Wednesday, December 12, 2012

DANA PALESTIN : DATUK ALI DIMINTA BERI PENJELASAN

  • Merujuk kepada Laporan Audit 2010, kerajaan Negeri Melaka telah mewujudkan akaun Amanah Tabung Kemanusiaan Palestin pada 2009. 
  • Jabatan audit negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.
  • Namun Jabatan audit menemui bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011 (tarikh audit dilakukan).
  • Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan berikut :-
  • Pertama : Bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin.?
  • Kedua : Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama?
  • Penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.

Thursday, December 6, 2012

PERUBAHAN TEMPAT HKR MELAKA

  • Sekretariat Pakatan Melaka telah memutuskan untuk memindahkan tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka dari Bukit Palah ke Lorong Pandan, Melaka.
  • Mengelakkan pertembungan rakyat adalah lebih penting dari melayan provokasi murahan Ali Rustam.
  • Tuan tanah di Bukit Palah hanya mampu bertahan 3 hari.
  • Biarkan Ali Rustam seorang sahaja menggila, jangan sampai rakyat menggila.
  • Jayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8hb Disember 2012, di Lorong Pandan Melaka.

Tuesday, December 4, 2012

ALI RUSTAM BACUL!

  • Tindakan Ali Rustam mengarahkan JKKK membuat karnival disebelah tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8hb Disember 2012, di Bukit Palah, Melaka adalah satu tindakan bacul.
  • Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan dikalangan rakyat, UMNO akar umbi pun resah.
  • Sudahlah permintaan pakatan untuk mendapatkan tempat awam seperti Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah tidak dilayan, kawasan yang dipersetujui pakatan iaitu tanah persendirian di kejar oleh Ali Rustam.
  • Mungkin pada pandangan Ali bahawa kerja buat mengganggu ceramah pembangkang semenjak 1999 itu mendatang kemenangan kepada UMNO Melaka.
  • Sekarang ini tahun 2012 dah nak masuk 2013. Media baru boleh menceritakan perangai buruk Ali ini.
  • Apakah Ali berhajat rakyat "bertembung" 8hb. ini?
  • Pakatan Melaka menyeru rakyat Melaka memberi mesej jelas kepada Ali Rustam pada 8hb. ini, ayuh orang melaka, hentikan politik dengki dan busuk hati.
  • Jom kita berhimpun pada 8hb. ini di Bukit Palah Melaka. Gelombang ribuan rakyat sahaja yang boleh menghentikan sombong dan bongkak politik Ali Rustam.