Wednesday, March 18, 2009

SPRM SIASAT LEMBAGA DISPLIN UMNO

  • Saya sukar nak setuju dengan UMNO. Tapi untuk kes Lembaga Displin saya setuju.
  • Kenyataan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Ghafaar Atan bahawa tindakan Lembaga Displin tidak adil ada benarnya.
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan juga mempertikaikan keputusan tersebut yang disifatkan berat sebelah.''Ada pihak melakukan kesalahan yang sama tetapi sekadar diberikan amaran tetapi bagi Mohd. Ali pula beliau dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden," katanya.
  • Bendahari UMNO Bahagian Bukit Katil, Datuk Akbar Ali berkata, pada masa ini kewibawaan, integriti, ketelusan, keadilan dan kemampuan Lembaga Disiplin parti boleh dipertikaikan. ''Keputusan hari ini dipertikaikan. Ia dilihat seolah-olah kurang sihat dan perlu diperbetulkan segera, jika tidak ia akan memberi kesan pada pemilihan parti hujung bulan ini," katanya lagi.
  • Sebab itu dalam kes ini saya melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan lembaga displin UMNO. Sayugia dicadangkan agar SPRM menyiasat Lembaga Displin UMNO.

2 comments:

angkasanuri said...

siapa pulak nak siasat sprm?

si lembik's said...

UMNO la siasat SPRM...pi mai pi mai, tang tu jugak