Saturday, May 18, 2013

CELAKA KERANA MENANGKAP ADAM ADLI!

  • Kenapa anak muda seperti Adam Adli perlu ditangkap?
  • Katanya beliau ditangkap dibawah akta hasutan.
  • Beliau menghasut rakyat agar berhimpun kerana tidak setuju dengan pru13. Tidak setuju kerana penipuan, ketidakadilan.
  • Bukankah apa yang diungkapkan Adam adalah benar!
  • Bukan Adam sahaja yang tidak setuju, tapi jutaan orang lagi yang tidak setuju!
  • Adam menyuarakan dalam bentuk berhimpun, orang lain menyuarakan dalam pelbagai bentuk!
  • Ada yang menyuarakan tidak puas hati dengan keputusan PRU13 dengan meminta rakyat berhimpun dan memanggang kambing!
  • Akta Hasutan tidak boleh digunakan sekiranya isu yang dibangkitkan oleh individu tersebut adalah benar dan munasabah! Dalam hal ini isu yang dibangkitkan Adam adalah relevan, berhubung dengan ketidakpuasan rakyat kepada sistem pilihanraya.
  • Suasana hari ini sudah berubah, UMNO harus menerima hakikat bahawa mereka adalah kerajaan minoriti yang memimpin golongan majoriti yang tidak berpuashati dengan sistem yang ada.
  • Mereka boleh bertindak, tapi rakyat juga boleh bertindak!
  • Hak berhimpun adalah hak rakyat!
  • Penangkapan keatas Adam Adli adalah dikutuk!
  • Mereka yang mengarahkan penangkapan itu adalah individu yang takut kepada bayang bayang sendiri!

No comments: