Wednesday, February 4, 2009

HARI AKU HARI ENGKAU

  • Dua tiga minggu lepas, selepas wakil Rakyat UMNO masuk PKR maka saya sebut kepada rakan-rakan UMNO bahawa hari ini hari aku.
  • Selepas 2 orang wakil rakyat PKR dijangka masuk UMNO maka saya sebut pada rakan-rakan UMNO, hari ini hari engkau.
  • Tak sangka saya, hari aku dan hari engkau mewarnai politik Malaysia.
  • Politik sebegini pasti merugikan rakyat. Walaupun UMNO berjaya mendapat semula kerajaan Perak melalui proses melompat, UMNO pun tak boleh tidur lena juga. Igauan hari engkau akan tiba juga.
  • Sultan lagi pening. Sekejab PAS jumpa nak bubar 2 DUN. Nanti jumpa lagi nak bubar DUN satu negeri. Lusa UMNO pula jumpa nak tubuh kerajaan negeri, tulat tak tahu lagi.
  • Hentikan politik ini. Undang-undang harus digubal bagi menstabilkan politik negara. Tiada siapa yang untung dari politik lompat.
  • YB boleh melompat, kosongkan kerusi dan kembalikan kepada rakyat. Jadi wakil rakyat bebaspun dikira melompat.
  • Kestabilan Negara mesti menjadi satu keutamaan. Undang-undang anti lompat yang pernah diperkenalkan diKelantan (walaupun ditolak oleh mahkamah) wajar dipertimbangkan. Walaupun dalam jangka pendek ianya seolah-olah merugikan Pakatan, tapi ianya tidak merugikan sesiapa.
  • PM, MB dan KM dapat memberi focus bagi melaksanakan amanah untuk mengurus rakyat, negeri dan negara.
  • Demokrasi adalah kuasa rakyat, bila wakil rakyat nak buat keputusan maka mereka wajar menyerahkan kepada rakyat. Biar rakyat yang memberi mandat.
  • Sekiranya rang undang-undang ini dikemukakan maka saya yakin BN dan PR akan mendapat manfaat dari itu. Maruah rakyat diangkat sesuai dengan maksud demokrasi.
  • Tapi kalau kita kekal ditakuk ini, hari ni hari engkau, esok mungkin hari aku…

No comments: