Friday, November 28, 2008

MELAYU DALAM BAHAYA

POLITIK WANG

  1. UMNO begitu sinonim dengan politik wang. Ada dikalangan pemimpim UMNO digelar Six Million Dollar Man dan ada yang digelar One Dollar Man.
  2. UMNO mula mempromosikan istilah politik wang setelah Tan Sri Isa Samad disabitkan kesalahan dikala merebut jawatan Naib Presiden UMNO lalu. Bila agaknya politik wang bermula dalam UMNO?
  3. Politik wang adalah istilah UMNO, kalau mengikut istilah undang-undang adalah RASUAH.
  4. UMNO tidak menggunakan istilah pemberian wang untuk dapatkan jawatan sebagai RASUAH, kerana istilah itu jijik pada pandangan masyarakat. Politik wang nampak beradap dan agak kurang menjejaskan imej UMNO.
  5. Politik wang juga dilihat lebih selamat. Bersalah dengan politik wang hanya sekadar digantung keahlian, paling bangsat dipecat, walaupun berjuta dihabiskan.
  6. Berbeza dengan nasib rakyat dan pegawai kerajaan yang ditangkap rasuah, mungkin hilang kerja atau dipenjara walaupun dengan hanya RM200.
  7. UMNO parti Melayu. Kalau UMNO sedang sakit dengan rasuah, Melayu akan turut sakit kalau mereka kekal dengan UMNO.

PERANAN BPR

  1. Mungkin UMNO harus menukar istilah Politik Wang kepada Rasuah. BPR harus diberi kebebasan untuk membuat penyiasatan, mereka yang bersalah dibawa kemuka pengadilan. Adili pemimpin UMNO dimahkamah terbuka. Bukankah pemimpin UMNO adalah pemimpin negara ?
  2. Hari ini, BPR dilihat seperti diperalatkan UMNO, melukut ditepi gantang. Yang dilapor kepada Jawatankuasa Displin UMNO 900 kes. Yang dilapor kepada BPR tak banyak mana. Kalau semua dilapor kepada BPR, mungkin muntah BPR (Badan Pun Rebah).
  3. Melibatkan BPR dalam Rasuah UMNO adalah kerja sia-sia, menghabiskan wang rakyat, hanya sekadar untuk menunjukkan kononya UMNO itu telus.

LEMBAGA DISPLIN UMNO

  1. Mengharapkan Lembaga Displin UMNO bagi membendung Rasuah adalah sesuatu yang mustahil. Dari 900 kes, baru 150 disiasat. Kalau ikut matematik, 150 kes selesai sekitar 3 bulan, kalau 900 kes boleh selesai berapa bulan ? Kiralah sendiri...Itu baru siasat...
  2. Cara Tengku Adnan cukup menarik, bila sukar disiasat beliau membuat kenyataan bahawa 2/3 dari laporan rasuah dalam UMNO adalah laporan palsu. Mereka yang memberi laporan palsu akan diambil tindakan.
  3. Mungkin 150 laporan yang telah disiasat oleh Lembaga Displin UMNO adalah laporan palsu.
  4. Mungkin UMNO perlukan satu Suruhanjaya Diraja. Siasat UMNO, kalau membahayakan negara, kerajaan perlu mengambil tindakan.
  5. Kerajaan UMNO tak mungkin dapat menyiasat Rasuah UMNO. Pilihan yang ada hanya kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat perlu membuat perubahan.
  6. Bisikkan angin perubahan...atau mati bersama pemimpin rasuah.

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Imej / Jenama "Melayu" tercalar akibat UMNO sehingga tahap sehingga yang bukan UMNO pun susah nak bercakap soal "Melayu" kerana ianya "Menyerupai UMNO".

Awang Kata said...

Mungkin mereka bukan pun menyayangi bangsa sebagai amanah daripada Allah. Hinggakan sayang mereka pun sekadar di lidah, tidak di lubuk hati. Kalau tidak, takkan bahasa Melayu pun sanggup dibiarkan tanpa dibela di tanah air sendiri. Alasannya kononnya hati-hati dan jaga sensitiviti bukan Melayu. Huff...