- YAB Sdr Lim Guan Eng menamakan anak muda Dyana Sofya sebagai calon DAP Parlimen Telok Intan.
- Tamparan paling hebat buat BN terutamanya UMNO.
- Mengikut komposisi kaum Telok Intan terbahagi kepada 42% Cina, 38% Melayu selebihnya masyarakat India dan lain lain.
- Meletakkan calon berbangsa Melayu dikawasan majoriti Cina adalah agak asing buat BN, tetapi DAP mampu melakukannya.
- UMNO yang menjadi tunjang BN pun tak mampu melakukannya, walaupun mereka sedar peluang calon dari Gerakan untuk menang semakin malap.
- BN sebenarnya sudah tidak punya upaya melawan seperti zaman Mahathir. Bukit Gelugor BN tewas sebelum berlawan.
- BN tidak sedia kalah dan sudah malas berlawan untuk kalah seperti dikerusi Bukit Gelugor.
- Telok Intan juga memberi tamparan hebat buat BN.
- DAP memecah tembok perkauman, sedangkan BN masih ditakuk lama.
- Bukan setakat itu, calon remaja DAP menunjukkan parti itu membuka ruang seluas luasnya kepada orang muda.
- Syabas buat DAP dan tahniah buat Dyana Sofya. Tekad beliau memecah tembok politik perkauman terus menjadi aspirasi rakyat Malaysia.
- Di Malaysia, sekiranya tembok perkauman itu runtuh, UMNO turut runtuh!
Saturday, May 17, 2014
PRK TELOK INTAN RUNTUHKAN TEMBOK PERKAUMAN
Wednesday, November 27, 2013
APAKAH MELAKA MILIK KRONI?
Anatara kontraktor yang berjaya di Melaka adalah AGIB Holding, Khabarnya dimiliki oleh orang Sabah yang bernana Datuk Abdul Ghafaar Ibrahim. Persoalan yang timbul adalah sering ada rungutan dan ketidakpuasan dalam projek yang dijayakan AGIB. Disini aku senaraikan sebahagian projek dianugerahkan kepada AGIB dan persoalan yang paling penting adakah ianya memberi keuntungan kepada rakayat Melaka?
- Melaka digital Mall
- Projek Bunded Storage (Syarikat Air Melaka Berhad).
- Projek Extreme Park di Chincin.
- Projek Kereta Kabel ?
- Projek Perumahan Mewah Sultanate di Ayer Keroh
Saturday, May 18, 2013
CELAKA KERANA MENANGKAP ADAM ADLI!
- Kenapa anak muda seperti Adam Adli perlu ditangkap?
- Katanya beliau ditangkap dibawah akta hasutan.
- Beliau menghasut rakyat agar berhimpun kerana tidak setuju dengan pru13. Tidak setuju kerana penipuan, ketidakadilan.
- Bukankah apa yang diungkapkan Adam adalah benar!
- Bukan Adam sahaja yang tidak setuju, tapi jutaan orang lagi yang tidak setuju!
- Adam menyuarakan dalam bentuk berhimpun, orang lain menyuarakan dalam pelbagai bentuk!
- Ada yang menyuarakan tidak puas hati dengan keputusan PRU13 dengan meminta rakyat berhimpun dan memanggang kambing!
- Akta Hasutan tidak boleh digunakan sekiranya isu yang dibangkitkan oleh individu tersebut adalah benar dan munasabah! Dalam hal ini isu yang dibangkitkan Adam adalah relevan, berhubung dengan ketidakpuasan rakyat kepada sistem pilihanraya.
- Suasana hari ini sudah berubah, UMNO harus menerima hakikat bahawa mereka adalah kerajaan minoriti yang memimpin golongan majoriti yang tidak berpuashati dengan sistem yang ada.
- Mereka boleh bertindak, tapi rakyat juga boleh bertindak!
- Hak berhimpun adalah hak rakyat!
- Penangkapan keatas Adam Adli adalah dikutuk!
- Mereka yang mengarahkan penangkapan itu adalah individu yang takut kepada bayang bayang sendiri!
Tuesday, March 19, 2013
KENYATAAN MEDIA : ISU PENGGUNAAN WANG ZAKAT MELAKA
- Pada 13 Mac 2013 saya telah mendapat sepucuk surat berdaftar daripada pihak Rosfinah & Co. yang beralamat di No.15 Jalan Cengal, Taman Merdeka, Batu Berendam Melaka. Rosfinah & Co. yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka telah membuat writ saman beserta tuntutan kepada 3 penama yang berjawatan seperti berikut :
- Hj Adly bin Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka)
- Sdr Jauhar b Mohamad Dawi (Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil)
- Sdr Mohd Mokhtar b Ruzaidi (Harakahdaily)
- Sehubungan dengan itu maka saya mengambil ketetapan berikut :-
- Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk saya meminta maaf atau menarik balik sebarang kenyataan.
- Akan terus membongkar segala salah urus kerajaan yang dipimpin UMNO dan Barisan Nasional supaya ianya dapat dinilai oleh rakyat Negeri Melaka.
- Tidak akan membuat sebarang bayaran keatas tuntutan RM100,000,000.00
- Saya bersedia untuk berdepan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merupakan Ketua Menteri dan pengerusi MAIM di mahkamah.
- Saya juga ingin tegaskan bahawa isu yang saya bangkitkan adalah isu berkepentingan ramai yang menyentuh tentang bagaimana Dana Awam telah disalah urus sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Audit sendiri. Saya percaya sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka dan sebagai anak jati Melaka saya mempunyai tanggungjawab dari segi agama, moral, politik dan undang-undang bagi membangkitkan isu penyalahgunaan wang rakyat dan sebagai timbal balas rakyat negeri ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui dan mengambil maklum terhadap isu tersebut.
- Sayugia saya sampaikan mesej khusus ini kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa beliau tersilap sekiranya merasakan bahawa saya akan takut dan gentar untuk terus membongkar salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dengan writ saman ini.
- Saya cukup berkeyakinan bahawa writ saman ini dikeluarkan menjelang tibanya pilihanraya umum yang ke 13, tidak lain bagi menyekat kemaraan dan pengaruh PAS dan rakan rakan Pakatan Rakyat di negeri Melaka ini.
- Saya ingin tegaskan bahawa saya akan terus yakin dan istiqamah untuk membongkar segala salah urus ini, sehingga cita-cita rakyat Melaka untuk mendapat kepimpinan yang adil dan amanah tercapai.
- Saya juga telah mendapatkan khidmat Peguam Pas, Sdr Mohamed Hanipa Maidin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates bagi mewakili saya di mahkamah nanti.
Adly b Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka
19 Mac 2013
7 Jamadilawal 1434H
7 Jamadilawal 1434H
Friday, March 8, 2013
SAMSENG / KETUA MENTERI/ POLIS/ RAKYAT BANGKIT
SAMSENG
- Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Katil diganggu lagi.
- Yang mengganggu sudah pasti seteru politik yang merasakan kuasa mereka tergugat iaitu UMNO.
- Di Melaka, UMNO di ketuai oleh Datuk Seri Ali Rustam.
- Dua hari lepas pada 5hb. ditempat yang sama, dikala PAS mengadakan ceramah sempena menyambut konvoi Negara Berkebajikan, kejadian tolak menolak telah berlaku, tapi tidak melibatkan kecederaan.
- Dan semalam 7hb. Ceramah DSAI terus diganggu. Kali ini UMNO datang dengan penuh persediaaan.
- Botol, kayu, batu jadi alat untuk mengganggu ceramah PR.
- Kerosakan kenderaan, kecederaan pengawal peribadi DSAI dan kecederaan 2 orang awam yang hadir mendengar ceramah adalah natijah dari budaya samseng UMNO.
- Mereka bertindak dengan arahan ketua.
- Rakyat Melaka cukup malang kerana Ketua Menteri mereka separuh matang, dia Ketua Menteri UMNO bukan Ketua Menteri Melaka.
- Ceramah sebelah menyebelah ini sudah menjadi budaya UMNO Melaka semenjak 1999 lagi. Semenjak Ali Rustam mula jadi ketua.
- Mereka sangka dengan cara itu, ceramah kita akan dapat diganggu dan digagalkan.
- Sangkaan Ali Rustam silap, kerana program ceramah PR semakin mendapat sambutan pelbagai kaum, rakyat semakin berani dan mereka mahu bangkit membuat perubahan.
- Rakyat Melaka yang hadir dalam program malam tadi dapat melihat sendiri perangai dan tindakan UMNO.
- Oleh itu budaya samseng ini patut dikecam, Ali Rustam harus dipertanggungjawabkan. Keamanan boleh dicapai sekiranya Ketua Menteri bersikap profesional dan matang.
- Yang rosak adalah harta benda rakyat dan yang berdarah adalah kepala dan muka rakyat.
- Buat pasukan keselamatan, saya tuntut ketegasan bertindak pada mereka yang samseng dan ganas.
- Bawa ke muka pengadilan mereka yang ditangkap.
- Samseng berani bertindak kerana setiap kali tangkapan dibuat tetapi tiada hasilnya.
- Contohnya seperti keganasan di Jasin lalu, ada yang ditangkap tapi apa kesudahannya.
- Begitu juga dengan peristiwa malam tadi, dakwa mereka yang mengatasi undang-undang, barulah undang-undang dikira berdaulat.
- Jangan sampai kehilangan nyawa baru nak bertindak! Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur!
- Buat penyokong PR dan rakyat amnya, kita harus perkuatkan tekad untuk tumbagkan BN.
- Bumi ini cerah dan jangan biarkan ia digelapkan oleh UMNO.
- Terus bangkit dan berusaha menyedarkan rakyat dan mengajak mereka melakukan perubahan.
- Yakinlah bahawa bumi ini dalah untuk mereka yang menegakkan keadilan dan kebenaran.
- Pemerintah yang tidak amanah, rasuah, zalim, sombong dan bongkak akan kecundang, Insya Allah.
Friday, February 15, 2013
ISU KALIMAH ALLAH : UMNO KITAR SEMULA PENYOKONG MEREKA
- Strategi baru UMNO adalah kitar semula bekas ahli PAS yang menyokong UMNO.
- Mereka lakukan di Kelantan, Trengganu dan semalam di Negeri Sembilan, hari ini dijangkakan di Melaka.
- Mana mana ahli PAS yang sudah bertahun tahun berpaling tadah kepada UMNO akan dikerahkan memegang bendera PAS, memegang sepanduk membenci YAB Lim Guan Eng dalam isu Kalimah Allah.
- Di Melaka mereka dijangka berhimpun di Masjid Selat hari ini.
- Saya sudah dapat menjangkakan muka siapa yang akan datang.
- Tujuan mereka tidak lain untuk mendapat simpati dikalangan masyarakat Islam kononnya PAS sudah tergelincir dari landasan perjuangan.
- Mereka juga dijangka bertindak keatas lambang DAP dan YAB Lim Guan Eng semata-mata untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada DAP sekaligus kebencian kepada PR.
- UMNO sebenarnya sudah tiada nilai lagi. Mereka terpaksa mengerah penyokong mereka memegang bendera PAS untuk mendapat kepercayaan rakyat.
- Ini sekaligus memberi isyarat bahawa mereka yang memegang bendera UMNO atau BN sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat.
- PAS Melaka tetap teguh berpegang kepada keyataan Majlis Syura Ulama dan YB Presiden PAS dalam isu Kalimah Allah.
- PAS Melaka juga mengutuk tindakan UMNO yang cuba mempermainkan kalimah Allah semata-mata untuk mendapatkan laba politik menjelang PRU13.
Friday, February 8, 2013
Saturday, January 26, 2013
BUANG SEPARUH KAKITANGAN AWAM :KENYATAAN ALI FITNAH PR!
- Kenyataan Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.
- Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan dihadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.
- "Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia" antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.
- PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam.
- Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan mereka mengatakan "apa yang dia merepek tu".
Wednesday, January 16, 2013
Wednesday, December 12, 2012
DANA PALESTIN : DATUK ALI DIMINTA BERI PENJELASAN
- Merujuk kepada Laporan Audit 2010, kerajaan Negeri Melaka telah mewujudkan akaun Amanah Tabung Kemanusiaan Palestin pada 2009.
- Jabatan audit negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.
- Namun Jabatan audit menemui bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011 (tarikh audit dilakukan).
- Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan berikut :-
- Pertama : Bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin.?
- Kedua : Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama?
- Penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.
Thursday, December 6, 2012
PERUBAHAN TEMPAT HKR MELAKA
- Sekretariat Pakatan Melaka telah memutuskan untuk memindahkan tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka dari Bukit Palah ke Lorong Pandan, Melaka.
- Mengelakkan pertembungan rakyat adalah lebih penting dari melayan provokasi murahan Ali Rustam.
- Tuan tanah di Bukit Palah hanya mampu bertahan 3 hari.
- Biarkan Ali Rustam seorang sahaja menggila, jangan sampai rakyat menggila.
- Jayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8hb Disember 2012, di Lorong Pandan Melaka.
Tuesday, December 4, 2012
ALI RUSTAM BACUL!
- Tindakan Ali Rustam mengarahkan JKKK membuat karnival disebelah tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8hb Disember 2012, di Bukit Palah, Melaka adalah satu tindakan bacul.
- Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan dikalangan rakyat, UMNO akar umbi pun resah.
- Sudahlah permintaan pakatan untuk mendapatkan tempat awam seperti Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah tidak dilayan, kawasan yang dipersetujui pakatan iaitu tanah persendirian di kejar oleh Ali Rustam.
- Mungkin pada pandangan Ali bahawa kerja buat mengganggu ceramah pembangkang semenjak 1999 itu mendatang kemenangan kepada UMNO Melaka.
- Sekarang ini tahun 2012 dah nak masuk 2013. Media baru boleh menceritakan perangai buruk Ali ini.
- Apakah Ali berhajat rakyat "bertembung" 8hb. ini?
- Pakatan Melaka menyeru rakyat Melaka memberi mesej jelas kepada Ali Rustam pada 8hb. ini, ayuh orang melaka, hentikan politik dengki dan busuk hati.
- Jom kita berhimpun pada 8hb. ini di Bukit Palah Melaka. Gelombang ribuan rakyat sahaja yang boleh menghentikan sombong dan bongkak politik Ali Rustam.
Saturday, October 27, 2012
Friday, September 7, 2012
PIJAK KERANA KORUP
- Tun Mahathir menyatakan bahawa anak-anak muda memijak gambar Najib kerana kerajaan beliau lemah.
- Itu tidak benar!
- Anak muda memijak gambar Najib adalah manifestasi dari kebencian anak muda kepada kerajaan yang menyalahgunakan kuasa, melayan rakyat secara "double standard".
- Anak muda tak dapat menyembunyikan kemarahan mereka.
- Anak muda bukan sekadar bencikan Najib, mereka bencikan BN!
- Anak mudah sudah bosan dengan politik perkauman BN!
- Kerajaan Pak Lah juga lemah tapi tidak sampai gambarnya dipijak.
- Anak muda mahukan pembaharuan, harapan mereka pada Najib sudah berkecai, gambar Najib sudah dipijak....
- Akan ada reaksi balas, gambar pemimpin PR juga dipijak dan akan terus dipijak?
- Cuma gambar yang dipijak itu tahu, kaki yang memijak itu "ikhlas" atau "dibayar"?
Wednesday, September 5, 2012
POLITIK SAMSENG
- Dua hari lepas, banyak baner dan bendera PAS di rosakkan di Melaka.
- Kain rentang dikoyakkan dan bendera di bakar.
- Kawasan yang terlibat adalah di Parlimen Masjid Tanah dan Alor Gajah.
- Sebulan lalu perkara yang sama berlaku di Bukit Katil dan Tangga Batu.
- Kain rentang yang dikoyakkan hanyalah sekadar mengucapkan ucapan Aidilfitri dan kemerdekaan yang ke 55.
- Itu pun ada yang panas melihatknya.
- Mungkin tindakan itu hasil dari reaksi "sekatan politik" yang disuarakan Datuk Seri Najib?
- Tiga laporan polis dibuat di Masjid Tanah.
- PAS berharap pasukan keselamatan mengambil berat isu ini sebelum terlambat.
- Jangan sampai rakyat tak percaya pada undang-undang.
- Kepada yang bersifat samseng, perlu diingatkan bahawa rakyat pun boleh jadi samseng!
Subscribe to:
Posts (Atom)