- Hari ini perkembangan politik Malaysia setapak kebelakang. Pak Lah tukar suka sama tak suka kementerian dengan Datuk Najib. Kementerian kewangan walaupun dilihat lebih kanan berbanding kementerian pertahanan, namun dalam masa yang sukar ini, Pak Lah dilihat meletakkan beban ini pada pencabar terdekat beliau.
- Kementerian kewangan akan berdepan dengan suasana lembab ekonomi negara. Alasan kelembapan ini adalah ekonomi dunia juga lembab " biasalah alasan malaysia". Dengan penurunan harga minyak US91 hari ini, maka ia turut memberi kesan kurangnya pendapatan dari hasil minyak.
- Sudahlah Pak Lah mengemukakan bajet yang defisit, belanja lebih tinggi dari pendapatan. Pendapatan akan berkurangan, jangkaan paras terendah indeks komposit mengikut penganalisa mungkin mencecah 900 mata, maka ianya merupakan cabaran besar bagi Tok Najib.
- Kalau disebut ahli politik, semua orang tahu, hanya Najib yang Mampu menewaskan Pak Lah dalam pemilihan UMNO Disember ini. Najib baru nak buka gelanggang untuk menyerahkan pada bahagian untuk buat pencalonan. Apakah Pak Lah telah merasuah Najib dengan satu kementerian ?
- Hari ini Pak Lah kembali dengan Formula 2010, ditambah ayat kalau Najib perform mungkin lebih awal. Ada ahli UMNO tanya ? Macammana kalau Najib tak perform...
- Persoalannya kenapa Pak Lah menyerahkan tugas kewangan kepada Najib. Pak Lah sudah 4 tahun pengalaman. Biasanya bila ekonomi negara teruk, Perdana Menteri akan ambil tanggungjawab kewangan.
- Dalam sesebuah negara Perdana Menteri adalah orang yang paling berpengaruh, sehingga demam Perdana Menteri boleh menyebabkan ekonomi negara demam. Tapi apa yang diperlihatkan Pak Lah bahawa Perdana Menteri tak beri kesan pada Ekonomi, Perdana Menteri sekarang boleh ada dan boleh tiada.
- Serahkah jawatan Menteri Kewangan pada TPM adalah perkara biasa, DSAI masa duduk kerusi TPM dulu juga diberikan mandat yang sama, ini bukan perkara luar biasa. Namun kalau TPM memegang jawatan Menteri Kewangan kesudahannya seperti boleh dijangka.
- Malaysia bukan seperti Jepun, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sama laju. Masa Dr Mahathir PM, Menteri Kewangan DSAI, sama-sama laju. Bila tiba zaman Paklah, PM dan TPM sama-sama tak laju. Kalau Tok Najib lebih laju dari Pak Lah, dia sudah dikira terlajak atau lawan tauke, hasilnya rakyat juga yang susah.
- Tapi yang paling pelik, Jawatan Presiden UMNO pun terkial-kial Pak Lah nak pertahankan, ada hati nak Pertahankan Negara dengan jadi Menteri Pertahanan.
- Atau Pak Lah tahu kementerian pertahananlah kementerian yang paling kuat kerana disana adalah lubuk kelemahan Najib Tun Razak.
Wednesday, September 17, 2008
PAK LAH RASUAH NAJIB ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment