Saturday, February 13, 2010

RAKYAT DITIPU

  • Kalau dulu pemimpin UMNO guna strategi nasi bungkus untuk menarik orang ramai datang ke program mereka.
  • Oleh kerana rakyat makin cerdik, nasi bungkus dah tak cukup untuk tarik orang ramai.
  • Kerajaan Melaka terpaksa sediakan hadiah kereta Viva sebagai menarik orang ramai keprogram Najib ke Melaka.
  • Memang ramai yang datang, bukan kerana Najib tetapi kerana Viva.
  • Diakhir program, cabutan bertuah pun diumumkan, nombor pemenang kereta viva pun diumumkan, tapi tak ada seorang pun naik kepentas.
  • Penganjur mengatakan mungkin pemilik nombor bertuah itu telah pulang kerumah sebelum program tamat.
  • Maka tiadalah pemenang.
  • Rakyat sebenarnya ditipu. Nombor yang disebutkan penganjur itu memang tak diserahkan pada orang ramai.
  • Program itu dikira berjaya. Ribuan orang datang. Kereta viva tiada pemenang. Najib pun suka.
  • Itulah nasib orang Melaka. Bravo Viva!!!

Thursday, February 11, 2010

SIAPA KATA

  • Siapa kata Eye On Malaysia akan dibawa keluar dari Melaka.
  • Syarikat Belgium itu cuma dapat hak dari Mahkamah untuk bawa keluar roda gergasi itu.
  • Kerajaan Melaka masih punya banyak pilihan bagi memastikan roda tersebut kekal ditapak sediaada.
  • Pilihan pertama, membida melalui tender terbuka. Syarikat yang menguruskan sungai Melaka dipertanggungjawabkan untuk membida roda tersebut. Harga tak payah kira, maruah lebih utama.
  • Kaedah kedua melalui sewa beli. Bayar pendahuluan, bayaran tahunan hasil dari kutipan tiket. Dianggarkan kena bayar 5 juta setahun. Kalau tak cukup Kumpulan Melaka Berhad boleh "top up".
  • Kaedah ketiga adalah dengan membeli roda baru dari pembekal lain. Loan dari pusat. Tentu tak ada masalah.
  • Sebab itu, siapa cakap roda gergasi itu akan dicabut keluar dari Melaka. Ini kerajaan Ali Rustam la, apa ada pada roda 32 juta. Rakyat bukan peduli dari mana Datuk Ali ambil dan belanja duit, yang penting roda berpusing.
  • Saya dah boleh agak cara Datuk Ali pusing....

Wednesday, February 10, 2010

MASA DEPAN PAKATAN

  • Apa cara sekalipun, UMNO akan berusaha untuk memastikan DSAI merengkok dalam penjara. UMNO percaya pada ramalan bahawa Pakatan Rakyat akan hancur tanpa Anwar.
  • Cuma kata-kata Mahathir kadangkala menyentap fikiran totok UMNO. UMNO akan hancur kalau Anwar merengkok dalam penjara. Simpati Melayu akan meningkat seperti tahun 1999. Bila bertemu Melayu 1999 dan Cina, India 2008, maka tsunami piliharaya akan datang menjadi seperti filem 2012, UMNO pupus yang tinggal tiga kapal, PAS, PKR, DAP.
  • Cuma kalau Anwar terlepas dari tuduhan ini, lagi cepat UMNO pupus.
  • Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang boleh mengemudi Pakatan Rakyat. Walaupun faktor kesihatan menjadi kekangan, namun banyak pemimpin dunia masih mampu memimpin walaupun sudah berkerusi roda, yang penting waras dan diterima rakyat pelbagai kaum.
  • Bolehkah Tengku Razaleigh (Kuli) mengemudi Pakatan Rakyat. Kuli masih punya pengikut. Beliau sudah serasi dengan PAS melalui APU. Kuli tahu bahawa beliau tidak punya masa depan dengan UMNO. Kuli punya pengalaman menjadi pembangkang. Ramai yang tidak sedar bahawa Kuli adalah insan yang menjadi pencetus Kerajaan Perpaduan.
  • Mungkin kerajaan perpaduan versi Kuli boleh diterima pakai.
  • Rakyat sedang menanti bila agaknya Anwar, Kuli, TGNA, TGHA, Lim Kit Siang bergabung membina Malaysia Baru.
  • Tiada yang mustahil....

RAHSIA PARTI VS RAHSIA RAKYAT

  • Siapa yang lebih berdosa, samada membocorkan rahsia parti atau membocorkan rahsia rakyat.
  • Membocorkan rahsia kerajaan negeri adalah juga merupakan membocorkan rahsia rakyat.
  • Dalam sistem politik kepartian negara kita, parti politik kadangkala lebih mengutamakan parti daripada rakyat.
  • Kesalahan kepada rakyat dilihat remeh, kesalahan kepada parti dilihat sebagai keutamaan.
  • Parti politik kadangkala memikirkan bahawa rakyat akan hidup selagi parti tersebut hidup. Rakyat akan mati kalau parti mati. Oleh itu parti mesti diberi keutamaan.
  • UMNO antara parti yang mempunyai fahaman ini. Sebab itu perasuah UMNO dalam institusi UMNO dikira salah, tapi perasuah UMNO dalam institusi rakyat tidak mengapa.
  • Dalam sistem demokrasi, tindakan setiap parti akan dinilai oleh rakyat. Samada parti mengutamakan rakyat atau mengutamakan parti.
  • Terutamanya parti-parti dalam pakatan rakyat. Tindakan mereka mesti berteraskan keutamaan kepada rakyat.
  • Kesalahan kepada rakyat patut menerima hukuman yang lebih besar daripada kesalahan kepada parti.
  • Kalau tidak, rakyat akan melihat ini bukan pakatan rakyat, tapi pakatan parti.