- Sekiranya Tuanku membubarkan DUN di Perak, majoriti rakyat gembira, BN pula pasti berduka. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
- Sekiranya Tuanku melantik Menteri Besar baru, Tuanku dianggap memihak kepada BN. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
- Sekiranya Tuanku membiarkan sahaja kerajaan yang ada, negeri akan tidak stabil, BN 28 kerusi, PR 28 kerusi dan bebas 3 kerusi. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
- Sekiranya MB baru dilantik dengan izin Tuanku serta sokongan calon bebas, calon bebas telah buktikan tiada taat setia pada sumpah yang lalu. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
- Sekiranya Tuanku meminta politik ini dijernihkan dengan kerajaan campuran, patik bimbang ianya jadi campuran air dengan minyak. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
- Sekiranya Tuanku bercadang berjumpa dengan calon bebas tersebut untuk memperbaharui sumpah setia mereka, awas, bercabang lidah mereka. Patik tahu Tuanku tidak memihak.
- Tuanku lebih arif memayung rakyat atau mungkinkah Tuanku memihak ?. Ampun Tuanku, Sembah Patik Harap Diampun.
Wednesday, February 4, 2009
MOHON PATIK TUANKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment