pembahagian kadar kompaun berbayar sebanyak 60% Syarikat Konsesi manakala 40% MBMB mulai bulan Mei 2006 tanpa justifikasi.
  • Keputusan perubahan kadar pembahagian kompaun ini telah diluluskan dalam Mesyuarat
    Majlis Penuh Bil. 12 Tahun 2008 tanpa perjanjian tambahan dan kelulusan daripada jawatankuasa Penswastaan Negeri.
  • Semakan Audit mendapati, sehingga akhir bulan Julai 2008 hasil pembahagian kompaun yang telah diterima oleh MBMB adalah berjumlah RM2.81 juta berbanding sejumlah RM2.25 juta selepas kelulusan pindaan kadar kompaun berbayar. Kesan dari kelulusan pindaan secara kebelakangan, MBMB perlu membayar kepada Syarikat Konsesi pembahagian kompaun tambahan sejumlah RM0.56 juta. Selain itu, tiada bukti perjanjian tambahan dibuat dan kelulusan daripada Jawatankuasa Penswastaan Negeri tidak diperoleh bagi memperakukan keputusan ini.

LAPORAN AUDIT NEGARA - MPMBB : GAJI PEKERJA KONTRAKTOR MPMBB BAYAR

  • Pendahuluan Emolumen - Klausa 4.1.12 kepada surat perjanjian menetapkan gaji, PERKESO, KWSP dan elaun anggota MBMB yang bertugas dengan Syarikat Konsesi secara pinjaman bagi menjalankan tugas penguatkuasaan dibayar oleh Syarikat Konsesi.
  • Semakan Audit mendapati dari mula penswastaan sehingga bulan Julai 2008 seramai 33 anggota penguatkuasa MBMB yang bertugas dengan Syarikat Konsesi telah dibayar emolumen secara pendahuluan sejumlah RM2.89 juta melalui sistem gaji MBMB di mana RM0.63 juta masih tertunggak. Amalan ini bertentangan dengan syarat surat perjanjian dan pembayaran pendahuluan ini menjejaskan aliran tunai MBMB kerana jumlah tunggakan adalah tinggi.

LAPORAN AUDIT NEGARA - MPMBB : TEMPAT LETAK KERETA, RAKYAT DIPERAH KONTRAKTOR DISEMBAH

  • Semakan Audit mendapati bayaran bulanan secara pukal telah dipinda pada akhir
    November 2008 kepada kadar sewa RM20 sepetak mengikut bilangan petak dan
    waktu operasi atas permohonan Syarikat Konsesi.
  • Keputusan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kewangan dan mesyuarat Majlis Penuh masing-masing mengikut Bil. 1 Tahun 2008 dan Bil. 11 Tahun 2008. Bagaimanapun bayaran ini dikuatkuasakan oleh MBMB secara mengebelakangkan tarikh (back date) sejak mula penswastaan iaitu pada awal bulan Mei 2006 walaupun tarikh kuat kuasa ini bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Majlis Penuh Bil. 12 tahun 2007 yang menetapkan tarikh kuat kuasa mulai awal bulan Mei 2007.
  • Mengikut perjanjian penswastaan sehingga akhir Julai 2008, hasil yang sepatutnya diterima berjumlah RM8.10 juta berbanding sejumlah RM5.64 juta selepas pindaan
    kadar sewa.
    Pengurangan bayaran bulanan ini menyebabkan MBMB telah kehilangan hasil berjumlah RM2.46 juta dan keputusan ini tidak menjaga kepentingan MBMB. Selain itu, daripada sejumlah RM5.64 juta, sejumlah RM2.19 juta atau 38.8% masih tertunggak.

LAPORAN AUDIT NEGARA - JPS MELAKA : SALAH GUNA WANG PROJEK

  • b) Keperluan Pegawai Penguasa Projek
  • Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13Tahun 1999, mensyaratkan Agensi pelaksana boleh memasukkan item bagi pengangkutan dan kemudahan peralatan untuk pengurusan projek melalui kontrak kerja. Item yang dibenarkan ialah kemudahan komputer jenis desktop dan telefon jenis atur bagi projek yang melebihi RM0.50 juta.
  • Semakan Audit mendapati JPSM telah menetapkan beberapa keperluan Pegawai Penguasa Projek di dalam Fasal 110 spesifikasi dokumen kontrak seperti desktop, telefon bimbit dan kamera. Adalah didapati satu projek bernilai kurang daripada RM0.50 juta telah dibekalkan dengan Notebook dan telefon bimbit yang mana projek ini tidak kelayakkannya. Manakala lima projek dibekalkan dengan telefon bimbit yang mana hanya layak dibekalkan telefon jenis atur.

LAPORAN AUDIT NEGARA - JPS MELAKA : PROJEK TAK IKUT SPEC

  • Lawatan Audit mendapati kelemahan seperti berikut :
  • Terdapat perbezaan dari segi kemasan binaan rubble wall yang dibina oleh tiga
    kontraktor. Semakan Audit mendapati rubble wall yang dibina oleh Syarikat
    SMT Resources tidak kemas kerana ruang antara batu granit tidak dibuat
    lepaan simen seperti yang dibuat oleh dua syarikat lain. Keberkesanan dan
    ketahanan rubble wall yang dibina sebagai struktur pengawalan hakisan pantai
    juga diragui untuk jangka masa panjang. Kekemasan rubble wall seperti di
    Foto 5.4
Reka Bentuk Rubble Wall Yang Dibina Sepanjang Pantai Kg. Telok Gong
Syarikat SMT Resources

Nilai Tender : RM65,608.00
Sumber : Jabatan Audit Negara
Lokasi : Pantai Kg. Telok Gong, Alor Gajah
Tarikh : 27 November 2008


LAPORAN AUDIT NEGARA - JKM MELAKA : PENERIMA DAH MENINGGAL

  • 4.5.2 Penerima Bantuan Yang Telah Pun Meninggal Dunia
  • Pemberian bantuan hendaklah diberikan kepada penerima yang masih hidup dan menepati isyarat kelayakan. Senarai penerima bantuan orang tua dan bantuan am berumur 70 tahun dan ke atas yang dibayar melalui bank bagi bulan Jun 2008 telah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Negeri Melaka, bagi mengesan status sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Hasil pengesanan terhadap senarai tersebut menunjukkan lima penerima telah meninggal dunia.
  • Semakan Audit mendapati sejumlah RM12,720 telah dibayar kepada penama terlibat
    melalui akaun bank mereka walaupun status penerima bantuan telah meninggal dunia.

LAPORAN AUDIT NEGARA - JKM MELAKA : KELAB SUKAN DAPAT BANTUAN KEBAJIKAN

  • Semakan Audit mendapati, antara penerima geran ini adalah Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (Kelab KASMA). Pemberian yang telah disalurkan kepada Kelab KASMA bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008 sejumlah RM25,000 untuk aktiviti sukan
  • Pemberian geran ini telah menjejaskan pemberian bantuan kepada NGO yang berwajib untuk melaksanakan program/aktiviti kebajikan mereka. Merujuk kepada Pekeliling perbendaharaan Bil. 4 tahun 2004 Peruntukan Khas Kerajaan Bagi Melaksanakan Aktiviti Sosial, Kebajikan Dan Sukan Di Jabatan Kerajaan, setiap kelab kebajikan dan sukan boleh mendapatkan sumbangan/bantuan daripada kementerian atau Jabatan masing-masing. Kadar yang diperuntukkan adalah RM10 setiap seorang bagi sumbangan asas dan bagi Matching Grant pula setiap ahli dibayar RM20 setahun.
  • Pada pendapat Audit, pemberian geran kepada Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan
    selain daripada NGO adalah tidak mematuhi Garis Panduan Pemberian Bantuan.

LAPORAN AUDIT NEGARA - MELAKA : CAR PARK JADI KELAS

c) Kemudahan Bilik Darjah
  • Keselesaan dan keberkesanan pembelajaran murid bergantung kepada kemudahan
    asas seperti bangunan dan peralatan.
  • ii) SRA JAIM Bukit Tembakau mempunyai seramai 281 murid tiada bilik darjah
    yang mencukupi sehingga tempat letak kereta telah disusun dengan kerusi meja
    untuk dijadikan kelas seperti di Foto 3.14.
Foto 3.14
Tempat Letak Kereta Dijadikan Kemudahan
Bilik Darjah

Sumber : Jabatan Audit Negara
Lokasi : SRA JAIM Bukit Tembakau
Tarikh : 27 Ogos 2008

LAPORAN AUDIT NEGARA - MELAKA : DUIT BANGUNAN DILABUR

c) Bantuan Pembangunan Dan Pembaikan Sekolah

  • KPM telah meluluskan bantuan sejumlah RM2.98 juta kepada 32 SRA JAIM bagi tempoh tahun 2006 hingga 2008. Tujuan bantuan ini adalah untuk prasarana dan kemudahan fizikal persekolahan dalam bentuk pembinaan bangunan baru, bangunan tambahan dan pembaikan kecil.
  • ii) Lawatan Audit Ke Lokasi
  • Lawatan Audit ke lima SRA JAIM pada bulan Ogos 2008 mendapati:
  • Sejumlah RM0.50 juta untuk SRA JAIM Paya Rumput, Masjid Tanah yang diterima sejak Februari 2007 untuk pembinaan bangunan baru tidak digunakan sebaliknya dilabur dalam simpanan tetap.
  • Pada masa yang sama Pejabat Pembangunan Negeri telah meluluskan bantuan sejumlah RM2.50 juta berbanding tender projek berjumlah RM2.27 juta. Ini bermakna bantuan awal sejumlah RM0.50 juta tidak diperlukan dan sepatutnya dipulangkan kepada KPM.
  • Bantuan projek untuk SRA JAIM Ramuan China Besar sejumlah RM0.39 juta yang diterima pada November 2006 hanya bermula pada Julai 2008. Ini berpunca daripada masalah perebutan pelaksanaan projek antara pihak LEKAS dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong. Kelewatan projek pembinaan telah mengakibatkan suasana pembelajaran yang tidak selesa.
  • Kelewatan tersebut telah menyebabkan murid-murid masih menumpang di sekolah kebangsaan kerana bangunan asal telah dirobohkan pada Januari 2007. Sementara kantin sekolah itu, telah dijadikan ruang penempatan guru dan pentadbiran sekolah.

LAPORAN AUDIT NEGARA - MELAKA : SALAHGUNA AKAUN AMANAH

  • Semakan Audit terhadap akaun amanah KAFA mendapati perkara seperti berikut:
  • ii) Perbelanjaan berjumlah RM3.11 juta dari tempoh bulan Januari hingga Jun 2008
    telah dijelaskan bagi pembelian perabot, komputer dan membaiki bangunan sekolah
    dengan menggunakan wang akaun amanah KAFA tanpa kelulusan JAKIM.
  • iii) Lawatan Audit ke enam SRA JAIM dengan pegawai Unit Pembangunan JAIM mendapati pembayaran bagi sembilan kerja pembaikan di enam SRA JAIM berjumlah RM0.39 juta dijelaskan kepada kontraktor tanpa lawatan dan pengesahan JAIM. Selain itu enam kerja pembaikan bagi lima SRA JAIM berjumlah RM0.30 juta telah dijelaskan pembayarannya kepada kontraktor walaupun tidak mengikut spesifikasi kerja.
Foto 3.1
Bangunan Baru Yang Sepatutnya
Berukuran 25’ x 60’
Hanya Berukuran 20’ x 60’

Sumber : Jabatan Audit Negara
Lokasi : SRA JAIM Kelemak
Tarikh : 26 Ogos 2008


Foto 3.2
Bahan Terpakai Digunakan Semula Untuk
Pembinaan Garaj Baru

Sumber : Jabatan Audit Negara
Lokasi : SRA JAIM Pegoh Dalam
Tarikh : 27 Ogos 2008

  • Pada pendapat Audit, perbelanjaan menggunakan akaun amanah tidak memuaskan
    kerana tidak mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh JAKIM.















LAPORAN AUDIT NEGARA : MELAKA :GANJARAN TAK DIBAYAR

  • e) Ganjaran Guru KAFA
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2003 menetapkan ganjaran tamat perkhidmatan layak diterima apabila pegawai tamat kontrak perkhidmatan. Bayaran ganjaran berjumlah RM378,774 telah dijelaskan kepada guru kontrak Kerajaan Negeri bagi tempoh bulan Januari hingga Ogos 2008.
  • Semakan Audit terhadap pembayaran ganjaran guru mendapati:
  • i) Berlaku kelewatan antara lima hingga 41 bulan bagi menjelaskan ganjaran berjumlah RM378,774 kepada 395 guru walaupun perkhidmatan guru tamat semenjak bulan Disember 2004.
  • ii) Bayaran ganjaran berjumlah RM114,051 bagi 123 orang guru kontrak Kerajaan Negeri yang ditawarkan lantikan semula masih belum dijelaskan walaupun tempoh kontrak perkhidmatan tamat sejak awal bulan Januari 2005.
  • JAIM memaklumkan bahawa kelewatan menjelaskan ganjaran berpunca antaranya daripada peruntukan belanja mengurus tidak mencukupi. Mulai tahun 2009, JAIM telah mendaftar dengan i-akaun KWSP bagi mengatasi kelewatan pengesahan bayaran syer majikan, daftar guru melanjutkan kontrak telah diselenggarakan serta pelantikan guru kontrak diseragamkan pada awal bulan Januari.
  • Pada pendapat Audit, pengurusan pembayaran ganjaran adalah tidak memuaskan disebabkan kelewatan pembayaran dan menjejaskan motivasi guru ke arah mencapai keberkesanan program KAFA.

LAPORAN AUDIT NEGARA - MELAKA : GURU TIADA GAJI ADA

  • d) Peletakan Jawatan Guru KAFA
  • Surat perjanjian guru KAFA lantikan JAIM menyatakan notis tiga bulan secara bertulis hendaklah dihantar atau membayar satu bulan gaji sebagai gantian pemberhentian tanpa notis.
  • Semakan Audit terhadap peletakan jawatan guru mendapati:
  • i) Sehingga akhir bulan Mac 2008, elaun 20 guru masih dibayar ke akaun bank walaupun telah meletakan jawatan mulai tempoh tahun 2005 hingga 2007. Mengikut perkiraan audit, elaun yang perlu dibayar balik oleh guru adalah berjumlah RM120,000 setahun dan usaha belum diambil bagi menuntut elaun yang terlebih dibayar.
  • ii) JAIM tidak dapat mengesan elaun terlebih bayar kepada seorang guru sehingga guru berkenaan membuat bayaran balik secara sukarela sejumlah RM6,932.
  • iii) JAIM tidak mengutip bayaran balik gaji sejumlah RM2,868 daripada empat guru yang memberi notis peletakan jawatan sejak bulan Julai 2008.
  • Perkara ini berlaku disebabkan tiada koordinasi antara Unit Pembangunan Kemanusiaan JAIM dan Unit Pendidikan JAIM mengenai peletakan jawatan guru.
  • Guru mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Unit Pendidikan JAIM dan salinan kepada penyelia tanpa memaklumkan kepada Unit Pembangunan Kemanusiaan JAIM yang menguruskan saraan guru KAFA.

LAPORAN AUDIT NEGARA : MELAKA : TERLEBIH BAYAR ELAUN

  • Pembayaran Emolumen Guru Kontrak Kerajaan Negeri
  • Perenggan 8 kepada Panduan Bayaran Elaun Penyelia Dan Guru oleh JAKIM menetapkan elaun bulanan akan dibayar secara tetap. Pembayaran emolumen guru dibuat melalui sistem gaji Perbendaharaan Negeri Melaka mulai bulan September 2005 untuk mengatasi kelewatan pembayaran.
  • Semakan Audit mendapati guru kontrak di bawah skim guru kontrak Gred S11 masih
    dibayar elaun tetap KAFA sejumlah RM288 sebulan selama tujuh tahun dari tempoh
    tahun 2001 hingga 2007 walaupun telah menerima gaji bulanan. Mengikut perkiraan
    Audit, Kerajaan Negeri telah menanggung pembayaran sejumlah RM17.83 juta yang
    tidak mengikut peraturan. Elaun tersebut hanya dimansuhkan oleh MMKN pada akhir
    bulan Januari 2008.
  • JAIM memaklumkan, pembayaran elaun bulanan sejumlah RM288 bagi setiap guru
    lantikan Kerajaan Negeri adalah merupakan satu kesilapan dan MMKN telah memansuhkan elaun tersebut mulai tahun 2008 tanpa arahan menuntut semula lebihan bayaran daripada guru.
  • Pada pendapat Audit, pengurusan pembayaran emolumen guru kontrak di bawah skim Gred S11 Kerajaan Negeri adalah tidak memuaskan kerana Kerajaan Negeri telah terlebih berbelanja sejumlah RM17.83 juta bagi bayaran elaun guru KAFA.

LAPORAN AUDIT NEGARA - MELAKA : GURU BANYAK MURID TIADA

  • b) Nisbah Guru Berbanding Kelas
  • Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan keperluan guru bagi pembelajaran
    murid adalah atas nisbah satu guru bagi satu kelas.Semakan Audit mendapati pengurusan JAIM menetapkan keperluan guru mengikut nisbah 0.75:1 iaitu 0.75 guru bagi satu kelas disebabkan program KAFA di negeri Melaka dilaksanakan pada sebelah petang selama 20 jam seminggu.
  • Keperluan guru mengikut nisbah ketetapan JAIM tidak dipatuhi memandangkan terdapat lebihan 91 guru atau 7.4%. Mengikut pengiraan Audit, Kerajaan Negeri telah menanggung lebihan elaun guru sejumlah RM819,000 bagi tahun 2008.
  • Pada pendapat Audit, pengurusan nisbah guru KAFA berbanding kelas adalah tidak
    memuaskan. Ini kerana lebihan guru menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung perbelanjaan elaun yang tidak sewajarnya.

LAPORAN AUDIT NEGARA - MELAKA : GURU KAFA WANITA UMNO?

3.5.2 Prestasi Guru KAFA

  • Pada tahun 2008 SRA JAIM mempunyai 1,315 guru terdiri daripada 396 guru KAFA lantikan JAIM dan 919 guru kontrak Kerajaan Negeri. Guru KAFA lantikan JAIM tidak memiliki kelayakan yang ditetapkan oleh JAKIM dari segi umur dan akademik serta menerima elaun tetap bulanan sejumlah RM500 daripada peruntukan JAKIM dan baki RM250 ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Sementara guru kontrak Kerajaan Negeri adalah di bawah skim perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S11 dengan gaji permulaan RM709.59 sebulan di mana sejumlah RM500 dibiayai daripada peruntukan JAKIM manakala bakinya ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
  • a) Kelayakan Dan Pelantikan Guru KAFA
  • Perenggan 23 Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan syarat kelayakan guru
    hendaklah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 60 tahun,
    lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran
    dalam Al-Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.
    Semakan Audit terhadap pelantikan guru KAFA mendapati:
    i) Sehingga awal bulan April 2008 seramai 111 guru KAFA berumur antara 60 hingga
    78 tahun
    yang telah melebihi had kelayakan umur yang ditetapkan oleh JAKIM masih
    menerima elaun tetap.
    ii) Seramai 145 guru KAFA hanya memiliki kelayakan Sijil Rendah Pelajaran, Darjah 5
    dan Darjah 7.
    iii) Surat perjanjian pelantikan semua guru KAFA lantikan JAIM tidak disediakan.
    iv) Had umur guru kontrak lantikan Kerajaan Negeri adalah pada usia 58 tahun
    manakala guru KAFA lantikan JAIM tidak mengikut had umur tamat perkhidmatan
    JAKIM pada usia 60 tahun.

LAPORAN AUDIT NEGARA - MELAKA : PENYELIA KAFA TAK CUKUP

3.5.1 Prestasi Penyelia KAFA

a) Nisbah Penyelia Berbanding Guru KAFA

  • Perenggan 15 kepada Garis Panduan Pelaksanaan KAFA membenarkan jawatan
    penyelia diwujudkan apabila terdapat 100 guru bagi setiap daerah. Pada tahun 2008,
    kuota penyelia termasuk seorang penyelia tetap JAIM yang perlu dilantik adalah 15
    orang berbanding 1,315 guru atau 1:87.6.
  • Semakan Audit mendapati jawatan penyelia yang diisi adalah 10 orang sahaja dan
    terdapat lima kekosongan semenjak akhir tahun 2007. Kekosongan jawatan ini adalah
    disebabkan penyelia meletakan jawatan kerana memperoleh jawatan tetap. Akibatnya
    nisbah penyelia berbanding guru ialah 1:131.5 dan pemantauan ke semua SRA JAIM
    pada setiap enam bulan sekali tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Mengikut penjelasan daripada pihak JAIM, jawatan kosong penyelia telah diiklankan dan temu duga telah diadakan pada awal bulan April 2009.
  • Pada pendapat Audit, nisbah penyelia berbanding guru KAFA tidak memuaskan
    kerana kekosongan jawatan penyelia tidak diisi dengan segera sehingga menjejaskan
    pemantauan terhadap SRA JAIM.

LAPORAN AUDIT NEGARA - KAFA MELAKA GAGAL

Jabatan Agama Islam Melaka - Pengurusan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain

  • Secara keseluruhannya, program KAFA yang dilaksanakan di peringkat negeri Melaka
    masih belum mencapai tahap memuaskan. Kegagalan mematuhi garis panduan yang
    disediakan menyebabkan wujudnya ketidakseragaman dalam pelaksanaan program KAFA secara berkesan.
  • Dari aspek tenaga pengajar KAFA, prosedur pelantikan tidak dipatuhi disebabkan tidak mengikut nisbah yang ditetapkan menyebabkan Kerajaan Negeri Melaka terpaksa menanggung perbelanjaan elaun, manakala pengurusan cuti guru adalah tidak mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh JAKIM.
  • Dari segi pembelajaran pula, kurikulum KAFA tidak mematuhi dasar sistem pembelajaran yang disediakan oleh JAKIM
  • manakala dari segi pengurusan kewangannya didapati perbelanjaan menggunakan akaun amanah KAFA tidak mengikut prosedur dan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM dan bantuan per kapita yang disalurkan oleh Kementerian Pelajaran tidak dibelanjakan mengikut tempoh dan matlamat pemberian. Selain itu, permohonan bantuan pembangunan dan pembaikan Sekolah Rendah Agama KAFA tidak dirancang dengan baik sehingga bertindih dengan bantuan agensi lain.