Saturday, January 17, 2009

P36-MASA DEPAN MALAYSIA

  • Hari ini 17 Januari 2009, rakyat Kuala Trengganu menentukan kepimpinan mereka. Persaingan antara PAS dan BN.

PELUANG BN

  • BN telah bermatian untuk mempertahankan kemenangan. Kekalahan di KT boleh memberi kesan buruk kepada BN.
  • BN akan dilihat tidak relevan kepada rakyat Malaysia.
  • Kuasa wang BN mungkin tidak lagi menjadi penentu kepada kemenangan BN. Wang yang dibelanjakan jutaan ringgit, tapi untuk sampai kepada rakyat ianya perlu melalui pelbagai tapisan, itulah yang memeningkan Najib.
  • Persaingan merebut jawatan dalam UMNO juga memberi kesan negatif kepada BN. Wanita UMNO dilihat memboikot pilihanraya kecil ini.
  • PRK KT tetap menjadi medan UMNO berkempen untuk pemilihan MAC nanti.
  • Faktor calon UMNO yang terpalit dengan pelbagai isu tidak dapat dijawab oleh BN. Wan Farid tidak dipertahankan oleh UMNO sebaliknya beliau diburukkan oleh pemimpin UMNO sendiri. Ini disahkan oleh Pak Lah dikala beliau membuat pertemuan dengan wanita UMNO Trengganu.
  • Pak Lah dipersimpangan. Kemenangan Wan Farid akan melonjakkan Najib. Pak Lak tak mahu Najib melonjak. Kekalahan Wan Farid amat mengembirakan Pak Lah, itu mengambarkan Najib juga lemah dan Pak Lah bukanlah faktor kepada kekalahan BN. Tapi Pak Lah tak mahu Wan Farid Kalah, Wan Farid diperlukan untuk pemilihan Mac ini.
  • Media dan Jentera kerajaan kekal menjadi senjata bagi BN.

PELUANG PAS

  • PAS sentiasa punya peluang. Isu berpihak pada mereka. PR cukup mantap dalam PRK kali ini.
  • Calon PAS amat ceria sekali. Beliau dilihat bersih dari sebarang isu peribadi.
  • Pengundi cina memihak kepada PAS.

Persoalannya adakah pengundi KT telah dibekalkan semua maklumat yang diperlukan untuk memilih pemimpin mereka. Apakah politik kita masih berkisar kepada pengaruh wang. Apakah kehadiran dianggarkan 10,000 anggota polis ini punya muslihat. Itulah politik malaysia. Kepada Allah kita berserah dan bertawakal setelah kita berusaha. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

No comments: