Thursday, September 30, 2010

MAS SELAMAT DAN ISLAMOFOBIA

  • Mas Selamat dihantar ke Singapura, sejurus selepas Najib pulang dari Singapura.
  • Alasan yang diberi Kerajaan kerana Mas Selamat tidak lagi dianggap mengancam keselamatan Negara.
  • Masyarakat tak tahu apa kesalahan Mas Selamat. Cuma kita diberitahu bahawa kalau Mas Selamat datang negara kita, kita jadi tak selamat.
  • Betul atau tidak, kita tak pasti.
  • Mas Selamat adalah contoh Islamofobia. Kesalahan beliau tak dapat dibuktikan oleh undang-undang Malaysia, ianya "dibuktikan" dengan ISA.
  • Islamofobia sepatutnya bukan sahaja dirujuk kepada Amerika.
  • Paling bahaya adalah Islamofobia yang bersarang dalam diri pemimpin Islam.
  • Untuk mengelak daripada pemimpin Islam dikaitkan dengan Islamofobia, maka mereka memperkenalkan Islam Sederhana, seperti yang disebut Najib dalam ucapan di PBB kelmarin.
  • Islam Sederhana yang merujuk kepada pengaruh akal secara mutlak dalam melaksanakan Islam.
  • Sholat lima waktu, sederhana kalau ianya tidak dipaksakan ?
  • Menutup aurat, sederhana kalau sekali sekala dibuka ?
  • Hudud, sederahana kalau hanya diambil sebahagian yang bermanfaat?
  • Rasuah, sederhana kalau dapat menolong bangsa ?
  • Sebab itu walupun sudah merdeka lebih 50 tahun, UMNO tak dapat menghilangkan Islamofibia pada MCA, MIC dan .....
  • Kerana pada UMNO dan Najib dan Rosmah, Islamofobia sebenarnya masih bersarang pada minda mereka.
  • Islamofobia bukan sekadar dilihat dengan membakar Al Quran, 'membakar' suruhan Allah juga adalah lambang Islamofobia.

Tuesday, September 21, 2010

GAMBAR UNTUK NAJIB

  • Inilah gambar yang dihadiahkan oleh PM Singapura Lee Hsien Loong kepada Najib Tun Razak.

Ianya adalah gambar kenangan bapa Najib, Tun Razak dan bapa Lee Hsien Loong, Lee Kuan Yew yang diambil pada 16 Januari 1971.

  • Singapura juga ingin mengingatkan Malaysia, bahawa gambar PM Malaysia tahun 1971 masih disimpan oleh Singapura.
  • Bagaimana dengan gambar Najib, Razak Baginda dan .......ya semasa pameran berlian di Singapura ?
  • Pandangan yang menyatakan bahawa Najib mungkin diikat Singapura dengan sekeping gambar ada logiknya.
  • Ditangan Najib tergadai tanah Malaysia di Singapura.

Saturday, September 11, 2010

1 MALAYSIA VS 1 PERKASA

  • Tujuan ditubuhkan PERKASA adalah untuk memperkasakan UMNO.
  • Majoriti ahli PERKASA adalah ahli UMNO.
  • Secara yang tersurat, PERKASA adalah NGO yang ditubuhkan untuk memastikan UMNO terus relevan pada pandangan orang Melayu.
  • Secara yang tersirat, PERKASA diharapkan menjadikan sayap baru UMNO sama seperti pemuda dan wanita.
  • PERKASA adalah lambang nafas perkauman UMNO.
  • Berpuluh tahun UMNO menyembunyikan nafas perkauman ini, ianya hanya dibicarakan dalam kerangka tertutup terutamanya dalam kursus biro tata negara.
  • PERKASA menzahirkan sifat perkauman UMNO yang selama in dipendamkan.
  • Hari ini UMNO cuba mengasingkan diri dari PERKASA.
  • PERKASA dikira merugikan mereka.
  • PERKASA bakal dijadikan kambing hitam
  • PERKASA sebenarnya dah mula ada hati nak tanding pilihanraya.
  • UMNO mula rasa tergugat. Pemimpin UMNO makin pening.
  • Ada ahli UMNO lebih taat kepada Ibrahim Ali dari Najib Tun Razak.
  • 1 Malaysia VS 1 Perkasa.

Aidilfitri

  • Aidilfitri menjadikan manusia kembali kepada fitrah.
  • Bersih dari segala khianat dan hasad dengki.
  • Bersih dari bunuh membunuh dan mengadu domba.
  • Manusia melihat kejahatan dengan jijik.
  • Manusia mengejar keadilan dan mencari ketenangan dalam hidup.
  • Manusia mengumpul kekayaan untuk beramal
  • Manusia yang hidup dalam kemiskinan dan kekurangan dengan penuh kesabaran.
  • Manusia memegang kuasa dengan amanah.
  • Mudah-mudahan fitrah kita kembali jernih.
  • Selepas Ramadhan, mungkinkah kita kembali rakus, gila harta, gila kuasa ?
  • Apakah dunia akhirat tak dapat memandu kita ?

Wednesday, September 8, 2010