Wednesday, March 25, 2009

KIRA PAKAI GANTANG

  • Asalnya Bukit Gantang adalah pilihanraya kecil.
  • Bila PAS menamakan DS Nizar jadi calon maka ia jadi pilihanraya besar. Semua orang tertunggu-tunggu keputusan pilihanraya tersebut. Raja pun nak tahu keputusan pilihanraya itu.
  • Keputusan PAS meletakkan DS Nizar makin menghangatkan lagi pilihanraya kecil tersebut. Boleh dikatakan antara pilihanraya kecil yang bakal mendapat perhatian ramai.
  • PR berada pada posisi yang baik. DS Nizar adalah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua kaum.
  • Cuma, baik bukan penentu kemenangan. Tugas menanti PR cukup besar.
  • Kekalahan boleh mengundang perpecahan kepada Pakatan Rakyat. Kes Mahkamah Perak akan dilihat hambar. PR akan dilihat sebagai kehilangan populariti. Demokrasi memerlukan sokongan majoriti.
  • Ada pandangan mengatakan bahawa biar kita kalah dalam demokrasi asalkan kita bertindak benar. Saya tidak setuju dengan pandangan itu.
  • Dalam demokrasi kita mesti menang dalam kebenaran. Kalau kalah mesti cari jalan untuk menang. Kalau sekadar benar dan tak kisah kalah atau menang, lebih baik pilih jalan selain demokrasi, Tabligh contohnya.
  • Bukit Gantang mengajak kita berkorban.
  • Ada masa berikan masa pada perjuangan.
  • Tiada masa ada wang, sedekahkan wang untuk perjuangan.
  • Tiada masa dan tiada wang, gunakan kata-kata merayu undi dalam dan luar perak.
  • Tiada masa, tiada wang dan tiada undi, berdoalah untuk kemenangan PAS.
  • Tiada masa, tiada wang, tiada undi dan tak suka PAS, berdoalah untuk diri sendiri agar dari jahat menjadi baik.
  • Kalau semuanya tiada maka tunggulah kematian.
  • Bukit Gantang, menang dalam tangan kalah belum pasti.
  • Bersamalah kita berusaha agar rakyat kira UMNO pakai gantang.

No comments: