Wednesday, February 11, 2009

UMNO DAN RAJA

  • UMNO paling tak layak menjadi jurucakap raja. UMNO sudah lama derhaka kepada raja.
  • Dikala PAS mengusai Kelantan bersama Parti Melayu S46 pada tahun 1990, UMNO benci pada Tengku Razaleigh, Tengku Razaleigh berdarah raja, maka UMNO “telanjangkan” Sultan Kelantan.
  • Berbagai fitnah dikeluarkan oleh UMNO kepada Sultan Kelantan. Sultan dianggap boros oleh UMNO.Rakyat tidak lupa isu “lambogini”. UMNO dikala itu menderhaka.
  • Begitu juga dengan kes Anuar Musa menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru. Di padang sekolah UMNO melaungkan Daulat Tuanku pada “Sultan” yang tiada daulat.
  • Di Perak baru ada dua MB, UMNO sudah kata PR menderhaka, di Kelantan UMNO pernah ujudkan dua Sultan. Siapa penderhaka kalau bukan UMNO.
  • Kalau YB Karpal Singh saman Sultan, siapa dalangnya kalau bukan UMNO. UMNO/BN yang menghilangkan imuniti Raja-Raja. Siapa yang menbenarkan Sultan disaman diMahkamah terbuka.
  • Karpal boleh dihalang dari menyaman Sultan, tapi apakah Pelakon Hollywood dan Bollywood boleh dihalang dari menyaman Sultan.
  • Kenapa bila Sultan dan Keluarga Sultan disaman dalam kes hutang seperti yang berlaku di Negeri Sembilan, UMNO tidak bangkit menyelamatkan maruah Sultan. Kenapa tidak UMNO selesaikan hutang tersebut bagi mengelakkan Sultan dan Keluarga beliau dibawa keMahkamah.
  • Dikala Sultan Kelantan di permainkan oleh UMNO, PAS tetap mempertahankan institusi itu. PAS tidak pernah terpengaruh dengan Sultan baru yang ditabalkan UMNO.
  • Institusi Raja hanya dapat dipertahankan sekiranya kita berpegang kepada prinsip setia kepada Raja. Setia adalah kita bercakap benar walaupun pahit untuk diterima oleh raja.
  • Pengampu dan juak-juak yang berkepentingan akan merosakkan institusi Raja.
  • UMNO sudah parah, pagar Istana dijadikan tempat berpaut. UMNO tak layak menjadi jurucakap Istana, UMNO punya sejarah penderhakaan.
  • Banyak institusi beraja yang telah berkubur didunia ini, puncanya, bila penasihat istana itu adalah seperti UMNO.
  • Sultan tentu arif tentang perkara ini. Rakyat tahu peranan Dato' Seri Anuar Zaini (Bernama) dan Najib Tun Razak.
  • Kita akan letakkan demokrasi pada tempatnya, kerana melalui proses ini maka institusi Raja itu dapat dipertahakan, bukan macam pemimpin UMNO, talam dua muka. Bila tak boleh jawab hujah kami, diletakkan dosa itu atas kepala Dr Mahathir.
  • Bila dah tak boleh tahan, Mahathir pun keluar UMNO.
  • Bila tanya UMNO, UMNO kata itu kerja Mahathir. Bila Tanya Mahathir, dia kata saya bukan UMNO….. He..He..He..

2 comments:

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

Sokong cuma tang Mahathir itu..rasanya dia kepalanya...

SiamangBukit said...

Buat malu orang Durian Tunggal. Semasa Nizar di lantik, bukankah Sultan yang pilih Nizar. Tapi bila Nizar kata "Terpulang lah Tuanku membuat keputusan" dan mohon derhaka bukan kah itu sengaja menghina titah sultan. Duduk atas jalan bukankah itu menderhaka Institusi Raja2. Memang ada segelintir orang menderhaka tapi tak lah sampai begitu menghinakan sultan sampai nak mohon derhaka. Kalau menderhaka itu salah jangan lah buat. Ini sampai sebab nyamuk kelambu nak di bakar. Tun Mahathir hanya menggubalkan hak sultan sekiranya sultan membuat kes jenayah fizikal di dalam Special Court dan di adilkan oleh hakim yang di lantik oleh Majlis Raja2.Nizar derhaka sebab dia mohon derhaka dan dia buruk siku. Dan kata terpulang pada Tuanku tapi bila keputusan tidak berpihak kepada dia tak ke lahabau si Nizar ini.