- Tindakan sebuah NGO yang dinamakan Jerit begitu mendapat perhatian. Ketua Polis pun turut memberi komen. Tindakan KPN mengaitkan Jerit dengan demontrasi jalanan adalah sesuatu yang terpesong. Jerit lebih dilihat melakukan kempen jalanan bukan demontrasi jalanan.
- Isu yang dibawa Jerit juga adalah isu yang tepat dan bersifat semasa. Bukan sekadar ISA malah Jerit juga membawa isu berkaitan dengan gaji minima, penswastaan hospital dan sekolah.
- Kempen Jerit dilihat cukup menarik. Mengayuh basikal dari satu negeri ke satu negeri. Menghantar memorandum kepada pemimpim-pemimpin negeri. Bagaimana mungkin KPN boleh mengaitkan kerja ini sebagai demonstrasi jalanan yang tiada permit.
- Mat rempit yang ada lesen pun tak dapat diselesaikan oleh KPN apatah lagi jenayah yang berlaku dalam Negara.
- Tiada salahnya juga membawa anak-anak menjerit sama. Kesedaran anak-anak tentang perkara yang diperjuangkan Jerit juga adalah sesuatu yang positif. Apa salahnya anak-anak disedarkan dengan ISA, gaji minima, penswastaan hospital dan sekolah dan lain-lain isu sosial. Ini sudah barang pasti mematangkan anak-anak.
- Kalau anak-anak dididik agar membenci dadah, anak-anak juga harus dididik agar membenci rasuah dan pemimpin rasuah. Tindakan jerit bukan melahirkan anak-anak yang berjiwa pemberontak sebaliknya tindakan itu mempercepatkan proses kematangan anak-anak tentang senario yang berlaku dalam negara.
- Hari ini perjuangan jerit mungkin dihalang oleh pihak keselamatan. Namun saya berharap, selepas PRU13, kayuhan jerit akan diiringi oleh Polis Trafik. Tahniah buat Jerit dan anak-anak Jerit. Teruskan menjerit !
Tuesday, December 23, 2008
JERIT- TERUSKAN MENJERIT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment