Wednesday, November 30, 2011

BERJIHAD PERTAHAN RASUAH?

  • Wajarkah Muhyiddin menyeru Khairi dan Sharizad berjihad ?
  • Pemuda dan Wanita UMNO terpalit dengan rasuah.
  • Najib melaungkan seruan agar dua sayap ini berjihad.
  • Pertahankan kuasa atau pertahankan rasuah ?


UMNO MENGHIJAB MELAYU

  • Melayu dilihat rasis, kerana UMNO. Lahir PERKASA
  • Melayu dilihat rasuah, kerana UMNO. Lahir KJ, Isa, Ali, Sharizad dan sewaktu.
  • Melayu dilihat lemah, kerana UMNO. Lahir 30% DEB yang disasar (org melaka sebut sasau)
  • Melayu dilihat malas kerana UMNO. Lahir Ali Baba.
  • Melayu dilihat miskin kerana UMNO. Lahir korporat segera Melayu nak tutup fakta sebenar.
  • Melayu dilihat kroni kerana UMNO. Lahir Mahathir, Paklah dan Najib anak beranak.
  • Melayu dilihat sebagai UMNO. Segala rosak UMNO terpalit pada Melayu.
  • Segala baik dan kekuatan melayu dihijab dengan penyakit UMNO.
  • Dengan Melayu, UMNO sudah tewas, kalau dengan Islam, jauh panggang dari api!

Wednesday, November 23, 2011

MENGGAMIT BERSIH 3.0

  • Akta Perhimpunan Aman menyusahkan rakyat.
  • Susahkan rakyat untuk berhimpun.
  • Sebagai pelan untuk menggagalkan usaha Bersih 3.0
  • Akta Perhimpunan Aman sebagai penjara bagi pejuang kebebasan.
  • Akta itu memenjarakan kita !
  • Akta itu zalim dan sempit !
  • Akta itu mencabar rakyat !
  • Akta itu menggamit Bersih 3.0 !!!

APA ITU SERONOK ?

  • Kita seronok dapat duit.
  • Kita seronok ada duit.
  • Anak kita seronok dapat RM100.00 seorang.
  • Kita tumpang seronok.
  • Kita sekeluarga tengah seronok tunggu duit RM500.00
  • Nanti bila dapat RM500.00, terasa seronok.
  • Memang seronok jadi rakyat, anak dapat RM100.00, Emak Bapak dapat RM500.00
  • Baru RM100 dan RM500 dah seronok.
  • Bayangkan seronok kalau dapat RM250,000,000.00 (RM250 juta)
  • Seronok gila!!!
  • Keluarga kita dapat RM500.00 pun dah seronok.
  • Keluarga Sharizad dapat RM250,000,000.00 tentulah seronok gila.
  • Seronok jadi Sharizad, seronok jadi UMNO! Wow seronoknya!
  • Wanita UMNO pun tumpang seronok ?
  • Kalau Sharizad kaya, wakala (wanita tahan lasak) akan kaya juga ?
  • Keluarga kita dapat RM500.00, keluarga Shahrizad dapat RM250,000,000.00.
  • Baru kita tahu apa makna seronok.

JIMAT DENGAN PRU SETIAP 5 TAHUN

  • SPR menyatakan bahawa pilihanraya serentak seluruh negara akan menjimatkan kos dan wang negara.
  • Maka SPR bercadang nak jumpa dengan pemimpin pakatan, hasratnya agar pakatan turut bubar DUN jika PM bubar parlimen.
  • Nampak benar SPR itu diperalat UMNO.
  • SPR bole jumpa Pakatan, tapi dalam masa yang sama SPR juga kena nasihatkan BN, terutamanya PM.
  • Pilihanraya jadi jimat sekiranya ia diadakan setiap lima tahun, bukan 3 atau 4 tahun.
  • PRU 13 sepatutnya diadakan sebelum Mac 2013, sekarang baru Nov 2011. Masa masih panjang.
  • Sepatutnya SPR jumpa pemimpin BN, terutamanya Perdana Menteri. Nasihat Datuk Seri Najib agar jangan bubarkan Parlimen selagi penggalnya belum berakhir.
  • Jadi tak timbul isu antara kerajaan BN dan kerajaan pakatan.
  • Semua kerajaan kena bubar DUN atau Parlimen bila cukup tempoh. DUN dan Parlimen Sarawak boleh turut diselaraskan.
  • Tentukan tarikah PRU 13 awal, bukan dengan teka teki Najib.
  • Ini kalau SPR ikhlas nak jimatkan wang negara. Bukan Pakatan sahaja perlu diberi nasihat, BN sebenarnya lebih utama diberi peringatan.
  • SPR benar-benar nak jimatkan wang rakyat ke atau nak menangkan BN ?
  • Kalau benar-benar nak jimatkan wang Rakyat, SPR harus tegas dengan :
  1. Tempoh PRU setiap genap 5 tahun.
  2. Tarikh PRU diumumkan setahun awal sebelum tempoh 5 tahun tamat.
  3. Selaraskan PRU Negeri dan Parlimen serentak untuk Sarawak.
  4. Kawal belanja piliharaya parti parti bertanding.
  5. Akses media elektronik kepada semua parti bertanding.
  6. Tiada penggunaan dana awam oleh mana mana parti politik.
  • Sanggupkah SPR bertegas demi jimatkan wang rakyat?
  • Atau SPR terus dilihat sebagai Pro BN @ Alat BN ?


Monday, November 14, 2011

TOLAK CADANGAN 9 JAM


  • Cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak.
  • Beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak.
  • Guru bukan sekadar bekerja disekolah, kerja guru hari ini dibawa hingga kerumah.
  • Kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.
  • Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan lansung kepada mutu pendidikan negara.
  • Fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan disamping meningkatkan kualiti disamping perhatian serius kepada peningkatan gaji dan insentif.
  • Melaka diberitakan akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam. Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih.?
  • Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sediada.
  • Langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu juga adalah disokong.
  • Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan lansung kepada mutu generasi akan datang.
  • Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji.
  • Sebaliknya cadangan PR dalam buku jingga bagi memberikan insentif RM5oo sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Saturday, November 12, 2011

DADAH TAK PERLU DIPOLITIKKAN

  • Ada anak kepada Adun di Melaka yang dikenakan hukuman kerana dadah, saya bersimpati.
  • Dadah adalah musuh utama negara. Ianya bukan bahan politik.
  • Penagih dadah perlu di hukum apatah lagi pengedar.
  • Dadah tak kenal politik. Anak orang UMNO, PAS dan tak ada parti semuanya terlibat dengan dadah.
  • Berdepan dengan dadah tak boleh dengan politik.
  • Sebab itu agensi anti dadah sepatutnya tiada batas politik.
  • Orang politik dan pemimpin masyarakat sepatutnya dilibatkan sama.
  • Dadah sudah masuk ke semua ceruk kampung.
  • Cuma kita tak serius selesaikannya.
  • Kita terlalu sibuk nak cari calon boleh menang ?
  • Yang dah menang kita tak nilai ?
  • Apa yang telah dibuat oleh orang-orang yang menang ini untuk pastikan anak-anak kita tak terlibat dengan dadah?

Tuesday, November 8, 2011

DATUK HAMID ALBAR VS DATUK ALI


  • Hari ini Datuk Ali mengatakan SPAD yang dipengerusikan oleh Datuk Hamid Albar tak faham fungsi Monorel Melaka.
  • Monorel itu adalah monorel pelancungan bukan monorel awam.
  • Maka pengantungan operasi untuk satu bulan adalah tidak wajar. Melaka tanggung kerugian.
  • Maka wajar Pengerusi SPAD keluarkan kenyataan.
  • Mungkin Datuk Ali betul dan SPAD salah faham.
  • Atau mungkin SPAD betul dan Datuk Ali tak faham.
  • Atau mungkin kedua-dua tak betul dan tak faham.
  • Yang pasti tak mungkin kedua-dua betul dan faham.

ORANG MUDA DISEKTOR AWAM

  • Sektor Perkhidmatan Awam tak sewajarnya menjadi bahan politik.
  • Sektor awam diMalaysia pasti jadi cekap sekiranya campurtangan golongan penguasa dikurangkan.
  • Pengurangan kakitangan awam tak wajar menjadi bahan politik BN.
  • Paling utama hari ini adalah mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam.
  • Golongan muda harus diberi peluang sama.
  • Kerajaan melanjutkan umur persaraan, dalam masa yang sama pengambilan baru dari golongan muda kesektor ini juga mesti dipertingkatkan, bagaimana ianya boleh direalisasikan.?
  • Isu campurtangan politik BN, Tiris dan Bocor telah memberikan imej negatif kepada kakitangan awam.

Sunday, November 6, 2011

MONOREL TAK SELAMAT

  • Monorel Melaka tak selamat digunakan.
  • SPAD menghentikan perkhidmatan monorel selama sebulan sehingga langkah langkah keselamatan diambil pihak Taming Sari Sdn.Bhd.
  • Antara langkah keselamatan yang perlu adalah :
  • Sediakan kren untuk keluarkan penumpang sekiranya monorel terkandas.
  • Manual pembaikan tiada dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
  • Cengkaman tayar tidak kuat terutamanya ketika hujan.
  • Datuk Ali Rustam tak berpuas hati dengan pengantungan perkhidmatan itu.
  • Beliau akan melawat Monorel esok.
  • Sepatutnya beliau hormati keputusan SPAD.
  • Lebih baik aspek keselamatan dipenuhi sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
  • Jangan sudah terantuk baru tengadah.

Friday, November 4, 2011

MONOREL : PAS TUNTUT PENJELASAN SPAD

  • Monorel di Melaka sudah sinonim dengan kerosakan.
  • Sudah terjadi penumpang keluar monorel dengan kren dan tangga.
  • Berbagai alasan diberikan kerana kerosakan monorel.
  • Terbaru, alasannya pintu tak tutup sempurna maka monorel tak bergerak.
  • Hasilnya, pelancung keluar ikut tangga.
  • Perkhidmatan monorel dihentikan 2 hari, Suruhajaya Perkhidmatan Awan Darat (SPAD) sedang menyiasat.
  • PAS tuntut penjelasan menyeluruh dari SPAD tentang kesan dan risiko Monorel ini, adakah ianya selamat dan memenuhi spesifikasi.
  • Jangan sampai rakyat rasa tak selamat menaiki monorel ini.
  • Paling bahaya kalau ianya memang tak selamat ?
  • Ada insuran ke monorel ni ?




Malaysiakini

AUDIT : BIL PESAKIT TERTUNGGAK 14 JUTA

  • Putra Specilist Hospital (PSH) adalah anak syarikat Kumpulan Melaka Berhad, aset Kerajaan Melaka.
  • Hutang tertunggak (PSH) sebanyak RM59 juta.
  • Bil tertunggak yang tidak dibayar pesakit pada 2010 adalah sebanyak RM14 juta.
  • Kenapa ini boleh berlaku ?
  • Kewibawaan dan ketelusan kepimpinan UMNO mentadbir negeri perlu dipertikaikan.
  • Tiris dan bocor!

TERIMA KASIH HANG TUAH JAYA

  • Terima kasih pihak Hang Tuah Jaya kerana telah membersihkan sistem perparitan di Kg Tun Razak, Bukit Katil.
  • Harap kerja pembersihan sistem perparitan ini dapat diteruskan dari masa kesemasa.
  • Pembersihan ini mungkin dapat mengurangkan risiko banjir buat sementara kepada keluarga En.Ali.
  • Sistem perparitan baru perlu disegerakan oleh pihak Hang Tuah Jaya terutamanya aliran air dari kawasan penempatan di Ozana.
  • Harap kerajaan Negeri punya solusi kekal untuk masalah banjir di kawasan Kg Tun Razak.


Tuesday, November 1, 2011

PAS ALU ALUKAN UMNO CERAMAH DI BUKIT BARU

  • Tanggal 1 Nov 2011, Selasa, Jam 8.00 mlm. PAS Melaka akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Melaka di Bukit Baru.
  • Tetamu kami Tn.Hj Mohamad Sabu dan Datuk Seri Nizar Jamaludin.
  • Sudah jadi Tradisi di Bukit Baru, kalau PAS buat ceramah , UMNO pun akan buat ceramah juga. Sebelah ceramah PAS.
  • PAS telah maklumkan pada pihak berkuasa kesannya, tapi apa polis boleh buat kalau UMNO dah menggila.!
  • Cuma saya dengar malam ni penceramah UMNO agak top juga, YB Zulkifli Nordin.
  • Negara ini Demokrasi, memang sesiapa dialu alukan untuk buat ceramah.
  • Walaupun cara UMNO itu satu provokasi tapi tetap saya alu alukan.
  • Rakyat Melaka di Jemput hadir di kedua-dua ceramah.
  • Datuk Ali boleh nilai malam ni, nak tanding Bukit Baru ke atau pindah Parlimen Tangga Batu ?