Tuesday, November 10, 2009

MASUK MASJID

  • Isu masuk masjid mula dimainkan media.
  • Puncanya bila ada EXCO bukan Islam Pakatan Rakyat yang masuk masjid Ramadhan lepas, dan berucap didalam masjid.
  • Kalau Exco MIC, MCA, Gerakan ke, tak apa.
  • Orang bukan Islam masuk masjid bukan benda baru.
  • Masjid Negara turut membenarkan orang bukan Islam masuk masjid.
  • Di Melaka, wakil rakyat MCA berbuka puasa di Masjid tak jadi masalah. Malah saya sokong.
  • JAIS sepatutnya tidak jadi alat UMNO. Jangan terlalu UMNO kerana rakyat boleh membezakan mana tindakan Islam dan mana tindakan UMNO.
  • Pada JAIS, bukan masuk masjid, masuk Islam pun kita tak halang !!!

TAULIAH

  • Kenapa seseorang yang nak menyampaikan kuliah agama perlu ada tauliah.
  • Paling pening bila sudah ada ijazah sarjana dan doktor falsafah dan bekas mufti pun kena tauliah.
  • Tauliah adalah alat politik untuk menjaga kuasa.
  • UMNO menggunakan tauliah untuk menghalang ilmu dari para ulama sampai kepada masyarakat Islam. Kerana mereka bimbang, kalau melayu faham Islam, pasti meraka tolak UMNO.
  • Tauliah sebenarnya telah menjadikan masyarakat kita jahil.
  • Tauliah kononnya untuk menjaga agama, tapi puluhan tahun ianya digunakan untuk menyekat ilmu.
  • Umat Islam Jahil kerana tauliah.
  • Umat Islam kurang informasi kerana tauliah.
  • Umat Islam tidak sensitif dengan rasuah kerana tauliah.
  • Sudah sampai masanya umat Islam terus menolak sistem lama yang mengongkong mereka.
  • Pejuang Islam mesti mempunyai sifat "tabligh". Islam itu mesti disampaikan.
  • Jabatan Agama jangan asyik jaga tauliah, tapi kena jaga Islam.

Wednesday, November 4, 2009

MPMBB - PULANGKAN WANG RAKYAT

  • Merujuk kepada laporan Audit Negara 2008, MPMBB antara agensi kerajaan Negeri Melaka yang diaudit.
  • Di dalam Laporan audit tersebut ada dinyatakan :
  • b) Kawasan Beroperasi Belum Diwartakan
    Perintah 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MBMB), 2005 menetapkan kawasan tempat letak kereta yang telah di warta boleh dikenakan caj dan kesalahan boleh di kompaun mengikut perintah 46(1) dalam Perintah yang sama. Perbandingan telah dilakukan antara 118 kawasan tempat letak kereta berkupon yang diswastakan dengan 132 kawasan tempat letak kereta yang diwartakan. Semakan Audit mendapati empat kawasan yang menyediakan 1,092 petak telah mengenakan caj letak kereta dan kompaun terhadap kesalahan, namun kawasan ini tidak di senarai dalam kawasan yang diwartakan. Ini bermakna kawasan tersebut telah beroperasi sebelum pewartaan
    menyebabkan caj dan kompaun yang dikeluarkan tidak sah di sisi perundangan. (Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008, Negeri Melaka)
  • Sehubungan dengan laporan audit diatas maka pihak MPMBB sewajarnya memulangkan wang kompaun yang telah dibayar oleh rakyat.
  • Kawasan yang terlibat adalah Taman Bachang Mall, Semabok Perdana, Lorong Kg.Jawa, Taman Bukit Piatu Mutiara.
  • Jumlah kompaun yang terlibat dari Januari hingga Julai 2008 adalah berjumlah RM38,320.00
  • Pulangkan wang rakyat atau rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang kepada MPMBB.
  • Datuk Ali jangan membisu, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.!!!