Tuesday, March 20, 2012

DEBAT


  • Semalam banyak SMS dan persoalan orang ramai pada saya bahawa benarkah saya akan berdebat dengan Datuk Ali Rustam pada 15 April 2012 di MITC?
  • Sebelum saya nyatakan pendirian, maka kita harus melihat senario semasa politik di Melaka.
  • Terutamanya majlis-majlis ceramah. Ceramah PR hari ini dimeriahkan lagi dengan ceramah BN disebelah.
  • Pembesar suara BN dihalakan pada pentas PR, pembesar suara PR dihalakan pada pentas BN. Kita semua ceramah serentak. Kadang-kadang penceramah jadi "loktang@sawan".
  • Unsur-unsur provokasi juga pasti merisaukan pasukan keselamatan. Persoalannya sampai bila rakyat boleh bersabar tak kira PR atau BN.
  • Jalan terbaik, kita bercakap satu pembesar suara, satu pentas dan satu Malaysia boleh dengar. Kita berdebat!
  • Ada anak anak muda yang sudah buat banner dan siarkan dalam FB tentang debat 15 April 2012, tentang Pembangunan atau pemborosan Melaka?.
  • Jawapan saya tentang 15 April, saya tunggu respond Datuk Ali, saya secara peribadi bersedia Debat pada 15 April 2012.
  • Debat bukan mencari menang atau kalah. Membina minda kelas pertama generasi Melaka adalah keutamaan kita. Jom Debat!

Thursday, March 15, 2012

Salam Takziah kepada keluarga Dr Abdul Halim



Takziah kepada keluarga Dr Abdul Halim B Hj Ramli (mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka) atas pemergian isterinya, Dr Rosnah ke rahmatullah pada jam 3.00 pagi tadi akibat kanser.

Dr Abdul Halim B Hj Ramli telah bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-10 dan ke-11.

Beliau bertanding di N.24 DUN Serkam pada 1999 menentang calon daripada Barisan Nasional iaitu Ahmad Bin Hamzah. Pada tahun 2004 pula beliau bertanding menentang calon Barisan Nasional iaitu Datuk Wira Amid Bin Nordin di DUN Telok Mas.

Beliau merupakan seorang doktor.

Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan.

[admin]

Monday, March 5, 2012

MINTA MAAF TAPI TAK BERUBAH

  • Najib minta maaf bagi pihak BN, tapi perangai tak berubah.
  • Muhyiddin menzahirkan bahawa maaf Najib itu palsu, "maaf kerana BN membawa pembangunan", perli untuk rakyat.
  • Maaf BN kerana alpa dengan amanah tak boleh dimaafkan.
  • BN perlu diberi pengajaran, pengajaran terbaik untuk Najib dan BN adalah kehilangan kuasa.
  • Baru ada kesedaran bagi mereka, itupun kalau mereka mau sedar!
  • Rakyat boleh terima maaf BN, tapi memberikan pengajaran adalah keutamaan untuk masa depan Malaysia.
  • BN tidak belajar apa-apa dari PRU12, BN angkuh dan sombong.
  • Minta maaf adalah baik tapi tidak berubah adalah buruk bagi BN.
  • BN akan berubah tapi selepas ditewaskan dalam PRU13. Rakyat pasti memberi pengajaran itu, Insyaallah.