Monday, January 23, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Selamat Tahun Baru Cina , semoga kita terus teguh bertekad membuat perubahan di Malaysia. Gong Xi Fa Cai.

Saturday, January 21, 2012

PERTAM : TOLONG ATAU ALONG

  • Perbadanan Tanah adat Melayu Melaka (PERTAM).
  • Ditubuhkan dengan hasrat memajukan tanah adat Melayu.
  • Konsep Win Win kononnya. Tanah Melayu terbiar, PERTAM bangunkan.
  • PERTAM ditubuhkan untuk menolong orang.
  • Tanah Rakyat diambil. Rakyat Kaya Pertam Untung.
  • Sedap bunyinya.
  • Benarkah PERTAM itu nak tolong?
  • Atau PERTAM itu Along!

Saturday, January 14, 2012

Takziah kepada keluarga Datuk Amid Nordin


Salam takziah kepada keluarga Datuk Amid Nordin.
Mantan ADUN Telok Mas, Melaka.
Beliau juga merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dari 1999 hingga 2004.
Semoga Allah tempatkannya di kalangan yang beriman.
Al-Fatihah.

Monday, January 9, 2012

AKU PEMAIN BOLA ?

  • Aku pemain bola.
  • Minatku menjaringkan gol.
  • Aku pernah memakai jersi nombor 10.
  • Minatku satu, menjaring gol.
  • Sekali aku jaring gol sendiri, aku kata aku tersilap.
  • Bila berkali-kali aku menjaring gol sendiri, mereka gugurkan aku.
  • Jadi pemain nombor 4, pertahanan.
  • Selalu bertahan buat aku jadi lemah.
  • Orang lain sumbat gol, aku tengok je, hati aku nak sumbat gol juga.
  • Aku yang selamatkan pintu gol, tapi nombor 10 juga yang dapat nama.
  • Asyik jadi pertahanan, aku dah tak tahan.
  • Akhirnya aku kembali kepada minat aku, jaringkan gol sendiri.
  • Lagi mudah kerana aku pertahanan.
  • Aku bangga kerana aku tetap pemain bola, walaupun aku berkali kali jaringkan gol sendiri.

BANTAH PENGANTUNGAN ADAM ADLI


  • Pengantungan 3 semester kepada Adam Adli adalah tidak wajar.
  • Beliau hanya seorang pelajar.
  • Gantung 3 semester hanya kerana menurunkan bendera gambar najib, kemudian dinaikkan semula.
  • Bendera itu tak diiktiraf oleh mana-mana perlembagaan.
  • UPSI sebelum ini tidak berapa popular dikalangan generasi IPTA. Adam Adli telah memahat nama UPSI, institusi yang dilihat sebagai institusi yang dapat melahirkan pelajar yang berani.
  • Tapi sayang, UPSI melahirkan nilai sonsang, pelajar berani tapi pentadbir penakut lagi pengampu.
  • Kami sokong perjuangan anak muda ini. Moga anak aku seberani Adam. Tahniah Adam Adli!

KITA BELUM BEBAS!

  • Kita belum bebas selagi UMNO berkuasa.
  • Najib dan Mahathir jaja, mahkamah bebas kerana keadilan telah diberi kepada Anwar.
  • Benarkah Mahkamah kita bebas, kalau bebas dah berapa ramai yang patut dihukum kerana menghina mahkamah.
  • Media dan segala alam buana telah diberitakan oleh Media UMNO yang Anwar meliwat Saiful. Anwar telah bertahun diaibkan. Bolehkah kita benarkan sistem sebegini.
  • Pembebasan DS Anwar bukan membuktikan kebebasan sistem kehakiman, tetapi melambangkan kerakusan UMNO untuk menghapuskan musuh politik tanpa rasa belas.
  • Hari ini DS Anwar bebas, tugas kita seterusnya bebaskan rakyat.

Friday, January 6, 2012

901 : KENAPA AKU TAK PERGI ?


  • 901, hari Isnin, aku tak pergi kerja, aku nak pegi Mahkamah.
  • PAS Melaka akan bersama Presiden PAS dan rakyat Malaysia untuk sama-sama pergi Mahkamah.
  • Tiada masalah kalau yang pergi tu 1000 orang.
  • Tiada masalah kalau yang pergi tu 10,000 orang.
  • Masalah besar kalau yang pergi Mahkamah tu 100,000 orang.
  • Masalah besar buat UMNO !

Sunday, January 1, 2012

2012 : TAHUN SELAMATKAN MELAYU


  • 2012 Tahun yang sukar bagi rakyat Malaysia.
  • Sukar bagi rakyat menentukan benar atau salah.
  • Rakyat makin berserabut. Melayu terutamanya.
  • Orang Melayu dipersimpangan, nak pilih pakatan, dibimbangi kuasa melayu hilang, nak pilih UMNO dibimbangi duit melayu hilang.
  • Mungkin Melayu kena dengar Motivasi "Dr Azizan Osman". Kenal potensi diri supaya Melayu lebih ceria, berjaya dan kaya.
  • Melayu ada permata, tidak digilap.
  • Melayu ada harta, tidak diketahui.
  • Melayu ada budi, tidak diarah.
  • Melayu ada agama, sayang tidak difahami.
  • Bolehkan Melayu diselamatkan oleh UMNO, jujurlah dengan kuasa 54 tahun.
  • Bolehkan Melayu diselamatkan dengan PERKASA.
  • Bolehkan Melayu bangkit ceria, berjaya dan kaya dengan RASUAH.
  • 2012 adalah harapan baru buat Melayu, kekal dengan UMNO, walaupun ditipu atau beralih kepada pakatan?
  • Mampukan PAS selamatkan Melayu?
  • Tahun 2012 adalah tahun untuk menyedarkan Melayu dengan Islam.
  • Bukan mudah membawa Melayu kepangkal jalan.
  • UMNO sudah meracuni minda kita.
  • Kita juga Melayu, iaitu Melayu yang telah dibuka "Hijab".
  • 2012 adalah tahun membuka hijab Melayu kepada UMNO.
  • Supaya Melayu dapat melihat UMNO yang sebenarnya tanpa "Hijab".
  • Tahun 2012, tahun selamatkan Melayu !