Wednesday, February 11, 2009

UMNO DAN RAJA

  • UMNO paling tak layak menjadi jurucakap raja. UMNO sudah lama derhaka kepada raja.
  • Dikala PAS mengusai Kelantan bersama Parti Melayu S46 pada tahun 1990, UMNO benci pada Tengku Razaleigh, Tengku Razaleigh berdarah raja, maka UMNO “telanjangkan” Sultan Kelantan.
  • Berbagai fitnah dikeluarkan oleh UMNO kepada Sultan Kelantan. Sultan dianggap boros oleh UMNO.Rakyat tidak lupa isu “lambogini”. UMNO dikala itu menderhaka.
  • Begitu juga dengan kes Anuar Musa menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru. Di padang sekolah UMNO melaungkan Daulat Tuanku pada “Sultan” yang tiada daulat.
  • Di Perak baru ada dua MB, UMNO sudah kata PR menderhaka, di Kelantan UMNO pernah ujudkan dua Sultan. Siapa penderhaka kalau bukan UMNO.
  • Kalau YB Karpal Singh saman Sultan, siapa dalangnya kalau bukan UMNO. UMNO/BN yang menghilangkan imuniti Raja-Raja. Siapa yang menbenarkan Sultan disaman diMahkamah terbuka.
  • Karpal boleh dihalang dari menyaman Sultan, tapi apakah Pelakon Hollywood dan Bollywood boleh dihalang dari menyaman Sultan.
  • Kenapa bila Sultan dan Keluarga Sultan disaman dalam kes hutang seperti yang berlaku di Negeri Sembilan, UMNO tidak bangkit menyelamatkan maruah Sultan. Kenapa tidak UMNO selesaikan hutang tersebut bagi mengelakkan Sultan dan Keluarga beliau dibawa keMahkamah.
  • Dikala Sultan Kelantan di permainkan oleh UMNO, PAS tetap mempertahankan institusi itu. PAS tidak pernah terpengaruh dengan Sultan baru yang ditabalkan UMNO.
  • Institusi Raja hanya dapat dipertahankan sekiranya kita berpegang kepada prinsip setia kepada Raja. Setia adalah kita bercakap benar walaupun pahit untuk diterima oleh raja.
  • Pengampu dan juak-juak yang berkepentingan akan merosakkan institusi Raja.
  • UMNO sudah parah, pagar Istana dijadikan tempat berpaut. UMNO tak layak menjadi jurucakap Istana, UMNO punya sejarah penderhakaan.
  • Banyak institusi beraja yang telah berkubur didunia ini, puncanya, bila penasihat istana itu adalah seperti UMNO.
  • Sultan tentu arif tentang perkara ini. Rakyat tahu peranan Dato' Seri Anuar Zaini (Bernama) dan Najib Tun Razak.
  • Kita akan letakkan demokrasi pada tempatnya, kerana melalui proses ini maka institusi Raja itu dapat dipertahakan, bukan macam pemimpin UMNO, talam dua muka. Bila tak boleh jawab hujah kami, diletakkan dosa itu atas kepala Dr Mahathir.
  • Bila dah tak boleh tahan, Mahathir pun keluar UMNO.
  • Bila tanya UMNO, UMNO kata itu kerja Mahathir. Bila Tanya Mahathir, dia kata saya bukan UMNO….. He..He..He..

Friday, February 6, 2009

TAKZIAH

  • Takziah saya ucapkan kepada Kak Zarina dan keluarga atas pemergian Hj Abu Talib Othman (AJK PAS Kawasan Alor Gajah) ke Rahmatullah.
  • Allahyarham adalah pejuang yang telah menunjukkan istiqamah dalam perjuangan.
  • Insan yang sentiasa senyum. Berjuang walaupun sakit. Berjuang semenjak saya masih dikira budak.
  • PAS sudah sebati menjadi wadah beliau.
  • Kekal menjadi setiusaha kawasan walaupun kedua-dua buah pinggang tidak berfungsi.
  • Hadir dalam program parti tanpa ada alasan.Sakit pun datang asalkan boleh berjalan.
  • Semoga beliau dicucuri Rahmat pada Jumaat yng berkat ini.
  • Al Fatihah.

Wednesday, February 4, 2009

MOHON PATIK TUANKU

  • Sekiranya Tuanku membubarkan DUN di Perak, majoriti rakyat gembira, BN pula pasti berduka. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
  • Sekiranya Tuanku melantik Menteri Besar baru, Tuanku dianggap memihak kepada BN. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
  • Sekiranya Tuanku membiarkan sahaja kerajaan yang ada, negeri akan tidak stabil, BN 28 kerusi, PR 28 kerusi dan bebas 3 kerusi. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
  • Sekiranya MB baru dilantik dengan izin Tuanku serta sokongan calon bebas, calon bebas telah buktikan tiada taat setia pada sumpah yang lalu. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
  • Sekiranya Tuanku meminta politik ini dijernihkan dengan kerajaan campuran, patik bimbang ianya jadi campuran air dengan minyak. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
  • Sekiranya Tuanku bercadang berjumpa dengan calon bebas tersebut untuk memperbaharui sumpah setia mereka, awas, bercabang lidah mereka. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
  • Tuanku lebih arif memayung rakyat atau mungkinkah Tuanku memihak ?. Ampun Tuanku, Sembah Patik Harap Diampun.

HARI AKU HARI ENGKAU

  • Dua tiga minggu lepas, selepas wakil Rakyat UMNO masuk PKR maka saya sebut kepada rakan-rakan UMNO bahawa hari ini hari aku.
  • Selepas 2 orang wakil rakyat PKR dijangka masuk UMNO maka saya sebut pada rakan-rakan UMNO, hari ini hari engkau.
  • Tak sangka saya, hari aku dan hari engkau mewarnai politik Malaysia.
  • Politik sebegini pasti merugikan rakyat. Walaupun UMNO berjaya mendapat semula kerajaan Perak melalui proses melompat, UMNO pun tak boleh tidur lena juga. Igauan hari engkau akan tiba juga.
  • Sultan lagi pening. Sekejab PAS jumpa nak bubar 2 DUN. Nanti jumpa lagi nak bubar DUN satu negeri. Lusa UMNO pula jumpa nak tubuh kerajaan negeri, tulat tak tahu lagi.
  • Hentikan politik ini. Undang-undang harus digubal bagi menstabilkan politik negara. Tiada siapa yang untung dari politik lompat.
  • YB boleh melompat, kosongkan kerusi dan kembalikan kepada rakyat. Jadi wakil rakyat bebaspun dikira melompat.
  • Kestabilan Negara mesti menjadi satu keutamaan. Undang-undang anti lompat yang pernah diperkenalkan diKelantan (walaupun ditolak oleh mahkamah) wajar dipertimbangkan. Walaupun dalam jangka pendek ianya seolah-olah merugikan Pakatan, tapi ianya tidak merugikan sesiapa.
  • PM, MB dan KM dapat memberi focus bagi melaksanakan amanah untuk mengurus rakyat, negeri dan negara.
  • Demokrasi adalah kuasa rakyat, bila wakil rakyat nak buat keputusan maka mereka wajar menyerahkan kepada rakyat. Biar rakyat yang memberi mandat.
  • Sekiranya rang undang-undang ini dikemukakan maka saya yakin BN dan PR akan mendapat manfaat dari itu. Maruah rakyat diangkat sesuai dengan maksud demokrasi.
  • Tapi kalau kita kekal ditakuk ini, hari ni hari engkau, esok mungkin hari aku…

Tuesday, February 3, 2009

MENYEBERANG @ MELOMPAT

  • Menarik politik Malaysia. Sentiasa bergolak. Kalau politik tak bergolak, itu namanya negara stabil. Kalau negera stabil, UMNO lagi stabil.
  • Bila politk bergolak itu tandanya bahawa kuasa berada dihujung tanduk. Tak kira apa parti BN atau pun PR.
  • BN bimbang kalau ramai sangat yang menyeberang maka kerajaan persekutuan akan tumbang. Hilang kuasa setelah 50 tahun berkuasa adalah mimpi ngeri buat BN.
  • PR juga bimbang kalau-kalau ada wakil rakyat yang melompat maka kerajaan majoriti kecil boleh tumbang juga, contohnya perak.
  • Bila apa yang berlaku diperak maka baru kita sedar betapa sukarnya Tuan Guru Nik Aziz berdepan dengan suasana itu suatu ketika dulu. Kelebihan satu DUN dengan majoriti 2 undi.
  • Bermaruahkah wakil rakyat yang melompat ?. Atau undang-undang Malaysia yang membuatkan wakil rakyat jadi tidak bermaruah ? Atau maruah dinilai sebab musabab lompat ? Bagi yang bermaruah ia dipanggil menyeberang, bagi yang tidak bermaruah ia dipanggil lompat.?
  • Kalau meyeberang kerana prinsip mencari kebaikan bila melihat BN tidak kukuh, penuh dengan dosa, maka penyeberangan itu ada kebaikannya.
  • Kalau melompat kerana wang, takut ditangkap rasuah, maka yang pasti lompatan itu tidak bermaruah.
  • Sebab itu Islam meletakkan setiap amalan itu didahului dengan niat. Walaupun niat itu dalam hati, ianya dapat dibuktikan. Sama macam ikhlas, kita boleh tahu seseorang itu ikhlas atau tidak, ianya boleh dibuktikan, hanya masa menentukan.
  • Gelora politik yang berlaku diperak menuntut banyak perkara. Undang-undang lompat mesti dipinda. Wakil rakyat melompat harus diberi hak bertanding semula tak kira parti mana.
  • Walaupun kita negara demokrasi, acuan demokrasi kita mengikut nafsu kita. Demokrasi kita demokrasi beras, kerusi roda, undi projek, janji pembangunan, geran tanah,jalan baru, agensi kerajaan, kereta exco yang semuanya wang rakyat. Kita ambil wang rakyat, kita belanja rakyat, kita kata kita pemurah. Semua itu pembohong.
  • Bila agaknya kita dapat berubah. UMNO tunjang kerosakan ini. Budaya UMNO jangan diikut. Kami bukan benci orang UMNO, budaya dan sikap itu yang perlu kita musushi.
  • Sebab itu bila politik bergolak kita jangan bimbang. Bila politik lompat melompat bermula maka yang penting kita jangan melompat!!!