Thursday, May 17, 2012

TAKZIAH

  • Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Hj Yusof Enjah.
  • Beliau merupakan antara nama yang mengasaskan PAS Melaka.
  • Jasa dan pengorbanan beliau tetap dikenang.
  • Al Fatihah.

Wednesday, May 9, 2012

BERSIAP UNTUK PERANG!

  • Perang Pilihanraya kali ini kita berdepan dengan APCO.
  • Strateginya tersusun. Tiada halal haram, janji menang!
  • Bermula dengan bantuan RM100 untuk anak anak sekolah.
  • Pelajar IPT dapat baucer RM200.
  • Lepas tu digula gula rakyat dengan BRIM, RM500 lagi.
  • Disusun dengan Felda, durian runtuh RM15,000. Tersandar orang felda Bukit Senggeh walaupun hutang mereka pada felda ada RM45000 lagi. 
  • Kakitangan ditambah 2 setengah bulan bonus.
  • Disusuli dengan himpunan satu juta belia. Dipanggil semula peserta PLKN, guna 6T (Topi, T Shirt, Tapau,Transport, Token, ......)
  • Kemuncaknya adalah sambutan 66 tahun, bendera ditegakkan satu Malaysia.
  • Naik bendera, gerakkan jentera, sumbat mulut rakyat sebab 66 tahun UMNO atau sebab nak pilihanraya?
  • Tipudaya daftar Pemilih, Media Penghasut, Politik Kotor Seks, Harta Awan Harta UMNO, semua tipu muslihat APCO ini sedang digunakan UMNO.
  • Siapakah dapat mengalahkan perancangan mereka?

Wednesday, May 2, 2012

BERSIH BUAT BN RETAK

  • Ketua wanita MCA Melaka menyertai Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Melaka.
  • Datuk Ali Rustam arahkan beliau letak jawatan.
  • Datuk Ali sudah jadi Presiden MCA nampaknya.
  • Bersih 3.0 bukan sahaja boleh meretakkan cermin kereta, bila polis melepaskan tembakan Gas!
  • Bersih 3.0 juga akan meretakkan BN.
  • Tiada Parti Politik akan selamat kalau tuntutan Bersih 3.0 tidak dilaksanakan, termasuk UMNO!

Bersih 3.0 Baru Bemula !

  • 28 April 2012 adalah permulaan Bersih 3.0.
  • Tuntutan membersihkan pilihanraya di Malaysia.
  • Ratusan ribu yang hadir hanya mewakili sebahagian rakyat Malaysia.
  • Masih ramai lagi yang tak berkesempatan hadir.
  • Bersih 3.0 adalah permulaan kepada hasrat rakyat menuntut perubahan.
  • Kerajaan telah diberikan isyarat dari rakyat.
  • Mereka mungkin faham atau buat buat tak faham.
  • Bersih 3.0 adalah permulaan rakyat bermain dengan angka ratusan ribu.
  • Kalau UMNO merasakan Bersih 3.0 belum cukup bising untuk menyedarkan tidur mereka, apa pilihan rakyat ?
  • Pulihkan demokrasi atau kita terus menambah angka Bersih kepada 4.0.