Friday, September 7, 2012

PIJAK KERANA KORUP

  • Tun Mahathir menyatakan bahawa anak-anak muda memijak gambar Najib kerana kerajaan beliau lemah.
  • Itu tidak benar!
  • Anak muda memijak gambar Najib adalah manifestasi dari kebencian anak muda kepada kerajaan yang menyalahgunakan kuasa, melayan rakyat secara "double standard".
  • Anak muda tak dapat menyembunyikan kemarahan mereka.
  • Anak muda bukan sekadar bencikan Najib, mereka bencikan BN!
  • Anak mudah sudah bosan dengan politik perkauman BN!
  • Kerajaan Pak Lah juga lemah tapi tidak sampai gambarnya dipijak.
  • Anak muda mahukan pembaharuan, harapan mereka pada Najib sudah berkecai, gambar Najib sudah dipijak....
  • Akan ada reaksi balas, gambar pemimpin PR juga dipijak dan akan terus dipijak?
  • Cuma gambar yang dipijak itu tahu, kaki yang memijak itu "ikhlas" atau "dibayar"?

Wednesday, September 5, 2012

POLITIK SAMSENG

  • Dua hari lepas, banyak baner dan bendera PAS di rosakkan di Melaka.
  • Kain rentang dikoyakkan dan bendera di bakar.
  • Kawasan yang terlibat adalah di Parlimen Masjid Tanah dan Alor Gajah.
  • Sebulan lalu perkara yang sama berlaku di Bukit Katil dan Tangga Batu.
  • Kain rentang yang dikoyakkan hanyalah sekadar mengucapkan ucapan Aidilfitri dan kemerdekaan yang ke 55.
  • Itu pun ada yang panas melihatknya.
  • Mungkin tindakan itu hasil dari reaksi "sekatan politik" yang disuarakan Datuk Seri Najib?
  • Tiga laporan polis dibuat di Masjid Tanah.
  • PAS berharap pasukan keselamatan mengambil berat isu ini sebelum terlambat.
  • Jangan sampai rakyat tak percaya pada undang-undang.
  • Kepada yang bersifat samseng, perlu diingatkan bahawa rakyat pun boleh jadi samseng!

Tuesday, September 4, 2012

MUZIUMKAN SAKA MALAYA

  • Isu yang sedang panas adalah PR nak tukar bendera kalau berjaya menawan Putrajaya.
  • Ramai orang sangka bendera yang dipaparkan anak muda pada Himpunan Janji Demokrasi tempohari adalah bendera Singapura.
  • Macam serupa tapi tak sama.
  • Merah putih adalah asas bendera Malaysia dan banyak parti-parti politik sebelum merdeka menggunakan asas itu termasuk PAS dan UMNO.
  • Kita sendiripun tak tahu pasal Saka Malaya, banyak yang tersembunyi sebelum merdeka.
  • Kenapa Saka Malaya yang ada nilai sejarah tidak di Muziumkan atau kita memang tak pergi Muzium.
  • Mempolitikkan isu tukar bendera adalah berniat jahat dan menzahirkan niat agar rakyat membenci PR.
  • Fitnah tidak semestinya disudahi dengan kebaikan untuk BN.
  • Mat Indera contoh yang terbaik, masa singkat mungkin negatif untuk PR tapi tidak selamanya.
  • Orang muda di Malaysia sedang mengajar orang tua ruang lingkup sejarah Malaysia.
  • Saka Malaya adalah sejarah dan tak perlu dipolitikkan.
  • Kalau keturunan penjajah boleh dijemput untuk meraikan hari kemerdekaan, kenapa tidak sekadar mengibarkan Saka Malaya yang bersifat sejarah.
  • Mungkin kerajaan Melaka boleh tempatkan Saka Malaya di salah satu Muzium  diMelaka!
  • Ceritakan tentang sejarah bendera itu, versi Prof Ramlah Adam pun tak mengapa!

Monday, September 3, 2012

Politik Tahlil dan Baca Yasin

  • Kalau DAP perintah, orang Islam tidak boleh bertahlil dan baca Yasin lagi ?
  • Ungkapan seorang Ketua Menteri dikala merasmikan kursus perdana haji di Masjid MITC, Melaka.
  • Tak apa membawa berita fitnah di Masjid kerana untuk selamatkan UMNO!
  • UMNO sudah terdesak, DAP sudah perintah Pulau Pinang lebih 4 tahun, Melayu Pulau Pinang masih bertahlil dan baca Yasin.
  • Datuk Ali boleh cadangkan kawan-kawan mereka di Pulau Pinang buat majlis Tahlil dan baca Yasin 7 hari 7 malam, beliau boleh rasmikan majlis itu.
  • Itulah politik UMNO, guna agama bila nak mati!
  • Memang akan ada yang terpedaya dengan tipu muslihat ini.
  • Mengajak kepada kebenaran memang kena bersabar dan jangan berputus asa.
  • Walaupun kebodohan itu jelas dan ada yang mempercayainya namun kita harus sabar berdepan dengan semua itu kerana kita yakin kita benar!