Thursday, March 19, 2009

MUHYIDDIN JUGA PERLU DISIASAT

  • Tan Sri Muhyiddin Yasin menafikan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Ali Rustam.
  • Beliau merasakan suara-suara yang datang dari penyokong UMNO itu adalah fitnah yang paling dasyat dalam kerjaya politik beliau.
  • Tapi selaku calon Timbalan Presiden UMNO sekaligus selaku calon Timbalan Perdana Menteri, beliau juga wajar disiasat.
  • Hari ini wujud tuduhan bahawa beliau terlibat dalam memberikan AP kepada para perwakilan UMNO.
  • Walaupun pemberian AP adalah tanggungjawab beliau, namun SPRM sepatutnya membersihkan nama bakal TPM ini melalui siasatan yang telus.
  • Persolannya adakah beliau benar-benar terlibat memberikan AP kepada mana perwakilan UMNO ?
  • Kemukakan senarai mereka yang diberikan AP sepanjang kempen beliau selaku Timbalan Presiden.
  • Muhyiddin sepatutnya terbuka menerima kritikan ini. Biar SPRM tentukan beliau terlibat atau tidak.

1 comment:

Bulan Penuh 2012 said...

Salam ziarah,

Bersuaralah kita sebelum PPSMI memupuskan Bahasa Melayu sebagaimana terpupusnya tulisan jawi ketika ini.


Kajian dapati 98 peratus mempunyai masalah dalam PPSMI


Anak Bulan

Bulanpenuh2012.blogspot.com