Wednesday, June 27, 2012

HIJAUKAN MELAKA!

  • Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka telahpun berlalu.
  • Terima kasih kepada semua penyokong dan rakyat Melaka yang menjayakan himpunan ini.
  • Terima kasih juga kepada semua pimpinan PR dan NGO yang hadir.
  • Hijau sesuai untuk PAS, ianya tidak sesuai buat UMNO.
  • Ribuan yang hadir harus terus berusaha mendekati rakyat.
  • Perubahan menuntut kita terus bergerak menyebarkan maklumat.
  • Maklumat tentang kejayaan PR dan kegagalan BN.
  • Maklumat adalah ilmu, bodoh boleh menjadi cerdik,
  • Penyokong BN boleh menyokong PR,
  • Karat boleh bersinar,
  • Biru boleh menjadi Hijau.
  • Teruskan menyampaikan maklumat sehingga Melaka dapat kita Hijaukan!

Thursday, June 14, 2012

HIMPUNAN HIJAU MELAKA DI STADIUM HANG TUAH!

  • Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012.
  • Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS adalah tetamu utama di program tersebut.
  • Disamping itu PAS turut menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat Negeri bagi memeriahkan lagi program tersebut.
  • Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Disamping itu Sdr Zulkifli Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia turut hadir.
  • PAS hari ini akan membuat permohonan secara rasmi bagi menggunakan Stadium Hang Tuah bagi menjayakan program tersebut.
  • PAS Melaka mengharapkan agar permohonan PAS negeri bagi menggunakan stadium bagi tujuan Himpunan Hijau ini diluluskan.
  • Tema Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka adalah "Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau".
  • Rakyat Negeri Melaka dijemput keprogram tersebut bermula jam 9.00 mlm. dengan berpakaian hijau.

Tuesday, June 5, 2012

BILA TUN BERSUARA

  • Tun Mahathir kembali lantang.
  • Setiap isu negara terpaksa beliau ulas.
  • Ulasan beliau mendahului PM dan TPM.
  • Bersih 3.0. Beliau komen sebagai usaha jatuhkan kerajaan, Najib pun sokong dan guna ayat yang sama.
  • Himpunan Hijau pun komen.
  • Projek IC beliau terpaksa bersuara. 
  • Mahathir kembali menjadi lawan utama DSAI.
  • Mahathir kembali salahkan Pak Lah. Tapi Pak Lah terus pencen.
  • Mahathir sebenarnya sudah hilang kepercayaan pada Najib.
  • Najib dilihat lambat dan gagal berdepan dengan PR.
  • Mungkin lebih baik Najib bayar puluhan juta pada Tun Mahathir dari bayar pada APCO.
  • Kalau Tun Mahathir sudah lantang, itu tandanya beliau sudah rasa tak selamat.
  • Kalau Tun Mahathir tak rasa selamat, Najib juga tidak selamat. Rosmah pun tak selamat.
  • Mungkin Muhyiddin akan selamat?