Friday, January 29, 2010

KLINIK TIADA DOKTOR

  • Klinik tiada doktor, itulah klinik 1 Malaysia.
  • Satu Malaysia tahu klinik ini tiada doktor.
  • Satu Malaysia tahu klinik ini tak ada MC.
  • Satu Malaysia tahu kalau betul-betul sakit tak boleh pergi klinik ini.
  • Satu Malaysia tahu yang klinik ini hanya untuk orang yang sakit tak sakit.
  • Satu Malaysia tahu yang mereka dah kena tipu.
  • Sepatutnya bila sudah merdeka lebih 50 tahun, rakyat sepatutnya mendapat perubatan dari doktor pakar bukannya dari pembantu perubatan.
  • Sepatutnya dengan kekayaan hasil petronas, kerajaan membelanjakan wang bagi tujuan pendidikan, agar lebih ramai anak-anak kita mampu menjadi doktor malah pakar dalam bidang tersebut. Paling kesal, kita tak cukup doktor dalam keadaan anak-anak kita yang cerdik begitu ramai.
  • Klinik 1 Malaysia melambangkan bahawa kita sedang mundur dalam bidang perubatan.
  • Wajarlah kita membayar RM1.00 diklinik 1 Malaysia. Kerana nilainya memang begitu.

BAKAR DAN PADAM

  • Bila UMNO membakar gereja, kepanasan api ini diharapkan dapat membakar jiwa pencinta keamanan. Pakatan Rakyat berjaya meredakan dan memadamkan api provokasi agama ini.
  • Bila surau dibakar di Muar, Pakatan Rakyat juga tenang berdepan dengan provokasi agama ini. Maklumlah ianya hanya kerja budak-budak yang nak dapat perhatian (Vandalism - Kata Menteri Keris)
  • Provokasi agama melalui kaedah bakar membakar berjaya dipadamkan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat.
  • Fasa kedua, kempen baling kepala babi. Selepas kempen kepala lembu tak datangkan hasil.
  • Melaka pada tahun lepas kecoh dengan kes kepala babi ni. Masa berlalu, tapi tiada tangkapan dibuat. Mungkin ada kaitan kepala babi di Melaka dengan kepala babi di Selangor.
  • Di Melaka, mula-mula mereka lempar kepala babi yang diternak. Lepas tak dapat kepala babi ternak, mereka lempar kepala babi hutan pula.
  • Bila rakan-rakan dari Kelab Penyokong PAS di kawasan Masjid Tanah jumpa saya, mereka kata, sekarang bila potong babi, kepala mesti simpan betul-betul, kepala tak jual ma!.
  • Tahniah buat Rakyat Malaysia, walaupun api provokasi ini cuba dinyalakan, rakyat tetap sabar memadamkannya.
  • Peringatan kepada pemimpin UMNO, rakyat Malaysia tidaklah sebodoh yang disangka, mereka tahu bila masanya mereka perlu menunjukkan kemarahan mereka.
  • Bila api kemarahan rakyat dijelmakan dalam bentuk undi, maka dikala itu tiada siapa akan dapat memadamkan api perubahan tersebut.
  • UMNO hanya tinggal satu peluang, kembali kepangkal jalan, atau UMNO memang sudah lupa jalan pulang atau memang sudah ditakdirkan UMNO begitu, dulu, kini dan selamanya......

Wednesday, January 20, 2010

POLIS - POSMEN - POS

  • Minggu lepas Jabatan Pendaftaran Negara meminta pihak polis untuk menyerahkah kad pengenalan yang tidak dituntut kepada pemiliknya. Lebih 400 ribu terutamanya di Sabah dan Sarawak. Polis dah buat kerja posmen nampaknya.
  • Minggu ini anggota polis diminta buat kad pengenalan agar mereka boleh bergilir-gilir mengundi. Separuh pagi separuh petang. Mungkin pagi undi POS, petang undi biasa.
  • SPR juga bercadang agar UNDI POS di banyakkan lagi kepada sektor perkhidmatan yang kritikal.
  • Asas kritikal itu sudah pasti dikawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat.
  • Macam ada yang tak kena saja bila baca rentetan peristiwa diatas.
  • Mungkin perangkap sedang dipasang. Lain yang kita agak, lain yang dirancang.
  • Kenapa SPR sanggup umumkan 4.9 juta orang masih belum didaftarkan sebagai pemilih, sedangkan mereka tahu angka itu mendedahkan kelemahan mereka sendiri.
  • Atau ia isyarat baru dari SPR, bersiap sedialah bahawa setiap DUN dan PARLIMEN akan menerima pertambahan pengundi baru yang mendadak, sebab rakyat baru dapat kad pengenalan !

Tuesday, January 19, 2010

NPL - RAKYAT MAKIN SENGSARA

  • Hari ini kerajaan mengumumkan bahawa pengkelasan tempoh hutang tidak berbayar (NPL) bank bagi semua kemudahan kredit diselaraskan kepada 3 bulan berbanding enam bulan sebelum ini.
  • Walaupun ini dilihat sebagai satu langkah untuk mendisplinkan peminjam, supaya mereka membayar pinjaman mengikut jadual, namun ianya sebenarnya memberi ruang kepada pihak bank untuk lebih menindas.
  • Golongan utama yang paling terkesan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini adalah golongan yang hilang pekerjaan.
  • Bayangkan, jika anda kehilangan pekerjaan, anda hanya ada tempoh tiga bulan untuk mencari kerja baru. Hutang kenderaan, bulan kedua pihak Bank sudah mula menelefon, bulan ketiga anda perlu bersedia berdepan dengan tindakan mahkamah.
  • Lebih ramai akan di "Black List"
  • Pinjaman menjadi lebih ketat.
  • Ah Long lebih subur.
  • Had NPL tiga bulan adalah tidak wajar dikala ekonomi negara berada dalam keadaan tidak menentu.
  • Rakyat seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

Friday, January 15, 2010

AH LONG - KESAN SISTEM KAPITALIS

  • Salah satu cara kerajaan membenteras ah long ialah dengan membatalkan no tel bimbit mereka.
  • Semalam kerajaan mengumumkan bahawa 6163 no telefon ah long berjaya di 'potong'.
  • Ada kesan ke kalau no tel ah long dipotong. Macam buat kerja sia-sia saja.
  • Daripada angka itu kita dapat melihat bahawa bilangan ah long dinegara ini adalah ramai.
  • Walaupun ah long sering digambarkan sebagai penindas tetapi institusi kewangan sebenarnya lebih menindas.
  • Penindasan cara kapitalis memang seperti bermain silap mata.
  • Hanya peniaga yang berkemampuan (senang) sahaja yang boleh meminjam dalam sistem kapitalis. Orang baru nak berniaga minta maaf.
  • Sebab itu ah long tak mungkin dapat dihapuskan. Selagi tiada imbangan bagi memudahkan golongan peniaga meminjam di institusi kewangan.
  • Lagi canggih bank, lagi susah kita nak pinjam.
  • Sebab itu asas kapitalis mudah, yang kaya semakin kaya yang miskin macam itu juga.
  • Sebab itu dalam melawan ah long, kerajaan jangan lupa mainan golongan kapitalis ini. Dari mana ah long dapat duit untuk bagi pinjaman pada pelanggan mereka, kalau bukan dari bank.
  • Dan bank kalau nak bagi pinjam duit, dia tak tanya kau ah long ke tidak. Yang penting sama-sama kaya.
  • Ah long tak cetak duit sendiri ma!

25 PERKATAAN TERLARANG ?

  • Daripada kita tumpukan kepada 25 perkataan yang orang bukan Islam tak boleh gunakan diSelangor, lebih baik masyarakat Islam utamakan 25 perbuatan yang orang Islam tak boleh buat di Dunia,

  1. Menerima rasuah
  2. Memberi Rasuah
  3. Membunuh orang
  4. Membunuh Diri
  5. Politik Wang
  6. Jual Tanah Rakyat
  7. Mabuk Arak
  8. Berzina (Mabuk Perempuan)
  9. Berjudi
  10. Menipu rakyat
  11. Bermewah-mewah (Rumah 5 juta)
  12. Tinggalkan anak kandung
  13. Buang anak
  14. Jual enjin kereta majikan.
  15. Jadi ratu cantik
  16. Merompak
  17. Mencuri
  18. Jadi Along walaupun niat nak tolong
  19. Tak mengaku saudara
  20. Sumpah palsu
  21. Meliwat
  22. Tuduh orang meliwat tanpa saksi
  23. Guna Botok.
  24. Bakar Gereja.
  25. Bakar diri sendiri.

Tuesday, January 12, 2010

EYE ON MALAYSIA

  • Perasmian Eye On Malaysia diserikan dengan konsert Ning Baizura pada 7 November 2008.
  • RM30 juta dibelanjakan untuk membawa roda ini ke Tasik Titiwangsa
  • RM3 juta tunai dikeluarkan oleh kerajaan negeri Melaka untuk memulakan infrastruktur EOM di Melaka.
  • RM5 juta modal dalam bentuk tanah disediakan oleh kerajaan Negeri Melaka.
  • RM15 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Melaka bagi memusingkan roda ini.
  • RM40 juta ++ nilai keseluruhan bagi menjayakan cita-cita memusingkan roda ini di Melaka.
  • Apabila sekian banyak juta telah dibelanjakan untuk memulakan operasi EOM di Melaka, maka tanggal 7 Januari 2010, EOM telah disita.
  • Disita kerana tak berjaya melangsaikan hutang.
  • Jawapan Ketua Menteri, kerana rakan kongsi tak berjaya mendapatkan 'loan' untuk membayar hutang.
  • Alasan bodoh !

Wednesday, January 6, 2010

KALIMAH ALLAH - SAJAK MUNAFIK

  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku tak sembahyang ! Kalau aku tidak solat, bilakah aku bersyahadah…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku tak berpuasa ! Ramadhan dan Syawal ku sama…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku tak berzakat ! Hartaku haram, perlukah aku berzakat…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku belum keMekah ! Walaupun duitku berjuta namun belum datang seru…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku makan rasuah ! Bukan sedikit tapi berjuta. Perlukah aku berzakat dengan wang itu…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun arak menjadi minuman ku ! InsyaAllah aku akan berhenti sebelum mati…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku lebih taat kepada manusia ! Aku takut kepada manusia lebih daripada takutkan Allah…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku tak percaya kepada hukum-hukumnya ! Hudud bagiku ketinggalan zaman…
  • Aku pertahankan kalimah Allah dikala aku menentang segala arahanNya . Politik bagiku lebih utama, kerana politik dan kuasa yang memberiku makan dan rezeki...
  • Aku kaya dan senang kerana berpolitik. Politik ini yang mengeluarkan aku dari kemiskinan.
  • Aku kadangkala keliru, aku pertahankan Allah ke atau aku pertahankan kuasa politik.
  • Munafikkah Aku!!!