Friday, March 8, 2013

SAMSENG / KETUA MENTERI/ POLIS/ RAKYAT BANGKIT

SAMSENG
  • Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Katil diganggu lagi.
  • Yang mengganggu sudah pasti seteru politik yang merasakan kuasa mereka tergugat iaitu UMNO.
  • Di Melaka, UMNO di ketuai oleh Datuk Seri Ali Rustam.
  • Dua hari lepas pada 5hb. ditempat yang sama, dikala PAS mengadakan ceramah sempena menyambut konvoi Negara Berkebajikan, kejadian tolak menolak telah berlaku, tapi tidak melibatkan kecederaan.
  • Dan semalam 7hb. Ceramah DSAI terus diganggu. Kali ini UMNO datang dengan penuh persediaaan.
  • Botol, kayu, batu jadi alat untuk mengganggu ceramah PR.
  • Kerosakan kenderaan, kecederaan pengawal peribadi DSAI dan kecederaan 2 orang awam yang hadir mendengar ceramah adalah natijah dari budaya samseng UMNO.
  • Mereka bertindak dengan arahan ketua.
KETUA MENTERI UMNO 

  • Rakyat Melaka cukup malang kerana Ketua Menteri mereka separuh matang, dia Ketua Menteri UMNO bukan Ketua Menteri Melaka.
  • Ceramah sebelah menyebelah ini sudah menjadi budaya UMNO Melaka semenjak 1999 lagi. Semenjak Ali Rustam mula jadi ketua.
  • Mereka sangka dengan cara itu, ceramah kita akan dapat diganggu dan digagalkan.
  • Sangkaan Ali Rustam silap, kerana program ceramah PR semakin mendapat sambutan pelbagai kaum, rakyat semakin berani dan mereka mahu bangkit membuat perubahan.
  • Rakyat Melaka yang hadir dalam program malam tadi dapat melihat sendiri perangai dan tindakan UMNO.
  • Oleh itu budaya samseng ini patut dikecam, Ali Rustam harus dipertanggungjawabkan. Keamanan boleh dicapai sekiranya Ketua Menteri bersikap profesional dan matang.
  • Yang rosak adalah harta benda rakyat dan yang berdarah adalah kepala dan muka rakyat.
PASUKAN KESELAMATAN
  • Buat pasukan keselamatan, saya tuntut ketegasan bertindak pada mereka yang samseng dan ganas.
  • Bawa ke muka pengadilan mereka yang ditangkap.
  • Samseng berani bertindak kerana setiap kali tangkapan dibuat tetapi tiada hasilnya.
  • Contohnya seperti keganasan di Jasin lalu, ada yang ditangkap tapi apa kesudahannya.
  • Begitu juga dengan peristiwa malam tadi, dakwa mereka yang mengatasi undang-undang, barulah undang-undang dikira berdaulat.
  • Jangan sampai kehilangan nyawa baru nak bertindak! Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur!
RAKYAT BANGKIT 

  • Buat penyokong PR dan rakyat amnya, kita harus perkuatkan tekad untuk tumbagkan BN. 
  • Bumi ini cerah dan jangan biarkan ia digelapkan oleh UMNO.
  • Terus bangkit dan berusaha menyedarkan rakyat dan mengajak mereka melakukan perubahan.
  • Yakinlah bahawa bumi ini dalah untuk mereka yang menegakkan keadilan dan kebenaran.
  • Pemerintah yang tidak amanah,  rasuah, zalim, sombong dan bongkak akan kecundang, Insya Allah.

2 comments:

Admin said...

kot ye pun jgn le menipu semakin ramai..aku dtg mlm tu tgk xdela ramai sangat..kata parti berlandaskan agama islam, tapi belum apa2 dah menipu..mcmana nak dapat sokongan nih?

amusza said...

ape bende yang menipu yg x ramai sangat puak2 umno sberang jalan tu kau ade kat belah sana mmg x nmpk ramai...x dpt sokongan kau x rugi ape2 pun yang ramai lagi yang dah berubah...