Friday, November 28, 2008

KETUANAN MELAYU

  • Manusia asalnya dari Adam. Tak pasti Nabi Adam apa bangsanya. Tok Guru selalu sebut akan konsep penyatuan manusia melalui Adam.
  • Di Malaysia Melayu dikira tuan. Tuan asal Tanah Melayu, maka UMNO perkenalkan Ketuanan Melayu.
  • Semua manusia adalah pendatang dimuka bumi Allah ini. Dicampakkan Nabi Adam kebumi maka berkembang biaklah manusia bermula dari Nabi Adam dan Hawa.
  • Orang asli penduduk asal Malaysia, walaupun tak dapat dipastikan bila orang asli datang Malaysia. Mungkin selepas tu Melayu datang.
  • Ada pandangan mengatakan bahawa Melayu ini berasal dari Bukit Siguntang yang namanya diambil dari sebuah sungai yang bernama Me Layu. Hikayat Munsyi Abdullah mungkin boleh menceritakan penghijrahan bangsa ke Malaysia.
  • Kemudian Cina dan India. Portugis, Belanda, Inggeris pun ada datang ke Malaysia. Ada yang tinggal dan banyak yang balik. Dikampung saya dulu ada seorang posmen berbangsa Inggeris yang namanya John. Fasih berbahasa Melayu.
  • Kaum Asli, Melayu, Cina, India, Portugis dan semua kaum yang ada di Malaysia dikira Rakyat Malaysia. Semua kaum pendatang, bezanya siapa dulu datang.
  • Kalau majoriti kaum dijadikan ukuran membina ketuanan Melayu apakah Pulau Pinang dilihat sebagai tempat ketuanan Cina.
  • Sebab itu Islam menolak konsep ketuanan bangsa. Ketuanan Melayu akan memakan diri sendiri.
  • Dimana roh Melayu Ahmad Ismail, Pewaris, Ibrahim Ali, PPIM dalam mempertahankan perkara 153 perlembagaan Negara. Biasiswa, Bahasa, Islam, Tanah.
  • Pewaris basah peluh mempertahankan ISA, sedangkan membiarkan pemimpin bergelumang dengan rasuah.
  • PPIM bersungguh-sungguh mencari produk Halal untuk dijamah oleh Ummat Islam sedangkan membisu bila pemimpin menjamah rasuah. Makan kicap cina dikira jijik, makan rasuah bagaimana.
  • Sebab itu Melayu perlukan pertimbangan Agama iaitu Islam. Islam telah mengangkat martabat Melayu. Melayu hina tanpa Islam. Jangan jarakkan Cina dan India daripada Islam kerana Melayu.
  • Sampaikan mesej Islam bukan mesej Melayu. Kerana bersama Islam adanya Hidayah. Kita semua adalah pendatang dibumi Allah. Kalau kita amanah kita berjaya, kalau kita khianat kita akan kecewa.
  • Melayu, Cina, India hanyalah bangsa untuk kita saling kenal mengenal sesama kita. Islam harus menjadi tali penghubung bagi kesatuan manusia. Buangkan ego perkauman tak kira kita Melayu, Cina atau India.

2 comments:

Awang Kata said...

Asalnya begitu. Pembahagian untuk pengenalan setiap bangsa bertujuan saling mengenal dan bukan perpecahan. Melayu itu Islam bagi takrif setempat. Susul dan usul makna 'ketuanan Melayu' dan kalau benar salahi syariat, tarekat, hakikat dan makrifat, ya sila patuhi. Skopnya harus diperjelas.

ALI MAIDIN said...

Pj hang pun kuat semangat Melayu. Bila ceramah selalu sebut ingat melayu.