- Menarik politik Malaysia. Sentiasa bergolak. Kalau politik tak bergolak, itu namanya negara stabil. Kalau negera stabil, UMNO lagi stabil.
- Bila politk bergolak itu tandanya bahawa kuasa berada dihujung tanduk. Tak kira apa parti BN atau pun PR.
- BN bimbang kalau ramai sangat yang menyeberang maka kerajaan persekutuan akan tumbang. Hilang kuasa setelah 50 tahun berkuasa adalah mimpi ngeri buat BN.
- PR juga bimbang kalau-kalau ada wakil rakyat yang melompat maka kerajaan majoriti kecil boleh tumbang juga, contohnya perak.
- Bila apa yang berlaku diperak maka baru kita sedar betapa sukarnya Tuan Guru Nik Aziz berdepan dengan suasana itu suatu ketika dulu. Kelebihan satu DUN dengan majoriti 2 undi.
- Bermaruahkah wakil rakyat yang melompat ?. Atau undang-undang Malaysia yang membuatkan wakil rakyat jadi tidak bermaruah ? Atau maruah dinilai sebab musabab lompat ? Bagi yang bermaruah ia dipanggil menyeberang, bagi yang tidak bermaruah ia dipanggil lompat.?
- Kalau meyeberang kerana prinsip mencari kebaikan bila melihat BN tidak kukuh, penuh dengan dosa, maka penyeberangan itu ada kebaikannya.
- Kalau melompat kerana wang, takut ditangkap rasuah, maka yang pasti lompatan itu tidak bermaruah.
- Sebab itu Islam meletakkan setiap amalan itu didahului dengan niat. Walaupun niat itu dalam hati, ianya dapat dibuktikan. Sama macam ikhlas, kita boleh tahu seseorang itu ikhlas atau tidak, ianya boleh dibuktikan, hanya masa menentukan.
- Gelora politik yang berlaku diperak menuntut banyak perkara. Undang-undang lompat mesti dipinda. Wakil rakyat melompat harus diberi hak bertanding semula tak kira parti mana.
- Walaupun kita negara demokrasi, acuan demokrasi kita mengikut nafsu kita. Demokrasi kita demokrasi beras, kerusi roda, undi projek, janji pembangunan, geran tanah,jalan baru, agensi kerajaan, kereta exco yang semuanya wang rakyat. Kita ambil wang rakyat, kita belanja rakyat, kita kata kita pemurah. Semua itu pembohong.
- Bila agaknya kita dapat berubah. UMNO tunjang kerosakan ini. Budaya UMNO jangan diikut. Kami bukan benci orang UMNO, budaya dan sikap itu yang perlu kita musushi.
- Sebab itu bila politik bergolak kita jangan bimbang. Bila politik lompat melompat bermula maka yang penting kita jangan melompat!!!
Tuesday, February 3, 2009
MENYEBERANG @ MELOMPAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment