Friday, February 24, 2012

JOM KE HIMPUNAN HIJAU 2.0!


  • Lynas bukan isu orang Kuantan, bukan juga masalah orang Pahang.
  • Lynas adalah malapetaka penduduk bumi.
  • Jom kita bersama nyatakan bantahan dalam himpunan Hijau di Kuantan 26hb Februari ini.
  • Ayuh ahli PAS dan Penyokong PAS Melaka, Jom kita ke Perhimpunan Hijau 2.0.
  • Selamatkan bumi!!!

TAHNIAH IMAM HOSLAN HUSSAIN!

  • Membaling kasut pada orang memang dianggap biadap.
  • Tapi ianya tidak selama lamanya biadap, terutamanya dalam menuntut keadilan.
  • Hoslan Hissain adalah bukti bahawa menuntut keadilan mesti melepasi batas kebiadaban.
  • Jiwa Hoslan Hussain adalah jiwa merdeka. Beliau imam merdeka.
  • Beliau tidak terikat dengan kepala otak penjajah. Sistem tidak memperbodohkan beliau.
  • Beliau bertindak kerana beliau merasakan beliau benar dan sistem yang ada salah, syabas.
  • Jiwa merdeka Hoslan Hussain adalah contoh melawan penguasa zalim.
  • Kalau Hakim boleh dibaling kasut, VK Linggam patut dibaling apa?
  • Hakim yang bersara dapat projek bilion ringgit patut dibaling apa?
  • Menteri yang khianat dengan Projek Jutaan Ringgit bila perlu dibaling?
  • Semoga Imam Hoslan Hussain jadi idola jiwa merdeka.
  • Jiwa yang tiada ketakutan melainkan Allah.
  • Bila lihat Imam membaling kasut pada Hakim, baru sedar bahawa aku masih dijajah!

Monday, February 20, 2012

ROBOH SURAU DI MELAKA



  • Pas Melaka kecewa kerana sebuah surau di robohkan di Ujong Pasir.
  • UMNO gagal menjaga Islam, surau dirobohkan adalah bukti kegagalan UMNO.
  • Menurut penduduk setempat di Ujong Pasir, tapak surau itu telah puluhan tahun diwakafkan.
  • Persoalannya mengapa tanah-tanah wakaf ini tidak diselenggara dengan betul dan diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang dipengerusikan Ketua Menteri.
  • Kegagalan mewartakan tanah wakaf menyebabkan tanah tersebut terjual kepada pihak ketiga.
  • Akhirnya surau yang didirikan oleh penduduk kampung di Ujong Pasir itu dirobohkan, atas alasan Pembangunan oleh pemaju.
  • JKKK, Penghulu, Wakil Rakyat dan Ketua Menteri tak dapat menyelamatkan sebuah surau.
  • MAIM dan Ketua Menteri harus bertanggungjawab.


Gambar surau sebelum dirobohkan.

WIRANITA vs WATALA

  • Ultra Melayu, Perkasa menubuhkan wiranita. Cabang sayap wanita dalam Perkasa.
  • Ianya dirasmikan oleh Datin Sri Rosmah Mansor. Pentas perasmian itu juga digunakan oleh Rosmah untuk menjawab segala persoalan tentang pemborosan beliau.
  • Rosmah percaya pada Ibrahim Ali, semua yang beliau cakap akan ditelan bulat bulat oleh wiranita?
  • Perkasa dan UMNO serupa. Begitu juga wiranita dan wanita UMNO.
  • Ibrahim Ali cepat menangkap. Bila melihat wanita UMNO tidak terbela, lembu lebih dibela, maka Ibrahim Ali cepat membuka pintu wiranita kepada wanita UMNO. Wanita yang tak suka dengan lembu dan bau lembu. Wanita yang sudah bosan dengan Sharizad.
  • Tindakan Ibrahim akan menyebabkan wanita berpecah, walaupun disatu sudut ianya ditafsirkan sebagai berkembang.
  • Sharizad pasti bingkas menghalang wanita diperalat Perkasa. Sharizad akan gunakan Watala (Wanita Tahan Lasak).
  • Kita akan lihat Pertembungan Wiranita dan Watala. Rosmah berpihak ke Wiranita. Sharizad dan Puan Sri Norainee (Isteri Muhyiddin) berpihak pada Watala.
  • Wiranita adalah lambang kehilangan keyakinan Rosmah pada Shahrizad !

Monday, January 23, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Selamat Tahun Baru Cina , semoga kita terus teguh bertekad membuat perubahan di Malaysia. Gong Xi Fa Cai.

Saturday, January 21, 2012

PERTAM : TOLONG ATAU ALONG

  • Perbadanan Tanah adat Melayu Melaka (PERTAM).
  • Ditubuhkan dengan hasrat memajukan tanah adat Melayu.
  • Konsep Win Win kononnya. Tanah Melayu terbiar, PERTAM bangunkan.
  • PERTAM ditubuhkan untuk menolong orang.
  • Tanah Rakyat diambil. Rakyat Kaya Pertam Untung.
  • Sedap bunyinya.
  • Benarkah PERTAM itu nak tolong?
  • Atau PERTAM itu Along!

Saturday, January 14, 2012

Takziah kepada keluarga Datuk Amid Nordin


Salam takziah kepada keluarga Datuk Amid Nordin.
Mantan ADUN Telok Mas, Melaka.
Beliau juga merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dari 1999 hingga 2004.
Semoga Allah tempatkannya di kalangan yang beriman.
Al-Fatihah.

Monday, January 9, 2012

AKU PEMAIN BOLA ?

  • Aku pemain bola.
  • Minatku menjaringkan gol.
  • Aku pernah memakai jersi nombor 10.
  • Minatku satu, menjaring gol.
  • Sekali aku jaring gol sendiri, aku kata aku tersilap.
  • Bila berkali-kali aku menjaring gol sendiri, mereka gugurkan aku.
  • Jadi pemain nombor 4, pertahanan.
  • Selalu bertahan buat aku jadi lemah.
  • Orang lain sumbat gol, aku tengok je, hati aku nak sumbat gol juga.
  • Aku yang selamatkan pintu gol, tapi nombor 10 juga yang dapat nama.
  • Asyik jadi pertahanan, aku dah tak tahan.
  • Akhirnya aku kembali kepada minat aku, jaringkan gol sendiri.
  • Lagi mudah kerana aku pertahanan.
  • Aku bangga kerana aku tetap pemain bola, walaupun aku berkali kali jaringkan gol sendiri.

BANTAH PENGANTUNGAN ADAM ADLI


  • Pengantungan 3 semester kepada Adam Adli adalah tidak wajar.
  • Beliau hanya seorang pelajar.
  • Gantung 3 semester hanya kerana menurunkan bendera gambar najib, kemudian dinaikkan semula.
  • Bendera itu tak diiktiraf oleh mana-mana perlembagaan.
  • UPSI sebelum ini tidak berapa popular dikalangan generasi IPTA. Adam Adli telah memahat nama UPSI, institusi yang dilihat sebagai institusi yang dapat melahirkan pelajar yang berani.
  • Tapi sayang, UPSI melahirkan nilai sonsang, pelajar berani tapi pentadbir penakut lagi pengampu.
  • Kami sokong perjuangan anak muda ini. Moga anak aku seberani Adam. Tahniah Adam Adli!

KITA BELUM BEBAS!

  • Kita belum bebas selagi UMNO berkuasa.
  • Najib dan Mahathir jaja, mahkamah bebas kerana keadilan telah diberi kepada Anwar.
  • Benarkah Mahkamah kita bebas, kalau bebas dah berapa ramai yang patut dihukum kerana menghina mahkamah.
  • Media dan segala alam buana telah diberitakan oleh Media UMNO yang Anwar meliwat Saiful. Anwar telah bertahun diaibkan. Bolehkah kita benarkan sistem sebegini.
  • Pembebasan DS Anwar bukan membuktikan kebebasan sistem kehakiman, tetapi melambangkan kerakusan UMNO untuk menghapuskan musuh politik tanpa rasa belas.
  • Hari ini DS Anwar bebas, tugas kita seterusnya bebaskan rakyat.

Friday, January 6, 2012

901 : KENAPA AKU TAK PERGI ?


  • 901, hari Isnin, aku tak pergi kerja, aku nak pegi Mahkamah.
  • PAS Melaka akan bersama Presiden PAS dan rakyat Malaysia untuk sama-sama pergi Mahkamah.
  • Tiada masalah kalau yang pergi tu 1000 orang.
  • Tiada masalah kalau yang pergi tu 10,000 orang.
  • Masalah besar kalau yang pergi Mahkamah tu 100,000 orang.
  • Masalah besar buat UMNO !

Sunday, January 1, 2012

2012 : TAHUN SELAMATKAN MELAYU


  • 2012 Tahun yang sukar bagi rakyat Malaysia.
  • Sukar bagi rakyat menentukan benar atau salah.
  • Rakyat makin berserabut. Melayu terutamanya.
  • Orang Melayu dipersimpangan, nak pilih pakatan, dibimbangi kuasa melayu hilang, nak pilih UMNO dibimbangi duit melayu hilang.
  • Mungkin Melayu kena dengar Motivasi "Dr Azizan Osman". Kenal potensi diri supaya Melayu lebih ceria, berjaya dan kaya.
  • Melayu ada permata, tidak digilap.
  • Melayu ada harta, tidak diketahui.
  • Melayu ada budi, tidak diarah.
  • Melayu ada agama, sayang tidak difahami.
  • Bolehkan Melayu diselamatkan oleh UMNO, jujurlah dengan kuasa 54 tahun.
  • Bolehkan Melayu diselamatkan dengan PERKASA.
  • Bolehkan Melayu bangkit ceria, berjaya dan kaya dengan RASUAH.
  • 2012 adalah harapan baru buat Melayu, kekal dengan UMNO, walaupun ditipu atau beralih kepada pakatan?
  • Mampukan PAS selamatkan Melayu?
  • Tahun 2012 adalah tahun untuk menyedarkan Melayu dengan Islam.
  • Bukan mudah membawa Melayu kepangkal jalan.
  • UMNO sudah meracuni minda kita.
  • Kita juga Melayu, iaitu Melayu yang telah dibuka "Hijab".
  • 2012 adalah tahun membuka hijab Melayu kepada UMNO.
  • Supaya Melayu dapat melihat UMNO yang sebenarnya tanpa "Hijab".
  • Tahun 2012, tahun selamatkan Melayu !

Wednesday, December 21, 2011

TEROWONG TAK SMART ?

  • Ada satu terowong yang dibina kerajaan bagi mengelakkan banjir di Kuala Lumpur, dikenali dengan terowong Smart.
  • Bilion ringgit digunakan dan dikatakan antara tercanggih di Asia Tenggara.
  • Masa mula dibuka, memang nampak Smartnya, tiada kedengaran banjir di Kuala Lumpur.
  • Cuma mutakhir ini kita dengar Kuala Lumpur dilanda banjir semula.
  • Apa dah jadi dengan terowong Smart.
  • Terowong Smart dah tak tak smart ?

Wednesday, November 30, 2011

BERJIHAD PERTAHAN RASUAH?

  • Wajarkah Muhyiddin menyeru Khairi dan Sharizad berjihad ?
  • Pemuda dan Wanita UMNO terpalit dengan rasuah.
  • Najib melaungkan seruan agar dua sayap ini berjihad.
  • Pertahankan kuasa atau pertahankan rasuah ?


UMNO MENGHIJAB MELAYU

  • Melayu dilihat rasis, kerana UMNO. Lahir PERKASA
  • Melayu dilihat rasuah, kerana UMNO. Lahir KJ, Isa, Ali, Sharizad dan sewaktu.
  • Melayu dilihat lemah, kerana UMNO. Lahir 30% DEB yang disasar (org melaka sebut sasau)
  • Melayu dilihat malas kerana UMNO. Lahir Ali Baba.
  • Melayu dilihat miskin kerana UMNO. Lahir korporat segera Melayu nak tutup fakta sebenar.
  • Melayu dilihat kroni kerana UMNO. Lahir Mahathir, Paklah dan Najib anak beranak.
  • Melayu dilihat sebagai UMNO. Segala rosak UMNO terpalit pada Melayu.
  • Segala baik dan kekuatan melayu dihijab dengan penyakit UMNO.
  • Dengan Melayu, UMNO sudah tewas, kalau dengan Islam, jauh panggang dari api!