Friday, July 29, 2011

BATALKAN PEMBEKUAN CUTI PDRM




  • Kalau mengikut maklumat terkini, cuti anggota bawahan PDRM dibekukan sehingga Nov 2011.
  • Ia sekaligus memberikan tekanan kepada pasukan PDRM.
  • Apa alasan sebenarnya pembekuan ini dilakukan. Kalau mengikut sumber PDRM, alasan KDN adalah rampasan kuasa dan kerajaan BN akan tumbang.
  • Rampasan kuasa adalah mengarut.
  • Tapi alasan kedua bahawa kerajaan BN akan tumbang ada rasionalnya. Itupun bergantung pada pilhanraya umum ke 13. Bergantung pada rakyat bukan pada KDN.
  • Mengarahkan anggota PDRM bertugas dengan cuti dibekukan adalah membebankan. Pasti bercanggah dengan undang-undang buruh apatah lagi alasan mengarut yang diberikan kerajaan.
  • Lebih malang lagi Latihan Anti Rusuhan (POPO) sedang giat dijalankan dalam pasukan PGA.
  • Tak cukup dengan itu, taklimat ancaman dalam negeri disebut-sebut telah diberi kepada pihak kem komander dalam pasukan polis.
  • Adalah wajar pasukan PDRM tidak dibebankan dengan kerja mengarut sebegini. Negara akan kekal aman, BN masih berkuasa.
  • Jangan bazirkan wang rakyat untuk kerja tak berfaedah. BN harus terima hakikat bahawa PDRM pun manusia, tiada gunanya mereka diasak dengan kerja yang tak sepatutnya.
  • Asasnya mereka menjaga keselamatan negara bukan keselamatan BN.
  • Tamatkan pembekuan cuti anggota PDRM.

Thursday, July 28, 2011

Membangun Negara Berkebajikan: Santuni Masyarakat

Sudah menjadi kebiasaan Pesuruhjaya PAS Melaka untuk menziarahi dan menyantuni golongan veteran.



Berbual dan bertanyakan pendapat sudah menjadi kebiasaan bagi Pesuruhjaya PAS Melaka untuk memahami kehendak dan keperluan marhaen.



Yang tua dihormati, yang muda dikasihi. Pesuruhjaya PAS Melaka bertanya khabar kepada golongan muda.





[admin]

Monday, July 25, 2011

Retreat PAS Melaka berjaya dilaksanakan


Tn Hj Adly Zahari sedang memberikan ucapan alu-aluan sebelum retreat bermula.

  • Retreat Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) berlangsung di Ayer Keroh pada Sabtu, 23 Julai berjaya membentuk rangka kerja dan perancangan aktiviti terbaik bagi menghadapi suasana politik semasa dan Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
  • Retreat tersebut yang dijalankan sehari suntuk mengumpulkan seluruh kepimpinan PAS Negeri dan kawasan disifatkan amat berjaya.
  • Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam ucapan aluannya pada program tersebut optimis PAS Melaka berjaya menguasai politik Melaka dalam masa terdekat.
  • "Kepimpinan PAS mesti terjun ke tengah masyarakat bagi menangani isu-isu masyarakat di samping berusaha memperkenalkan PAS di tengah masyarakat".
  • "Kita mesti berusaha untuk menjadi juara rakyat dalam apa juga isu" kata beliau.

[admin]

Wednesday, July 20, 2011

Pendedahan Isu Pengundi Hantu di Melaka




Ceramah oleh Tn Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka

  • Ceramah di Bukit Balai, Durian Tunggal, pada 19 Julai 2011 (Selasa).
  • Pengundi hantu kini dikesan di Melaka. Bukti SPR berkerjasama dengan UMNO/BN untuk memenangkan Barisan Nasional di Melaka.
  • Lihat 2 contoh pengundi hantu yang berjaya dikesan di Melaka.







[admin]

Monday, July 18, 2011

Merasmikan Pelancaran ARC Peringkat Negeri Melaka

Merasmikan Pelancaran Kelab di Merlimau pada 16 Julai 2011.


  • Menghadiri Majlis Pelancaran Alternative Riding Club (ARC) di Merlimau pada 16 Julai, jam 2.45 petang.
  • Program anjuran Lajnah Seni, Budaya dan Sukan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ini merupakan program yang julung kali di adakan.
  • Kelab ini diwujudkan sebagai alternatif kepada program-program anak muda dan menjadi wadah kepada kreativiti anak muda, serta mampu menyatukan anak muda atas nama hiburan sukan bermotor.
  • Dihadiri oleh Presiden Kelab ARC, Saudara Yasir Said. Bekas juara Cup Prix Malaysia.
  • Seramai hampir 70 orang mendaftar sebagai ahli baru kelab ARC Melaka.
  • PAS Melaka menyokong sepenuhnya usaha baik Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka melancarkan Alternative Riding Club (ARC) peringkat negeri Melaka, dalam usaha mendekati anak-anak muda.

[Admin]

Monday, July 4, 2011

BEBASKAN PIMPINAN DAN AHLI PAS MELAKA


Berbincang bersama peguambela.
Lokasi: Kompleks Mahkamah Melaka


  • Merujuk kepada penangkapan 17 ahli PAS Melaka di IPD Jasin pada 3hb Julai , jam 2.15 petang.
  • PAS Melaka mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dengan tindakan tangkapan ini.
  • PAS Melaka juga merasa kesal kerana mereka yang ditangkap tidak dibebaskan setelah keterangan mereka diambil. Sebaliknya mereka terus ditahan di IPD Jasin.
  • Sehubungan dengan itu PAS Melaka mendesak pihak berkuasa agar membebaskan mereka yang ditahan.
  • PAS Melaka akan terus memberikan pembelaan kepada mereka yang ditahan kerana kami yakin bahawa mereka yang ditahan tidak melakukan sebarang bentuk kesalahan.
  • PAS Melaka berharap keluarga para ahli PAS yang ditahan agar bersabar dan kita sama-sama berdoa agar mereka segera dibebaskan.
Adly Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka.