Sunday, October 30, 2011

AUDIT : BAIK AKU JAHAT RAKYAT

  • Laporan Audit Negara lambat dikeluarkan.
  • Bermacam spekulasi timbul bila ianya dilengah-lengahkan.
  • Kalau Laporan Audit keluar sehari selepas bajet, maka rakyat dah tak cerita bajet, rakyat akan cerita audit pula.
  • Rakyat akan nilai apa yang mereka terlepas dengan apa yang mereka dijanjikan.
  • Akhirnya rakyat boleh buat penilaian, cakap tak serupa bikin.
  • Tahun demi tahun Audit buktikan banyak yang bocor. Kemana perginya wang itu ?
  • Cuma Audit ini menyerlahkan lagi hipokrit BN.
  • Tiada Menteri yang hendak bertanggungjawab kalau ada kebocoran.
  • Kalau benda bagus, semua menteri mengaku itu kerja dan usaha mereka.
  • Bila Audit buktikan ada kebocoran, mereka suruh rakyat disiasat, ambil tindakan disiplin, panggil SPRM, kalau perlu pecat.
  • Memang jadi budaya BN, kalau baik aku, kalau jahat rakyat.

Saturday, October 29, 2011

ZAHIRKAN SOKONGAN KE SAMBUTAN 60 TAHUN PAS : MELAKA

  • Semua Ahli dan Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dijemput ke Majlis Sambutan 60 tahun PAS peringkat Negeri Melaka.
  • Majlis akan diadakan pada 1 November 2011 bermula jam 8.00mlm di Bukit Baru.
  • Program yang julung kali ini juga diharapkan bakal menjadi pemangkin untuk ahli, petugas dan penyokong PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya untuk berdepan dengan Pilihanraya umum ke 13 akan datang.
  • Hadirkan diri anda ke Sambutan 60 tahun PAS pada 1 November 2011 ini, zahirkan sokongan anda.



Thursday, October 27, 2011

AUDIT : HUTANG MELAKA RM853 JUTA

  • Pada akhir tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri meningkat kepada RM853.07 juta berbanding RM587.53 pada 2009.
  • Melaka maju ?

AUDIT : PELABURAN DAN UNTUNG

  • Jumlah pelaburan yang telah dibuat kerajaan Melaka untuk tempoh lima tahun (2006-2010) adalah berjumlah RM358.74 juta.
  • Dividen yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk tempoh 5 tahun adalah sebanyak RM13.71 juta
  • Cuma 3.8% untuk tempoh 5 tahun. Bersamaan 0.76% setahun.
  • Melaka Maju ?

AUDIT : TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN



  • Baki akaun Tabung Kemanusian Palestin Melaka pada akhir tahun 2010 berjumlah RM680,747 dan tiada urus niaga terimaan dan bayaran berlaku pada tahun 2010. Tabung ini ditubuhkan pada Januari 2009. Bagaimanapun sehingga April 2011, wang kutipan yang berjumlah RM680,747 masih belum disalurkan kepada pihak yang sepatutnya menerima.
  • Persoalannya kenapa wang ini tidak disalurkan pada Rakyat Palestin ?

Wednesday, October 26, 2011

AUDIT : ANAK SYARIKAT KUMPULAN MELAKA BERHAD

  • Kerugian terkumpul anak-anak syarikat Kumpulan Melaka Berhad sehingga akhir 2009 adalah seperti berikut :
  • Akademi Pelancongan Melaka RM230,000.00.
  • PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. RM3.04 juta
  • KM Engineering Sdn. Bhd. RM60,000.00
  • KM Iklim Marin Sdn. Bhd. RM1.82 juta
  • Kayu Wangi KMB Bhd. Bersekutu RM 25 juta
  • Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn. Bhd. RM59 juta.

end

AUDIT : SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

  • Penggunaan Jangka Meter Automatik (AMR) : Pada tahun 2009, SAMB telah membeli 18 unit jangka meter automatik (AMR) dengan kos berjumlah RM0.39 juta. Semakan Audit terhadap laporan penyenggaraan yang dikeluarkan oleh pembekal mendapati 12 buah bateri di 7 lokasi AMR tidak boleh digunakan lagi walaupun penggunaannya hanya untuk tempoh 11 hingga 14 bulan sahaja. Bagi melicinkan pengurusan pengebilan, SAMB telah menggantikan bateri tersebut dengan kos bernilai RM5,115.
  • Perolehan Smart Meter : Mulai bulan April 2008, SAMB telah melantik pembekal untuk membekal dan memasang 5,000 unit Smart meter dengan nilai RM0.66 juta. Analisis Audit mendapati sehingga bulan Ogos 2010 hanya 2,916 daripada 5,000 unit Smart meter atau 58.3% masih berstatus aktif. Berdasarkan semakan terkini SAMB pada bulan Mac 2011, bilangan Smart meter berstatus aktif adalah 155 unit manakala 4,820 unit telah dihentikan penggunaannya.

AUDIT : MELAKA RIVER CRUISE



  • Bot Tak Daftar dan Dilesenkan : Semakan Audit mendapati 9 buah bot penumpang yang dibeli antara bulan Mei hingga September 2009 masih belum didaftar dan dilesenkan. Bot-bot ini telah beroperasi tanpa lesen yang sah untuk tempoh 13 hingga 17 bulan. Hasil teguran Audit, Perbadanan telah mengambil tindakan dan kesemua 9 buah bot tersebut telah dilesen dan didaftarkan pada 1 November 2010.
  • Bot Tidak Di Insurankan : Semakan Audit mendapati, 28 daripada 40 buah bot tidak diinsurankan. Selepas teguran Audit, pihak Perbadanan memaklumkan kesemua 28 buah bot penumpang ini telah diinsurankan pada 1 Mac 2011. Namun pihak Audit tidak dapat membuat pengesahan kerana dokumen sokongan tidak dikemukakan.
  • Insuran Bot Diperbaharui Walaupun Bot Telah Rosak : Semakan Audit mendapati Bot Tun Teja telah diinsurankan untuk tempoh 8 Julai 2009 hingga 29 Julai 2011 dengan bayaran premium berjumlah RM3,464 walaupun telah rosak sejak awal tahun 2009. Keadaan bot Tun Teja yang rosak adalah seperti di Gambar
  • Kos Penyenggaraan Bot Dibayar 2 Kali : Semakan Audit terhadap baucar bayaran penyenggaraan bot MRC pada tahun 2009 mendapati pembekalan aksesori bagi bot Puteri Hang Li Po dan Hang Lekir telah dibayar sebanyak 2 kali berjumlah RM12,312.
  • Kutipan Bagi Tiket Hop-On Hop-Off : Semakan Audit mendapati pengambilan tiket dan penyerahan wang kutipan hasil tidak direkodkan. Semakan lanjut menunjukkan hasil kutipan jualan tiket HOHO bagi tempoh Jun hingga Disember 2010 yang diserahkan ke kaunter berbeza sejumlah RM17,970 berbanding bilangan tiket yang dikeluarkan kepada ketua jurumudi.
  • Hasil Jualan Tiket Digunakan Untuk Perbelanjaan Tunai: Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod kutipan pada 31 Mei 2010, 1 Jun 2010 dan 5 Jun 2010 mendapati hasil kutipan berjumlah RM43,867 digunakan untuk perbelanjaan tunai semasa Pesta Sungai Melaka walaupun telah menggunakan sistem e-Ticketing.

PEMBELA MELAKA?

  • Di Melaka ada badan yang ditubuhkan kerajaan negeri di namakan PEMBELA
  • Tujuannya untuk membela nasib rakyat
  • Sakit jumpa Pembela.
  • Nak bayar hutang jumpa Pembela.
  • Nak pinjaman jumpa Pembela.
  • Dalam erti kata lain, nak apapun jumpa Pembela.
  • Persoalannya kenapa perlu ada Pembela.
  • Apa peranan yang sepatutnya dimainkan oleh seorang Wakil Rakyat.
  • Pembela sebenarnya untuk menutup kelemahan Wakil Rakyat UMNO.
  • Apa perlu lagi Pembela kalau wakil rakyat menjalankan tugas mereka.
  • Jangan bazirkan wang rakyat dengan Pembela, kembalikan fungsi Wakil Rakyat.

Wednesday, October 19, 2011

SIAPA PUNYA PLAT MCC1

  • Kenapa kerajaan Melaka perlu berbelanja RM371,172.10 hanya untuk membeli plat kereta MCC 1 sehingga MCC 15 ?
  • Wajarkah dalam suasana rakyat disuruh berjimat tetapi kerajaan terus membazir.?
  • RM371 ribu bukan suatu jumlah kecil. Wang tersebut tak sepatutnya dibazirkan untuk membeli Plat kereta.
  • Plat MCC 1 dibeli dengan harga paling tinggi iaitu RM99,000.00
  • Plat MCC 2 dan MCC 8 masing masing dibeli dengan harga RM34,980.00
  • Dua hari lepas Melaka dilanda ribut, Alor Gajah, Kerubong dan di Gangsa, banyak rumah yang rosak. Kerajaan negeri memberi RM200 pada setiap yang terlibat.
  • Macam di Alor Gajah, lebih 40 rumah terlibat. Kerajaan Negeri belanja RM8000.00 untuk 40 keluarga. Boleh ditampung hanya dengan satu Plat sahaja iaitu MCC10, RM11,550.00
  • Sehingga hari ini masih ada rumah yang masih tidak berbumbung. Kenapa tak ditutup dengan MCC2 kalau tak cukup dengan MCC8.
  • Cuma jangan usik MCC1, tahu tak siapa punya ?

Sunday, October 9, 2011

DI MANA BAJET PERMATA?


  • Tahun lepas Permata diperuntukkan RM100 juta.
  • Tahun ini permata perlukan juga peruntukan, kalau tidak bagaimana nak teruskan program permata.
  • Dimana baget permata diletakkan, dan berapa nilainya tahun ini.
  • Mungkin dibawah kementerian Pelajaran.
  • Tapi tak mungkin. Mustahil Rosmah nak minta duit dari Muhyiddin.
  • Mungkin dalam baget di bawah Perdana Menteri.
  • Kalau benar dibawah Jabatan Perdana Menteri, Permata pasti boleh belanja sakan.

RM100 BUAT PIBG

  • Tahun depan anak anak kita akan dapat RM100 seorang.
  • Bagi yang tak berkemampuan, RM100 itu perlu. Apatah lagi sekiranya anak yang bersekolah itu ramai.
  • Tapi bagi keluarga yang berkemampuan. Kerajaan nasihatkan agar mereka nilai sendiri pemberiaan RM100.00 itu.
  • Tapi yang paling menarik respon dari ibu bapa yang berkemampuan, mereka bercadang memberikan RM100 itu kepada PIBG sekolah.
  • RM100 buat BIBG.

GURU RM500 VS MURID RM100

  • Pakatan Rakyat mengolah belanjawan dengan janji RM500 sebulan bagi setiap warga pendidik.
  • Kita mahu pendidik meningkatkan mutu pendidikan, sekaligus anak-anak akan menerima kesan lansung.
  • Pakatan rancang RM500 sebulan.
  • Kerajaan BN pula beri RM100 untuk setiap pelajar. Untuk kurangkan beban persekolahan.
  • RM100 bersifat one-off. Sekali sahaja.
  • Kalau dilihat dari kesan kepada pendidikan dan ilmu pengetahuan, maka formula RM500 sebenarnya lebih berkesan.
  • Meringankan beban guru akan memberi kesan lansung kepada mutu pendidikan anak-anak kita.
  • Kalau kita nilai secara jujur, memberi elaun bulanan RM500 kepada setiap guru melalui perancangan pakatan rakyat, jauh lebih baik dengan menaikkan gaji sekitar 7-13% apatah lagi pemberian RM100 pada pelajar.

Saturday, October 8, 2011

SOKONG BGP BUAT NORAMFAIZUL


  • Kerajaan Melaka menganugerahkan Bintang Gagah Perkasa(BGP) kepada Allahyarham Noramfaizul yang terkorban di Somalia.
  • Kita sokong usaha pengiktirafan ini. Beliau layak menerima lebih dari itu. Nyawa yang beliau pertaruhkan.
  • BGP adalah bintang yang diwujudkan pada tahun 1978 bagi mengenang jasa bekas polis dan tentera di Melaka khususnya. Noramfaizul adalah penerima pertama bintang itu.
  • Tapi malang tiada seorang pun polis dan tentera Melaka yang layak menerima bintang tersebut.
  • Kenapa ini boleh berlaku. Tiada polis atau tentera Melaka atau Malaysia yang bertaraf bintang ke.
  • Atau polis dan tentera selama ini memang terabai dan tidak diiktiraf.
  • BGP diwujudkan bagi mengenang jasa Polis dan Tentera.
  • Mustahil tiada yang layak semenjak 1978.

SABUISME DALAM BAGET

  • Kesan Sabuisme ada dalam budget.
  • Tak pernah baget menghargai orang yang dah mati.
  • Kali ini balu, duda dan waris tentera turut dapat laba dari bajet 2012.
  • Yang pasti, ianya kesan dari Sabuisme.

BAJET ONE OFF


  • Bajet 2012 telah dibentang.
  • Ramai orang sedang berbincang, apa aku dapat.
  • Kau dapat apa.
  • Aku balu tentera, aku dapat RM3000.
  • Aku duda tentera, aku dapat RM3000.
  • Aku waris tentera.
  • Aku pencen, aku dapat RM500
  • Dapat setiap bulan atau tahun ke, tak "one-off"
  • Binatang apa "one-off" tu. ?
  • Dapat sekali sampai OFF.

ALONG SUKA BAJET NI

  • Antara isu rakyat Malaysia adalah Along.
  • Kerajaan tak boleh selesaikan masalah ini.
  • Bajet 2012 tak nampak jalan boleh selesaikan.
  • Along adalah cermin masalah rakyat.
  • Rakyat tak dapat mengadu pada kerajaan, mengadu pada Along.
  • Along memang nak tolong? Cuma dia kapitalis.
  • Kerajaan memang tak dapat tolong ? juga guna sistem kapitalis.
  • Akhirnya banyak rakyat pergi ke Along.
  • Buat rumah, along.
  • Modal meniaga, along.
  • Nak Kahwin, along.
  • Berhibur, along.
  • Pelajaran anak, along.
  • Belanja harian, along.
  • Berjudi, along.
  • Macam macam sebab mereka pergi along.
  • Bajet 2012 boleh selesaikan masalah along tak?
  • Pasti tak bole.
  • Along mungkin suka bajet ni ?

BILA DAPAT EH?

  • Setiap tahun bajet dibentangkan kerajaan.
  • Wang tetap dibelanjakan, bilion bilion.
  • Apakah persoalan utama bajet kita.
  • Sudah 54 tahun merdeka. Kemana wang bilion bilion ini pergi.
  • Bukankah kerajaan dah beri macam-macam.
  • Kita juga dah dapat macam-macam.
  • Bajet sudah jadi macam memancing.
  • Rakyat jadi ikan, bajet jadi umpan, kerajaan yang memancing. Pancing apa?
  • Setiap tahun umpan berbeza dihidangkan.
  • Nasiblah siapa yang termakan, akan digulai.
  • Ikan cerdik, makan umpan, pancing tak kena?
  • Isu utama Malaysia adalah perlaksanaan bajet.
  • Kebocoran dan ketirisan tetap jadi barah bajet Malaysia.
  • Bilion-bilion tapi tak kemana juga.
  • Di Malaysia, lepas bajet, semua orang akan tanya, bila dapat eh?