Tuesday, March 19, 2013

KENYATAAN MEDIA : ISU PENGGUNAAN WANG ZAKAT MELAKA

  • Pada 13 Mac 2013 saya telah mendapat sepucuk surat berdaftar daripada pihak Rosfinah & Co. yang beralamat di No.15 Jalan Cengal, Taman Merdeka, Batu Berendam Melaka. Rosfinah & Co. yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka telah membuat writ saman beserta tuntutan kepada 3 penama yang berjawatan seperti berikut :
    1.  Hj Adly bin Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka)
    2. Sdr Jauhar b Mohamad Dawi (Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil)
    3. Sdr Mohd Mokhtar b Ruzaidi (Harakahdaily) 
  •  Sehubungan dengan itu maka saya mengambil ketetapan berikut :- 
    1. Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk saya meminta maaf atau menarik balik sebarang kenyataan. 
    2. Akan terus membongkar segala salah urus kerajaan yang dipimpin UMNO dan Barisan Nasional supaya ianya dapat dinilai oleh rakyat Negeri Melaka.
    3. Tidak akan membuat sebarang bayaran keatas tuntutan RM100,000,000.00
    4. Saya bersedia untuk berdepan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merupakan Ketua Menteri dan pengerusi MAIM di mahkamah. 
  • Saya juga ingin tegaskan bahawa isu yang saya bangkitkan adalah isu berkepentingan ramai yang menyentuh tentang bagaimana Dana Awam telah disalah urus sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Audit sendiri. Saya percaya sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka dan sebagai anak jati Melaka saya mempunyai tanggungjawab dari segi agama, moral, politik dan undang-undang bagi membangkitkan isu penyalahgunaan wang rakyat dan sebagai timbal balas rakyat negeri ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui dan mengambil maklum terhadap isu tersebut.
  • Sayugia saya sampaikan mesej khusus ini kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa beliau tersilap sekiranya merasakan bahawa saya akan takut dan gentar untuk terus membongkar salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dengan writ saman ini.
  • Saya cukup berkeyakinan bahawa writ saman ini dikeluarkan menjelang tibanya pilihanraya umum yang ke 13, tidak lain bagi menyekat kemaraan dan pengaruh PAS dan rakan rakan Pakatan Rakyat di negeri Melaka ini. 
  • Saya ingin tegaskan bahawa saya akan terus yakin dan istiqamah untuk membongkar segala salah urus ini, sehingga cita-cita rakyat Melaka untuk mendapat kepimpinan yang adil dan amanah tercapai.
  • Saya juga telah mendapatkan khidmat Peguam Pas, Sdr Mohamed Hanipa Maidin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates bagi mewakili saya di mahkamah nanti. 

Adly b Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka
19 Mac 2013
7 Jamadilawal 1434H

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...


Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Adik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2... Tapi takpa.. Jangan risau, mereka tetap akan undi Pakatan Rakyat ( Pesan awal2 kat mereka. Kita tiada pilihan )... Undi adalah rahsia.. Kita tentukan..


Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6