Friday, February 15, 2013

ISU KALIMAH ALLAH : UMNO KITAR SEMULA PENYOKONG MEREKA

  • Strategi baru UMNO adalah kitar semula bekas ahli PAS yang menyokong UMNO.
  • Mereka lakukan di Kelantan, Trengganu dan semalam di Negeri Sembilan, hari ini dijangkakan di Melaka.
  • Mana mana ahli PAS yang sudah bertahun tahun berpaling tadah kepada UMNO akan dikerahkan memegang bendera PAS, memegang sepanduk membenci YAB Lim Guan Eng dalam isu Kalimah Allah.
  • Di Melaka mereka dijangka berhimpun di Masjid Selat hari ini.
  • Saya sudah dapat menjangkakan muka siapa yang akan datang.
  • Tujuan mereka tidak lain untuk mendapat simpati dikalangan masyarakat Islam kononnya PAS sudah tergelincir dari landasan perjuangan.
  • Mereka juga dijangka bertindak keatas lambang DAP dan YAB Lim Guan Eng semata-mata untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada DAP sekaligus kebencian kepada PR.
  • UMNO sebenarnya sudah tiada nilai lagi. Mereka terpaksa mengerah penyokong mereka memegang bendera PAS untuk mendapat kepercayaan rakyat.
  • Ini sekaligus memberi isyarat bahawa mereka yang memegang bendera UMNO atau BN sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat.
  • PAS Melaka tetap teguh berpegang kepada keyataan Majlis Syura Ulama dan  YB Presiden PAS dalam isu Kalimah Allah.
  • PAS Melaka juga mengutuk tindakan UMNO yang cuba mempermainkan kalimah Allah semata-mata untuk mendapatkan laba politik menjelang PRU13.

1 comment:

Unknown said...

Salam,saudara adly, jgn katakan umno..ors pas pon 2x5 juga. Saya nmpk pas melaka terlalu memandang remeh akan isu calon. Saya lihat di beberpa kaw yg pas bertanding meletakkan calon luar sdgkan calon tempatan yg layak ade. Sebagai contoh di dun pantai kundur. Saya di fahamkan ust md nor yg akan brrtanding.btol ke?sebab sde billboard yg die calon di dun pantai kundur...adakah pas pusat telah memutuskan calon2 yg akn bertanding?kalu ust md nor yg bertanding mmg pas silap. Setahu saya di dun pantai kundur ade calon tempatan yg lg layak bertanding dr ust md nor iaitu ust halim. Guru di smk seri tanjung n di Smk Kg gelam. Sudah tentu anak2 murid die ramai dan Ini sdalah stu kelebihan buat pas. Ust mn nor baru je lg dalam pas kalu nk di bandingkan dgn ust halim. Lg pon pnduduk di dun pantai kundur ni lebih mengenali ust halim dari ust md nor. Mggu lepas saya sertai futsal yb datuk ab rahaman adun pantai kundur. Semasa saya borak2. Dtg seorg pemuda umno pada saya ttg siapa calon pas. Saya kate ust md nor, lalu pemuda tu ckp...'ust tu?hm...sombong,,masuk tempat org jumpe kat kedai minum salam pon xnk ade hati nk mng...masuk tmpt org tnjuk la hormat cikit..'saya diam x tahu nk ckp ape. Dan die ade bgthu dalam mesy umno yg lepas mereka sgt takut kalau pas letak ust halim sbg calon kerana pengaruhnya Mmg kuat. Tapi ust md nor yg btanding..die kate lelap mata pon bole mng.org luar plak tu...adakah saudara tahu akan mslh org2 bawah ni?buat survey pd pnduduk dun pntai kundur. Dari dulu pas bertanding di dun ini x pernah pas letak calon tempatan n skrg calon tempatan yg paling layak ade. Buat semakan semula ttg calon. Jgn igt kroni je. Bincang semula.. tanya org tempatan, bkn syok sendiri je. Sama sama lah tuan fikir untuk kemenangan pas melaka. Alahuakhbar!!!