Monday, March 2, 2009

CALON KETUA PEMUDA UMNO

  • Datuk Mukhriz
  • Aman Malaysia menjadi tunjang kempen Datuk Mukhriz bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Bagi Mukhriz, kalau pemuda umno boleh sokong Palestin maka mereka juga boleh sokong aku. Palestin jadi tapak untuk Mukhriz berkempen. Tapi politik diMalaysia lebih gawat dari berita Palestin. Ruangan untuk Palestin makin hari makin pudar. Berita tentang Mukhriz juga turut pudar. Mukhriz yang popular asalnya, makin tertinggal. Jantan Mukhriz tak berapa nampak. Hujah bapanya dalam blog Chedet juga sudah tidak menyengat. Gaza menangis, Mukhris turut menangis, peluang beliau tipis.
  • Khairy
  • Menggunakan jambatan sedia ada selaku Naib Ketua Pemuda UMNO untuk berkempen. Laluan beliau dilihat mudah. Dengan pengaruh kuasa tanpa tanggungjawab ditingkat 4, Khairy dilihat lebih cerah berbanding Mukhriz. Walaupun pencalonan Khairy dibelakang Mukhriz, tapi bisik-bisik pemuda UMNO, Khairy tetap didepan. Senjata Khairy pelbagai, kadangkala jantannya terbukti tapi tidak sejantan Khir Toyo.

  • DS Khir Toyo
  • Peringkat awal kempen DS Khir Toyo agak kebelakang. Dilihat tua dan tidak berjiwa muda. Putera umno sebaya anaknya. Agak susah nak memulakan kempen. Kuasa yang ada amat terbatas. Negeri pula dah tumbang. Hari ini DS Khir Toyo dilihat makin dekat dengan jawatan ketua pemuda umno. Banyak isu DS Khir mendapat liputan media UMNO. MB selangor dan Karpal Singh menjadi subjek kempen Khir Toyo. Pemuda UMNO melihat Khir Toyo betul-betul jantan. Khir Toyo sudah semakin dekat untuk duduk dikerusi Ketua Pemuda.

  • Cuma tinggal 21 hari saja lagi untuk Mukhriz dan Khairy memintas Khir Toyo. Undang-undang jatuh no.2, jantan UMNO no.1. Baru boleh menang.
  • Bagi UMNO jantan no.2, wang no.1. Kalau jantan tapi tiada wang tidak ada nilai juga. Lebih baik betina tapi ada wang. Khir Toyo adalah jantan dan ada wang. Khairy agak kurang jantan dan ada wang. Mukhriz adalah kurang jantan dan kurang wang. Pemuda UMNO perlukan ketua yang banyak jantan dan banyak wang.

No comments: