Tuesday, August 31, 2010

JANGAN SAMPAI ROSMAH TERSINGGUNG

  • Isu ahli Parlimen Serdang berucap disurau hangat diperkatakan.
  • Macam biasa, pemimpin UMNO mulakan gendang dan Utusan tempat UMNO menari.
  • Surau dan Masjid memang menjadi alat UMNO menarik sokongan orang melayu.
  • UMNO memang parti jaga masjid dan surau kononnya,
  • YB Teo dianggap biadap dan mencemarkan imej Islam.
  • Paling ironis, YB Teo dianggap 'memijak-mijak tempat sujud' umat Islam.
  • Amboi, alimnya UMNO.
  • Isu orang bukan Islam masuk keSurau hanya bergema di Malaysia, di Dunia Islam lain ia tidak menjadi isu.
  • YB Teo juga dianggap menghina Islam bila beliau tidak menutup aurat ketika berada di dalam surau.
  • Syukurlah, UMNO semakin berubah, pandangan Islam mereka semakin jelas, ada nilai-nilai 'sufi' amat jelas dikala mereka menafsir kehadiran YB Teo disurau. Mereka melihat Islam dengan akal. Walau pun mereka telah berubah, kejahilan mereka amat terserlah!
  • Cuma diingatkan kepada pemimpin UMNO, hati-hati mengulas aurat YB Teo, jangan sampai Rosmah tersinggung.

Wednesday, August 25, 2010

MOTIF YANG ADA MOTIF ?

  • Diseremban kecoh sebuah surau disimbah cat merah dan dibaling dengan botol minuman keras.
  • Seluruh akhbar utama negara menyiarkan insiden tersebut. Akhbar Sinar sebagai contoh memperuntukkan satu helaian khas untuk liputan insiden tersebut.
  • Polis semalam berjaya memberkas empat orang yang terlibat dengan insiden itu.
  • Mereka yang ditangkap adalah remaja sekitar 15 ke 18 tahun gamaknya.
  • Motifnya mereka berbuat demikian kerana berlaku selisih faham antara remaja tersebut dengan AJK surau.
  • Persoalannya, bolehkah kita terima motif tersebut.
  • Benarkah motif ini sekadar vandalism.
  • Seperti yang berlaku pada sebuah surau di Johor.
  • Apakah motif kemungkinan anak-anak ini diupah pihak-pihak tertentu disembunyikan.
  • Kalau benarlah remaja ini melakukan kerana vandalism, maka kita sebenarnya sedang mengalami masalah sosial yang berat sehingga golongan remaja sanggup membakar, membaling cat dan botol minuman keras ke surau-surau.
  • Kalau benci ajk Surau, balinglah botol minuman keras ke rumah ajk surau !
  • Apa yang berlaku di Johor dan Seremban itu seolah-olah ada motif disebalik motif.

Monday, August 23, 2010

TIUP API PERKAUMAN SELAGI ADA BARA ?

  • UMNO terus meniup Api perkauman. Utusan alatnya.
  • Dah lama tak baca Utusan Malaysia.
  • Tiga hari lepas, terjumpa Utusan Malaysia, bila buka helaian-demi helaian, semuanya tidak lari dari membakar api perkauman.
  • Kalau boleh ruangan sukan pun nak dikaitkan dengan perkauman.
  • Mungkin kalau politik kuno ini kekal, pasti ruangan sukan di Utusan akan ada unsur-unsur perkauman.
  • Utusan Malaysia yang sepatutnya membina minda bangsa, akhirnya jadi alat kepada kegilaan kuasa, InsyaAllah ia bakal jadi bahan sejarah.
  • Dunia sedang membicarakan tentang berdepan dengan masa depan.
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat, kejayaan teknologi nuklear dalam industri tenaga, bioteknologi, pendidikan kelas pertama, kepanasan global.
  • Malang kita di Malaysia masih bergelumang dengan kepanasan api perkauman.
  • Bagi UMNO, tiuplah api perkauman itu selagi punya bara.
  • Tapi bila tinggal abu, tiupan itu tidak berguna lagi.
  • Orang Melayu tidaklah sebodoh yang UMNO sangka.
  • Kami pun Melayu....

Saturday, August 21, 2010

BIL AIR DAN CUKAI TANAH

  • Semalam berlansung mesyuarat kewangan negara.
  • Dilihat pada wajah Najib, agak muram semalam, tidak ceria, mungkin kerana puasa.
  • Isu utama yang dibangkitkan adalah bagaimana untuk menyelaraskan kenaikan harga air dan cukai tanah.
  • Bila Pakatan menguasai 4 negeri baru kita terdengar bahawa harga air dan cukai tanah nak diselaraskan.
  • Kenapa dikala BN menguasai 1 Malaysia, isu penyelarasan bil air dan cukai tanah ini tidak dibuat. Kerajaan negeri sewenang-wenangnya menaikkan bil tersebut.
  • Apakah negeri-negeri dibawah BN bimbang bahawa harga bil air mereka jauh lebih tinggi dari bil air di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.
  • Alasan PM agar harga air dan cukai tanah tidak dipolitikkan.
  • Di Malaysia, semua benda adalah politik dan dipolitikkan.
  • Mutakakhir ini politik doa...

Friday, August 13, 2010

MUHYIDDIN - BATU API @ KAYU API

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kelas tersendiri. Beliau meletakkan dirinya seperti lelaki Melayu terakhir, hampir dekat dengan Datuk Ibrahim Ali.
  • Seperti yang disebut oleh YB Khalid Samad, beliau adalah batu api, melagakan pemimpin pakatan.
  • Tapi Muhyiddin lupa bahawa Rosmah sedang memerhatikannya.
  • Banyak kenyataan Muhyiddin benar-benar menggagalkan aspirasi 1 Malaysia Najib.
  • Ancaman 1 Malaysia sebenarnya bukan datang dari Pakatan, ia sebenarnya datang dari Muhyiddin.
  • Sokongan Muhyiddin kepada kenyataan Dr Mahathir tentang kegagalan 1 Malaysia sudah cukup menunjukkan arah pemikiran Muhyiddin.
  • 1 Melayu 2 Malaysia yang diungkapkan Muhyiddin adalah cabaran besar kepada konsep 1 Malaysia.
  • Muhyiddin juga sedang mencari dimana untuk diletakkan Islam dalam perkiraan 1,2,3.
  • Muhyiddin tahu Islam boleh juga dijual dalam mencari pengaruh dalam UMNO. Muhyiddin pasti dilihat lebih Islamik dari Najib.
  • Persoalannya bolehkan Najib terus membiarkan Muhyiddin merobek keyakinan rakyat Malaysia kepada dasar 1 Malaysia yang beliau bawa.
  • Bagi kita Muhyiddin dilihat sebagai batu api, tapi bagi Najib, Muhyiddin mungkin boleh dijadikan kayu Api. Di bakar ketika perlu, seperti Mahathir 'membakar' Musa Hitam.

BUNUH : KERAJAAN BUNTU

  • Kerajaan Malaysia semakin buntu. Isu buang bayi tak dapat diselesaikan.
  • Bagi menunjukkan ketegasan kerajaan, maka pesalah buang bayi dianggap pembunuh dan cubaan membunuh.
  • Sepatutnya kerajaan belajar dari isu Dadah.
  • Walaupun pengedar Dadah dijatuhkan hukuman Bunuh Mandatori, namun gejala tersebut tetap tidak dapat dibendung.
  • Pengedar dadah dibunuh tapi penagih disediakan tempat untuk mereka.
  • Kalau ditangkap mengedar maka dihukum bunuh, kalau ditangkap menagih maka mereka disumbat kepusat serenti.
  • Maka semua pengedar dadah adalah penagih, kalau mereka ditangkap ketika mengedar, maka mereka akan mengaku bahawa mereka sebenarnya menagih, stok mereka memang banyak.
  • Masalah tak selesai juga.
  • Begitu juga dengan kes buang bayi.
  • Selagi sistem ini tidak dibaiki secara menyeluruh, maka menyelesaikan kes buang bayi tidak akan berhasil.
  • Pendidikan, program untuk golongan belia, undang-undang mestilah berpijak kepada asas agama, Islam.
  • Bukan semua masalah mesti selesai dengan akal.
  • Menteri Wanita sendiri mengakui Malaysia sudah jadi seperti Negara Jahiliyyah, nak keluar dari Jahiliyyah mestilah dengan penyelesaian Islam, bukan dengan 1 Malaysia.
  • Pandangan ulama mestilah diambil serius.
  • Kalau pandangan PAS tak mahu diambil kira, ambilkira pandangan Mufti, kadi, Ulama UMNO, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Atau mereka memang sudah buntu dengan isu ini, Sharizat lebih alimah dalam isu buang bayi ini.
  • Atau mungkin golongan agama yang berpaut pada UMNO lebih yakin dengan cadangan Datuk Ali Rustam, wujudkan sekolah mengandung. Kalau ramai sangat yang mengandung, tambah asrama dan tambah sekolah dan tambah cikgu.
  • Manusia memang buta tanpa Islam ! Hidup mereka terkapai-kapai !
  • Moga Ramadhan kembali mendidik mereka dan meguatkan azam kita untuk meletakkan Islam pada tempatnya.
  • Pada Allah kami dekatkan diri dan Islam pasti menang !