Thursday, December 31, 2009

SPR – RAKYAT TUNTUT PERUBAHAN SISTEM MENYELURUH

  • Cadangan SPR mencadangkan tempoh bertenang 24 jam dan penamaan calon dalam tempoh 3 hari dalam pindaan perlembagaan adalah cadangan yang lemah.
  • Sistem pilihanraya di Malaysia perlu dipulihkan secara menyeluruh.
  • Setelah puluhan tahun Negara bergelumang dengan pelbagai salah guna kuasa melalui sistem pilihanraya, baru sekarang SPR datang dengan dua cadangan yang mengelirukan.
  • PILIHANRAYA UMUM
  • Isu pilihanraya umum adalah isu besar yang perlu diberi perhatian oleh SPR.
  • Tarikh pilihanraya umum akan datang sepatutnya terletak pada tangan SPR, bukannya pada tangan Perdana Menteri yang juga pengerusi BN.
  • Tempoh yang tidak ditentukan ini menyebabkan parti parti politik sentiasa membuat persediaan untuk menghadapi pilihanraya. Tiada tempoh bertenang.
  • Tak guna tenang 24 jam tapi “berperang” seumur hidup. Pilihanraya menjadi teka teki, yang jawapannya menyebelahi BN.
  • Kesannya, bahang politik sentiasa membara, penumpuan untuk memberikan khidmat kepada rakyat sentiasa diganggu oleh bahang politik ini.
  • Sebagai contoh, sekiranya rakyat dimaklumkan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada 13 Mac 2013, maka sudah pasti bahang politik negara dapat dikurangkan sekaligus penumpuan untuk memberi khidmat kepada rakyat akan dapat dirancang dengan lebih baik.
  • DAFTAR PEMILIH
  • Pemilih juga tetap menjadi isu besar dalam sistem pilihanraya kita.
  • Sistem yang kita amalkan untuk mendaftar pemilih adalah sistem lapuk. SPR sepatutnya datang dengan cadangan dan sistem baru.
  • Jadikan semua warganegara Malaysia yang yang berusia 18 tahun keatas adalah pemilih yang sah secara automatik.
  • Banyak kesan baik akan wujud dari sistem ini.
  • Pertama : kita tak perlu berpolitik untuk cari pemilih. Lihat saja apa yang berlaku di Melaka beberapa bulan lalu.
  • Pemuda UMNO menyerang pemuda PAS dan DAP dikala mereka sedang mendaftarkan pemilih dipasar malam. Itu dulu, mungkin akan datang pemuda PAS, PKR dan DAP pula serang pemuda UMNO yang membuat kerja yang sama.
  • Yang salah bukan PAS, PKR, DAP atau UMNO. Yang salah adalah sistem yang kita amalkan. Kalau kita kekal dengan sistem hari ini. Hari ini hari BN, akan datang hari PR pula.
  • Kedua : Memberi peluang kepada golongan muda mengundi adalah perlu. Umur 18 tahun dalam negara yang sedang membangun adalah umur yang matang. 21 tahun ketinggalan zaman. Sekaligus kita telah meletakkan generasi muda seawal usia 18 tahun turut sama menentukan masa depan kepimpinan negara.
  • Sistem politik kita akan jadi lebih matang sesuai dengan kematangan Parti Parti Politik. Parti politik sudah ada Putera, Puteri, Nisa’, Syabab dan seumpamanya. Parti maju tapi sistem politik kita mundur.
  • Ini menyebabkan generasi yang sudah diajar berpolitik pada usia 18 tahun, tak boleh terlibat dengan proses mengundi. Mereka kadangkala dijadikan alat “merempit” sahaja.
  • Realitinya, remaja di Malaysia pada usia 18 tahun ada yang bergelar mahasiswa, pekerja, ibu dan bapa. Mereka bukan lagi dikira budak-budak.
  • Negara sedang menuju kemajuan. Usia 18 tahun adalah umur pemilih yang sesuai dengan kemajuan tersebut. Kekal dengan usia 21 tahun adalah lambang kemunduran kita.
  • Ketiga : Mendaftar rakyat sebagai pemilih kadang kala boleh dipesongkan menjadi isu perkauman. DAP antara parti yang paling aktif mendaftarkan pengundi. UMNO suka menjadikan ini senjata mereka, SPR pun kadang kala tumpang sekaki. Kadang kala orang melayu termakan juga. Melayu majoriti, tapi tak mengundi. Jangan salahkan DAP jika kita tiada kesedaran.
  • Banyak lagi kesan baik kalau nak ditulis. Kesan buruk juga ada, tapi kitalah yang perlu memperbaiki yang buruk menjadi baik, yang salah menjadi betul.
  • PERUBAHAN MENYELURUH
  • Perubahan menyeluruh dari SPR adalah dituntut. Tempoh bertenang 24 jam dan penamaan calon 3 hari adalah ketenangan palsu.
  • Apa guna tenang 24 jam tapi bergelora seumur hidup. Kalau tempoh penamaan 3 hari, 3 hari calon tak boleh tidur.
  • Masuk hari ketiga, habis calon “dibogelkan”. Akhirnya calon tak layak bertanding sebab telah “telanjang”. Tak mustahil satu hari nanti, satu parti hartar 3 calon dalam 3 hari, sebab 2 calon pertama tak layak sebab “telanjang”.
  • Hanya mereka yang kebal dan bersih sahaja yang boleh lepas dengan sistem ini. BN guna kekebalan, PR kena guna kebersihan.
  • “Buluh runcing satu”. Tenangkah kita dengan sistem ini ?

Tuesday, December 29, 2009

GKPPNS – AHLI PAS @ AHLI UMNO

  • Belakang GKPPNS pasti UMNO.
  • Hanya UMNO sahaja yang berhajat kerajaan Pakatan Rakyat jatuh di Selangor.
  • Rakyat yang cintakan perpaduan dan bencikan rasuah pasti ingin kerajaan Pakatan terus kekal dan semakin berfungsi menjadi kerajaan rakyat.
  • Kalau GKPPNS adalah penyokong PAS, sokong mereka adalah sokong membawa rebah.
  • Memang mereka tidak dikenali oleh PAS dan orang PAS.
  • Seperti kenyataan Pemuda PAS Selangor, beberapa orang dikalangan mereka telah disemak keahlian mereka. Di gombak pun tiada, dipusat pun tiada maklumat.
  • UMNO mungkin telah merancang lebih awal dari apa yang kita sangka.
  • Laporan polis telah dibuat. Kalau polis cekap, polis boleh mengesahkan status kumpulan ini.
  • Tapi jangan terperangkap, mungkin ada dikalangan mereka ahli PAS.
  • Silap haribulan, polis tolong tunjukkan sijil ahli PAS mereka pada media.
  • Satu sijil ahli sudah cukup untuk memfitnah PAS.
  • UMNO sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa.
  • Siapa nak dengar cakap Khir Toyo yang dah tak ada kuasa. UMNO pun dengar tak dengar.

Friday, December 25, 2009

KEHILANGAN ENJIN PESAWAT – NAJIB TAK BERSALAH

  • Najib tak boleh dipersalahkan dalam kehilangan enjin pesawat kerana tak ada dalam KPI Menteri Pertahanan bagi memastikan setiap pesawat pejuang mesti mempunyai enjin.
  • Sudah menjadi resam politik Malaysia, kalau bersalah, sarjan, koperal, prebet.
  • Kalau bagus semua kerja dan cerdik Menteri. Yang busuk semua kerja sarjan, prebet dan rakyat.
  • Sampai bila rakyat Malaysia harus diperbodohkan oleh pemimpin yang mereka pilih.
  • Kita bukan sekadar hilang dua enjin. Kita sebenarnya telah hilang maruah.
  • Dunia luar sedang mentertawakan kita. Kita adalah satu-satunya negara didunia yang mempunyai Jet Pejuang yang tidak berenjin.
  • Bodohnya kita....

KEMATIAN TEOH BENG HOCK – KENAPA SIASAT LIM GUAN ENG.

  • Lim Guan Eng tiada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock
  • Polis mahu menyiasat beliau kerana beliau membangkitkan sebab kematian Teoh, semasa berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.
  • Memang polis dah tak ada kerja.
  • Rakyat Malaysia bebas menyatakan punca kematian Teoh Beng Hock. Punca kematian Teoh masih belum terjawab.
  • Tidak salah sekiranya rakyat Malaysia menyatakan bahawa kemungkinan Teoh mati kerana dibunuh.
  • Kajian Pakar Malaysia dan Thailand menyatakan bahawa kemungkinan Teoh dibunuh itu wujud, cuma peratusnya saja yang berbeza. Ada 20 % ada 70%.
  • Kalau kita menyatakan bahawa kemungkinan Teoh mati dibunuh, mungkin kita percaya analisa yang 70% tadi.
  • Lebih baik percaya bahawa kemungkinan Teoh mati dibunuh daripada percaya kemungkinan Teoh mati terjun tingkap.
  • Paling tidak, kalau kita disiasat oleh SPRM, kita cari ruang yang jauh dari tingkap, atau bilik yang tiada tingkap.
  • Paling baik ditepi tingkap Ground Floor, terjun pun kita selamat, dihumban pun kita selamat.
  • Pergi le siasat benda lain. Banyak lagi kepentingan rakyat dan negara yang perlu disiasat.

Friday, December 18, 2009

HAJI - MENCARI ISMAIL DALAM DIRI

  • Saya masih berada di Madinah sehingga 22 Disember 2009.