Thursday, June 25, 2009

ALI RUSTAM - HANYA TINGGAL 3 BULAN ?

  • Khabar menyebut bahawa Datuk Seri Ali Rustam cuma tinggal 3 bulan lagi masa untuk menerajui Melaka.
  • Walaupun kenyataan DS Nazri Aziz seolah-olah berpihak kepada Ali Rustam, namun laluan Ali Rustam pasti sukar. Yang pasti laporan rasuah beliau sedang diperhalusi. Atau mungkin menunggu isyarat dari atas ?
  • Mungkinkah DS Ali akan jadi kambing hitam untuk menyelamatkan sedikit maruah UMNO yang tercalar dek kerajaan perpaduan.
  • Macam orang meminang, bila lamaran ditolak malulah sikit. Macam tak berapa ada value.
  • Politik dalam UMNO mudah, macam mana naik, macam tu juga turunnya.
  • Ali Rustam dijangka akan jatuh kerana rasuah, UMNO tak akan mempertahankan beliau. UMNO akan turunkan beliau untuk menaikkan imej UMNO menentang rasuah. SPRM mungkin alatnya.
  • Mungkin Pakatan Rakyat tak dapat menumbangkan beliau dalam PRU ke13, kerana UMNO akan menjatuhkan beliau lebih awal.
  • Mungkin DS Ali Rustam boleh berusaha mencari talian hayat, siapa....cuba-cubalah dengan Datin Seri Rosmah.
  • ADUN Telok Mas mungkin sudah berangan nak angkat sumpah jadi Ketua Menteri Melaka yang baru. Maklumlah beliau orang kanan Najib.
  • Bagi rakyat Melaka tiada bezanya, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

No comments: