Friday, February 24, 2012

JOM KE HIMPUNAN HIJAU 2.0!


  • Lynas bukan isu orang Kuantan, bukan juga masalah orang Pahang.
  • Lynas adalah malapetaka penduduk bumi.
  • Jom kita bersama nyatakan bantahan dalam himpunan Hijau di Kuantan 26hb Februari ini.
  • Ayuh ahli PAS dan Penyokong PAS Melaka, Jom kita ke Perhimpunan Hijau 2.0.
  • Selamatkan bumi!!!

TAHNIAH IMAM HOSLAN HUSSAIN!

  • Membaling kasut pada orang memang dianggap biadap.
  • Tapi ianya tidak selama lamanya biadap, terutamanya dalam menuntut keadilan.
  • Hoslan Hissain adalah bukti bahawa menuntut keadilan mesti melepasi batas kebiadaban.
  • Jiwa Hoslan Hussain adalah jiwa merdeka. Beliau imam merdeka.
  • Beliau tidak terikat dengan kepala otak penjajah. Sistem tidak memperbodohkan beliau.
  • Beliau bertindak kerana beliau merasakan beliau benar dan sistem yang ada salah, syabas.
  • Jiwa merdeka Hoslan Hussain adalah contoh melawan penguasa zalim.
  • Kalau Hakim boleh dibaling kasut, VK Linggam patut dibaling apa?
  • Hakim yang bersara dapat projek bilion ringgit patut dibaling apa?
  • Menteri yang khianat dengan Projek Jutaan Ringgit bila perlu dibaling?
  • Semoga Imam Hoslan Hussain jadi idola jiwa merdeka.
  • Jiwa yang tiada ketakutan melainkan Allah.
  • Bila lihat Imam membaling kasut pada Hakim, baru sedar bahawa aku masih dijajah!

Monday, February 20, 2012

ROBOH SURAU DI MELAKA



  • Pas Melaka kecewa kerana sebuah surau di robohkan di Ujong Pasir.
  • UMNO gagal menjaga Islam, surau dirobohkan adalah bukti kegagalan UMNO.
  • Menurut penduduk setempat di Ujong Pasir, tapak surau itu telah puluhan tahun diwakafkan.
  • Persoalannya mengapa tanah-tanah wakaf ini tidak diselenggara dengan betul dan diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang dipengerusikan Ketua Menteri.
  • Kegagalan mewartakan tanah wakaf menyebabkan tanah tersebut terjual kepada pihak ketiga.
  • Akhirnya surau yang didirikan oleh penduduk kampung di Ujong Pasir itu dirobohkan, atas alasan Pembangunan oleh pemaju.
  • JKKK, Penghulu, Wakil Rakyat dan Ketua Menteri tak dapat menyelamatkan sebuah surau.
  • MAIM dan Ketua Menteri harus bertanggungjawab.


Gambar surau sebelum dirobohkan.

WIRANITA vs WATALA

  • Ultra Melayu, Perkasa menubuhkan wiranita. Cabang sayap wanita dalam Perkasa.
  • Ianya dirasmikan oleh Datin Sri Rosmah Mansor. Pentas perasmian itu juga digunakan oleh Rosmah untuk menjawab segala persoalan tentang pemborosan beliau.
  • Rosmah percaya pada Ibrahim Ali, semua yang beliau cakap akan ditelan bulat bulat oleh wiranita?
  • Perkasa dan UMNO serupa. Begitu juga wiranita dan wanita UMNO.
  • Ibrahim Ali cepat menangkap. Bila melihat wanita UMNO tidak terbela, lembu lebih dibela, maka Ibrahim Ali cepat membuka pintu wiranita kepada wanita UMNO. Wanita yang tak suka dengan lembu dan bau lembu. Wanita yang sudah bosan dengan Sharizad.
  • Tindakan Ibrahim akan menyebabkan wanita berpecah, walaupun disatu sudut ianya ditafsirkan sebagai berkembang.
  • Sharizad pasti bingkas menghalang wanita diperalat Perkasa. Sharizad akan gunakan Watala (Wanita Tahan Lasak).
  • Kita akan lihat Pertembungan Wiranita dan Watala. Rosmah berpihak ke Wiranita. Sharizad dan Puan Sri Norainee (Isteri Muhyiddin) berpihak pada Watala.
  • Wiranita adalah lambang kehilangan keyakinan Rosmah pada Shahrizad !