Friday, February 15, 2013

ISU KALIMAH ALLAH : UMNO KITAR SEMULA PENYOKONG MEREKA

  • Strategi baru UMNO adalah kitar semula bekas ahli PAS yang menyokong UMNO.
  • Mereka lakukan di Kelantan, Trengganu dan semalam di Negeri Sembilan, hari ini dijangkakan di Melaka.
  • Mana mana ahli PAS yang sudah bertahun tahun berpaling tadah kepada UMNO akan dikerahkan memegang bendera PAS, memegang sepanduk membenci YAB Lim Guan Eng dalam isu Kalimah Allah.
  • Di Melaka mereka dijangka berhimpun di Masjid Selat hari ini.
  • Saya sudah dapat menjangkakan muka siapa yang akan datang.
  • Tujuan mereka tidak lain untuk mendapat simpati dikalangan masyarakat Islam kononnya PAS sudah tergelincir dari landasan perjuangan.
  • Mereka juga dijangka bertindak keatas lambang DAP dan YAB Lim Guan Eng semata-mata untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada DAP sekaligus kebencian kepada PR.
  • UMNO sebenarnya sudah tiada nilai lagi. Mereka terpaksa mengerah penyokong mereka memegang bendera PAS untuk mendapat kepercayaan rakyat.
  • Ini sekaligus memberi isyarat bahawa mereka yang memegang bendera UMNO atau BN sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat.
  • PAS Melaka tetap teguh berpegang kepada keyataan Majlis Syura Ulama dan  YB Presiden PAS dalam isu Kalimah Allah.
  • PAS Melaka juga mengutuk tindakan UMNO yang cuba mempermainkan kalimah Allah semata-mata untuk mendapatkan laba politik menjelang PRU13.