Tuesday, March 19, 2013

KENYATAAN MEDIA : ISU PENGGUNAAN WANG ZAKAT MELAKA

  • Pada 13 Mac 2013 saya telah mendapat sepucuk surat berdaftar daripada pihak Rosfinah & Co. yang beralamat di No.15 Jalan Cengal, Taman Merdeka, Batu Berendam Melaka. Rosfinah & Co. yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka telah membuat writ saman beserta tuntutan kepada 3 penama yang berjawatan seperti berikut :
    1.  Hj Adly bin Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka)
    2. Sdr Jauhar b Mohamad Dawi (Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil)
    3. Sdr Mohd Mokhtar b Ruzaidi (Harakahdaily) 
  •  Sehubungan dengan itu maka saya mengambil ketetapan berikut :- 
    1. Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk saya meminta maaf atau menarik balik sebarang kenyataan. 
    2. Akan terus membongkar segala salah urus kerajaan yang dipimpin UMNO dan Barisan Nasional supaya ianya dapat dinilai oleh rakyat Negeri Melaka.
    3. Tidak akan membuat sebarang bayaran keatas tuntutan RM100,000,000.00
    4. Saya bersedia untuk berdepan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merupakan Ketua Menteri dan pengerusi MAIM di mahkamah. 
  • Saya juga ingin tegaskan bahawa isu yang saya bangkitkan adalah isu berkepentingan ramai yang menyentuh tentang bagaimana Dana Awam telah disalah urus sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Audit sendiri. Saya percaya sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka dan sebagai anak jati Melaka saya mempunyai tanggungjawab dari segi agama, moral, politik dan undang-undang bagi membangkitkan isu penyalahgunaan wang rakyat dan sebagai timbal balas rakyat negeri ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui dan mengambil maklum terhadap isu tersebut.
  • Sayugia saya sampaikan mesej khusus ini kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa beliau tersilap sekiranya merasakan bahawa saya akan takut dan gentar untuk terus membongkar salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dengan writ saman ini.
  • Saya cukup berkeyakinan bahawa writ saman ini dikeluarkan menjelang tibanya pilihanraya umum yang ke 13, tidak lain bagi menyekat kemaraan dan pengaruh PAS dan rakan rakan Pakatan Rakyat di negeri Melaka ini. 
  • Saya ingin tegaskan bahawa saya akan terus yakin dan istiqamah untuk membongkar segala salah urus ini, sehingga cita-cita rakyat Melaka untuk mendapat kepimpinan yang adil dan amanah tercapai.
  • Saya juga telah mendapatkan khidmat Peguam Pas, Sdr Mohamed Hanipa Maidin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates bagi mewakili saya di mahkamah nanti. 

Adly b Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka
19 Mac 2013
7 Jamadilawal 1434H

Friday, March 8, 2013

SAMSENG / KETUA MENTERI/ POLIS/ RAKYAT BANGKIT

SAMSENG
  • Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Katil diganggu lagi.
  • Yang mengganggu sudah pasti seteru politik yang merasakan kuasa mereka tergugat iaitu UMNO.
  • Di Melaka, UMNO di ketuai oleh Datuk Seri Ali Rustam.
  • Dua hari lepas pada 5hb. ditempat yang sama, dikala PAS mengadakan ceramah sempena menyambut konvoi Negara Berkebajikan, kejadian tolak menolak telah berlaku, tapi tidak melibatkan kecederaan.
  • Dan semalam 7hb. Ceramah DSAI terus diganggu. Kali ini UMNO datang dengan penuh persediaaan.
  • Botol, kayu, batu jadi alat untuk mengganggu ceramah PR.
  • Kerosakan kenderaan, kecederaan pengawal peribadi DSAI dan kecederaan 2 orang awam yang hadir mendengar ceramah adalah natijah dari budaya samseng UMNO.
  • Mereka bertindak dengan arahan ketua.
KETUA MENTERI UMNO 

  • Rakyat Melaka cukup malang kerana Ketua Menteri mereka separuh matang, dia Ketua Menteri UMNO bukan Ketua Menteri Melaka.
  • Ceramah sebelah menyebelah ini sudah menjadi budaya UMNO Melaka semenjak 1999 lagi. Semenjak Ali Rustam mula jadi ketua.
  • Mereka sangka dengan cara itu, ceramah kita akan dapat diganggu dan digagalkan.
  • Sangkaan Ali Rustam silap, kerana program ceramah PR semakin mendapat sambutan pelbagai kaum, rakyat semakin berani dan mereka mahu bangkit membuat perubahan.
  • Rakyat Melaka yang hadir dalam program malam tadi dapat melihat sendiri perangai dan tindakan UMNO.
  • Oleh itu budaya samseng ini patut dikecam, Ali Rustam harus dipertanggungjawabkan. Keamanan boleh dicapai sekiranya Ketua Menteri bersikap profesional dan matang.
  • Yang rosak adalah harta benda rakyat dan yang berdarah adalah kepala dan muka rakyat.
PASUKAN KESELAMATAN
  • Buat pasukan keselamatan, saya tuntut ketegasan bertindak pada mereka yang samseng dan ganas.
  • Bawa ke muka pengadilan mereka yang ditangkap.
  • Samseng berani bertindak kerana setiap kali tangkapan dibuat tetapi tiada hasilnya.
  • Contohnya seperti keganasan di Jasin lalu, ada yang ditangkap tapi apa kesudahannya.
  • Begitu juga dengan peristiwa malam tadi, dakwa mereka yang mengatasi undang-undang, barulah undang-undang dikira berdaulat.
  • Jangan sampai kehilangan nyawa baru nak bertindak! Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur!
RAKYAT BANGKIT 

  • Buat penyokong PR dan rakyat amnya, kita harus perkuatkan tekad untuk tumbagkan BN. 
  • Bumi ini cerah dan jangan biarkan ia digelapkan oleh UMNO.
  • Terus bangkit dan berusaha menyedarkan rakyat dan mengajak mereka melakukan perubahan.
  • Yakinlah bahawa bumi ini dalah untuk mereka yang menegakkan keadilan dan kebenaran.
  • Pemerintah yang tidak amanah,  rasuah, zalim, sombong dan bongkak akan kecundang, Insya Allah.