Friday, October 22, 2010

KITA DAH MAJU!!!

  • Melaka negeri Maju
  • 20.10.2010 orang Melaka jadi orang maju.
  • Maju dunia dan akhirat.
  • Bandingan kita atas 32 indikasi.
  • Nanti saya catatkan indikasi itu.
  • Kita dibandingkan dengan Jerman, Korea, Swiss dan banyak lagi Negara Maju dunia.
  • Soal kepimpinan tiada dalam indikasi itu.
  • Kalau Rasuah dijadikan indikasi, mungkin kita dah mula tak maju, mungkin kita jadi mundur.
  • Kita boleh cakap kita maju, tapi rakyat dapat merasakan mereka maju ke tidak.
  • Melaka maju, Nelayan kat Pantai Puteri, Duyung maju ke...
  • Melaka Maju, orang Felda Bukit Senggeh Maju ke, atau masih pakai baja campur pasir.
  • Melaka Maju, orang asal kat Jus maju ke, atau pasir mereka sedang dirompak..
  • Melaka Maju, peniaga dan orang kat pekan Alor Gajah masih setiap minggu kena saman oleh Majlis Bandaran...
  • Melaka Maju, tanah getah orang kampung untuk projek Sun Power diambil pada pada harga RM1.35 sekaki, mahal belacan lagi...
  • Melaka Maju, denggi kat bandar melata, longkang tersumbat. Ada orang cadang kat saya supaya Bomba Melaka tolong bersihkan longkang....
  • Melaka Maju, tanam mangga manis hasilnya masam.
  • Melaka Maju, kilang banyak tutup....
  • Melaka Maju, lapangan terbang vs lapang sasar
  • Melaka Maju, Eye on Malaysia tinggal tapak, boyannya tiada, tunggu boyan dari cina...
  • Melaka Maju, kalau hujan lebat tunggulah banjir...
  • Melaka Maju, Ketua Menteri Rasuah....
  • Melaka Maju, ada sekolah hamil, sekolah orang puteh henry gurney dan sekolah lereh.
  • Maju bukan pada benda, ianya pada pemikiran kita.
  • Jangan perbodohkan 800 ribu rakyat Melaka
  • Rumah dan kereta percuma tak boleh mengubati benci rakayat kepada pengkianatan amanah yang telah diberikan rakyat lebih 50 tahun...
  • Lebih baik kita sedar bahawa kita belum maju daripada kita kata kita maju, tapi sebenarnya mundur.

Tuesday, October 19, 2010

KEHIDUPAN DAN KEMATIAN

  • Kematian yang sebenarnya adalah kehidupan dalam taklukan, sedang kehidupan yang sesungguhnya ialah mati sebagai penakluk.
  • Kita mencari kehidupan atau kita sedang mati....

Friday, October 15, 2010

BAJET 2011 - TAHNIAH PAK IMAM

  • Tahniah Tuan Imam kerana dapat RM700 sebulan.
  • Sekarang pun dah dapat RM700
  • Semua imam tahu, keputusan Elaun imam dinaikkan telah dibuat 10 tahun dulu.
  • Cuma 2010 baru dilaksanakan.
  • Itupun bila Pakatan Rakyat semakin diyakini rakyat.
  • Bajet 2011 hanya silap mata sahaja.

BAJET 2011 - BAJET ROSMAH

  • Bajet 2011 memperuntukkan pelepasan cukai untuk 300 barang berjenama.
  • Ada can lah makcik makcik kat pilah pakai beg tangan bonia.
  • Orang Asahan pakai kasut kulit buaya
  • Dye rambut warna biru
  • Tak perlu beli baju kat Singapura lagi.
  • Terima kasih Datin Seri Rosmah, dikala membina gaya hidup, anda tak pernah lupakan rakyat.
  • Dengan pelepasan cukai bolehlah kita pakai songkok berjenama playboy.
  • Apa gunanya pelepasan cukai 300 barang berjenama untuk majoriti rakyat.

BAJET KETANDUSAN IDEA

  • Bajet 2011 yang dibentangkan Najib biasa saja.
  • Banyak program adalah penerusan dari kegagalan sistem sediaada.
  • Persoalan utama Bajet 2011 adalah bagaimana peruntukan sebanyak 219bil ini boleh disampaikan kepada kumpulan sasar.
  • Berapa banyak akan hilang di pertengahan.
  • Laporan audit boleh membuktikannya.

Tuesday, October 12, 2010

PROGRAM LAKI BINI

  • Program wanita pertama yang dikelolakan Rosmah, dirasmikan oleh Najib Tun Razak.
  • Ramai orang mempertikaikan kelayakan Rosmah digelar wanita pertama dengan membelakangkan Raja Permaisuri Agong.
  • Program itu hanya sekadar boleh dianggap program laki bini.
  • Atau program "African First Lady Summit + 2" .
  • Wajarkah isteri Perdana Menteri diberi kuasa sedemikian rupa. Apa peranan Menteri.
  • Tidak mustahil, Rosmah menyalah gunakan kuasa suami selaku PM, bagi menghabiskan dana negara.
  • Berapa juta dihabiskan untuk memenuhkan kehendak Rosmah.
  • Wajarkah laki tunduk kepada kehendak isteri. Wajar!!!
  • Tapi wajarkah Isteri PM memperalatkan kuasa suami untuk menjayakan cita-cita sendiri.
  • Undang-undang apa yang kita amalkan.
  • Apa akan jadi kalau semua Isteri menteri ikut perangai Rosmah.
  • Menteri yang paling hampir, Rais Yatim.
  • Duit rakyat dah jadi harta laki bini.